12 August 2013

Syawal 2013

12 August 2013 / 7:25 pm / 4 Comment

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Alhamdulilah, syukur, dapat lagi aku meneruskan posting kat blog aku ini. Sudah lama aku tidak post kat blog ini, dah hampir seminggu aku tidak sempat untuk post kat blog kerana busy untuk persiapan hari raya AidilFitri. Hari ni ada masa untuk aku bukak blog tuk post update yang terkini. Sekarang kan mood raya lagu kan, so hari ni aku nak cerita mengenai raya yang aku alami tahun ni.

tema pink tahun ni
Ermm..raya tahun ni sama je seperti tahun lepas, cuma tahun ni kurang meriah sedikit, aku pon xtau kenapa, mungkin faktor umur kot yang menyebabkan kemeriahan Syawal ini berkurangan. Orang kata kalu umur dah meningkat, syawal pon xterasa kemeriahannya, aku pon dah rasa begitu. Jelas sekali, tak macam dulu, kemeriahan Syawal memang amat terasa giler.

Syawal kali ini sambut dengan penuh kesederhanaan. Jelas, aku terasa berakhirnya Ramadan kali ini dan tidak mahu menyambut Syawal dan mahu puasa lagi rasanya sebab aku nak rasai lagi kemeriahan bulan Ramadan. Namun Ramadan sudah pon berakhir dan Syawal pon telah menjelma.

Okeylah, seperti biasa my mom sediakan persiapan untuk juadah hari raya. Cuma tahun ni mak aku buat Nasi Dagang, Ketupat Palas, Ketupat Daun Pisang. Sayangnya rendang tak tahun ni..hehehe..sedih la..selalunya my mom buat je rendang. Takpe insyallah tahun depan aku suruh my mom buat rendang ayam yang sedap..nyum2..

Malam raya, memang konpem sibuk, ye la tolong mana yang patut, hehehe..aku sememangnya suka menolong mak aku masak, tak kira bulan Puasa ke, Raya ker, hari biasa. sebab aku dah terbiasa dengan dapur. So tak heranlah pasni kalau aku jadi chef dan bukak restoran..hehehe..doakan aku yer semua..Amin :)

Memandangkan raya tahun ni makan Nasi Dagang, so tolong apa yang patut, masak gulai ikan tongkol, ayam, dan telur, nasi dagang dan sebagainya.Memang penat gak asenya, sebab my mom buat banyak sedikit kerana untuk dijamu para tetamu yang hadiri majlis cukur jambul anak buah aku iaitu anak kak ngah aku yang baru lahir seminggu itu.

Pagi tu, sibuk sedikit, sebab nak sediakan juadah untuk hidangan para tetamu yang datang cukur jambul selepas solat waktu subuh. Alhamdulilah ramai jugak yang hadir semasa cukur jambul itu.

Lepas jer selesai cukur jambul itu, terus jer bersiap untuk ke masjid untuk solat hari raya. Terasa nikmat bila dapat menunaikan solat hari raya tahun ini..

Selesai jer solat raya, balik rumah,makan nasik dagang, pastu pergi beraya..macam itulah gayanya aku Syawal pertama tahun ini..dan tak lupa gambar untuk raya mesti ada..wajib..


Okeylah, itulah sahaja yang dapat aku coretkan untuk kali ini, nanti ada masa aku akan kongsikan lagi cerita yang menarik untuk korang semua..
Salam Syawal semua


terima kasih kerana sudi membaca entri ini

4 comments:

  1. Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir dan batin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. slmt hari raya aidilfitri..maaf zahir batin :) o-o

      Delete
  2. Salam Syawal juga. same lah, usia mungkin faktor raya kurang meriah. suka sambut raya zaman kanak2 dulu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam syawal teena...btl tu..time kecik2 dulu best raya n puasa..skrg je lain ckit..sbb dh besar pnjg..

      Delete

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...Dah siap baca entri? Nanti jangan lupa komen yer :)

Terima kasih banyak-banyak !!!

Pelawat Blog

Flag Counter
COPYRIGHT@Segala apa yang tercatat dalam blog ini adalah hak milik saya..DI LARANG MENYALIN TANPA KEBENARAN