Ada yang sanggup membuang bayi ke dalam sungai, lubang tandas, tong sampah dan sebagainya.
Macam mana dan apa yang difikirkan dalam kepala diorang mengenai tindakan yang tidak berperikemanusiaan itu sehingga sanggup membunuh bayi yang baru lahir itu.
Macam mana dan apa yang difikirkan dalam kepala diorang mengenai tindakan yang tidak berperikemanusiaan itu sehingga sanggup membunuh bayi yang baru lahir itu.
Adakah pegangan agama mereka terlalu lemah sehinggakan terpengaruh dalam lembah maksiat dan melakukan perbuatan yang tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang umat Nabi Muhammad SAW ??
Aku akan bersetuju bila faktor ini menjadi faktor utama yang menyebabkan berlakunya pembuangan bayi ini. Mana tidaknya, jikalau seseorang itu memperolehi didikan agama yang lengkap tidak mungkin akan melakukan perbuatan terkutuk ini. Mereka akan memikirkan masa depan mereka sebelum melakukan perbuatan maksiat dan terpengaruh dengan syaitan.
Dalam hal seperti ini, ibubapa haruslah memainkan peranan penting dalam menjaga dan membentuk anak-anak mereka agar tidak terpengaruh dengan perbuatan terkutuk ini. Seperti yang kita tahu, sesetengah haiwan ia sayangkan anaknya,begitulah juga manusia.
Namun, sekarang manusia yang melakukan pembuangan bayi ini boleh dianggap lebih teruk daripada haiwan. Mana tidaknya, haiwan juga mempunyai kasih sayang terhadap anaknya, walaupun haiwan itu tidak mempunyai otak dan tidak boleh berfikir. Tapi kita sebagai manusia yang mempunyai otak dan boleh berfikir, sepatutnya kita tidak melakukan aktiviti pembuangan bayi ini. Banyak lagi jalan alternative yang boleh kita lakukan seperti memberikan bayi yang baru lahir kepada mana-mana agensi yang mempunyai lessen dalam pengambilan anak-anak hasil luar nikah.
Sekarang Jabatan Kebajikan Masyarakat dan agensi-agensi lain berusaha untuk menguruskan anak-anak yang dibuang dan membina satu tempat dimana pasangan yang tidak menginginkan anak tersebut boleh meletakkan ditempat yang telah dikhaskan untuk anak-anak yang dilahirkan tanpa ayah. Ia dikenali sebagai " BABY HATCH" atau Pelindung Bayi.
Dengan adanya tempat sebegini, dapat mencegah perbuatan terkutuk sehingga membunuh bayi tersebut ketika baru lahir. Bukan untuk menyokong tindakan melakukan maksiat, namun seboleh-bolehnya kita dapat menyelamatkan bayi yang tidak berdosa. Selain itu, aku juga berpendapat,pihak-pihak yang lain juga perlu mengambil tindakan dimana tidak hanya menunding dan mendiskriminasikan golongan yang sudah terlanjur dan mengandung dan melahirkan anak luar nikah ini. Hal ini kerana, pasangan ini juga berasa malu untuk berdepan dengan masyarakat di luar sana setelah mengetahui mengandung anak luar nikah.
Namun kita sebagai rakyat prihatin tidak perlu menunding jari dan mencemuh golongan ini kerana dengan cemuhan ini membuatkan mereka lebih terjebak untuk membunuh bayi tersebut bagi mengelak malu. Kita haruslah memberikan nasihat sewajarnya dan menyokong serta memberikan semangat yang kuat kepada golongan ini agar mereka tidak tersisih dengan masyarakat.
Dengan adanya pendekatan tersebut, dapatlah kita mengurangkan berlakunya pembuangan bayi di negara kita ini. Selagi kita mampu bimbing mereka, kita akan membimbing ke arah jalan yang benar.
Oleh hal yang demikian, kita hendaklah mengambil inisiatif dan menyokong pasangan yang sudah terlanjur dalam menasihati agar tidak mengulangi perbuatan terkutuk ini.
Setiap orang memerlukan peluang kedua. Berilah peluang itu kepada mereka.
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...Dah siap baca entri? Nanti jangan lupa komen yer :)
Terima kasih banyak-banyak !!!