Alhamdulilllah done. Tunggu result Isnin/03 Nov 2014
1 November 2014
24 October 2014
Exam Online PTD M41 ?
Alhamdulilah setelah beberapa bulan aku tidak menjengah ke blog ni, memang dh bersarang giler kot. Aku sekarang memang tidak sempat nak masuk and update blog sebab aku busy sgt, pagi pergi keje, petang baru balik, memang tak tersentuh laptop la..penat..pastu tidur..itulah kegiatan harian aku. Hujung minggu lak lepak sana sini.
Okeylah, hari ni nak citer ckit pasal PTD..Apa itu PTD ?? PTD stands for PEGAWAI TADBIR DIPLOMATIK. Biler jer dengan nama PTD,,secara automatic WOW..itulah pangkat yang ramai kejar dan nak dapatkan. Maunya taknak..PTD kot, bukan calang-calang orang nak dapat pangkat PTD nih, memang diorang akan ‘ tapis ‘ yang helok jer..Maksud aku memang yang terbaik la. So apa kena PTD ngan aku. Bukan begini ceritanya, haritu masa otw ke press conference Columbia Asia sempena Walk for Cure 2014 kat Columbia Asia Setapak, Kuala Lumpur tetibe masuk satu mesej yang mengatakan bahawa “ ANDA DIJEMPUT UNTUK MEMASUKI EXAM ONLINE PEGAWAI TADBIR DIPLOMATIK M41……” Maunya aku tak terkejut, dah la tetiba 15888 menghantar mesej aku cmne, so dengan perasaan over konfidennya aku nak jawab, tapi dengar dan salami perasaan yang lepas-lepas punya diorang cakap nak EXAM ONLINE pada 1 Nov nanti itu menguji tahap kesabaran..mana taknya sampaikan ujian diadakan dua kali kot sebab server yang helok sgt sampai ramai tak leh masuk. Dah yang lepas syarat-syarat kelayakan pon dh berpuluh-puluh ribu mana tak ‘hang’ server tu..Kalau manusia uruskan utk berpuluh-puluh rib pon leh mati..hahaha
So ramai gak member aku dapat, dan dengar citer, buat pertama kalinya exam kali ni xde seksyen D & E. Seperti exam PTD yang lepas semua calon kena jawab dari seksyen A sampaila seksyen E. Seksyen D & E itu mengarang esei nokkk..mak tak suka mengarang dalam Omputih nih..susah nak keluarkan idea, kan ada tak pasal-pasal aku rojak bahasa dalam karangan omputih tu..hahaha..Nasib baik exam kali ni takde soalan esei. Tapi takleh caye gak, kan tak pasal-pasal ramai lulus konpem diorang wujudkan balik seksyen D & E nih..waaaa..mak tak suke (terlebih over pulek...macamla aku lepas exam..hehehehe)
Panjang bebenor aku menaip nih, mau naik lenguh jari menaip..maklumla dah lama tak menaip nih, paling lama pon masa kat u dulu la, buat assigment..itupon copy paste lam internet..hehehe..takpe janji markah tiptop..hehehe..
Berbalik kepad EXAM nanti, so aku kena buat persediaan dari segi mental dan fizikal. Maklumla exam online ni dia lain ckit dari yang lain (betul tak ayat nih..@_@) Sebab aku cakap cmne coz memang nervous lain semacam, yela mana taknya nak jawab exam lagi, mana nak tengok masa lagi..erghhh..tak sempat kot..Harap-harap dapat jawab semua dan lulus cemerlang..Amin :)
Yang penting dalam exam nanti ada pengiraan dan menguji otak, soalan akan berbelit-belit sampai otak-otak calon nanti dah blank..Insyallah doakan yang terbaik untuk semua, Kalau ada rezeki dekat sini, InsyaAllah ada, kalau takde, mungkin rezeki kita dekat tempat lain. :) Think secara positif (macam kaunselor lak kite..verangan lebih..)
So, sekarang kena study pasal dasar-dasar Malaysia, kenegaraan, kementerian, cukai semua, delegasi, pergerakan dan semualah pasal Malaysia, kan kalau x study rugi lak..So kena berkorban demi ini. Walaupon tak berjaya, takpe, atelast kita dapat menimba lagi ilmu pasal Malaysia, kan..(ayat untuk sedapkan hati..walaponnnnnn..sedih kalo takdapat..fursttt)
Tapi kalau leh aku nak suggest buat balik exam cam biasa, xyah buat exam online, susah assenya..hehehe..tapi tu just sebagai cadangan je..tak salahkan kita bagi cadangan..terpulang nak terima or tak..tak paksa.. :)
p/s : tahap nervous mengalahkan exam masa kat Universiti :p
19 July 2014
Masterchef Junior Season 1
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Alhamdulillah, hari ni nak update pasal satu tv show yang membuatkan aku tertarik untuk tengok. Program masakan sememangnya aku minat tengok dari dulu lagi, aku pon taktahu kenapa aku suka masak ?? Maybe sejak dari kecil lagi kot aku dah tengok umi dan abah aku masak, so aku terikut-ikut untuk masak gak. Memasak adalah hobi yang bagus, ye la, dengan korang masak, korang akan praktis dengan baik dan menjadi chef yang hebat (hehehehe..) Program seperti Masterchef Malaysia, Masterchef Selebriti Malaysia, dan banyak lagi membuatkan aku tertarik untuk tengok lak edisi MasterChef Junior. Ini adalah rancangan daripada FOX dimana kana-kanak menjadi chef untuk program tv ini. Kesemua kanak-kanak ini adalah berbakat dalam menyediakan masakan sama ada pembuka selera, hidangan serta pencuci mulut. Memang tip top r diorang nih, aku pon suka nengok diorang masak.
Sebenarnya bila aku google n jumpa MasterChef Junior kat wikipedia, memang banyak adaptation daripada JuniorMasterChef ni, boleh dikatakan setiap negara aga MasterChef Junior diorang. Memang hebat r, seperti Junior MasterChef Australia, Junior MasterChef Belgium, Junior MasterChef Finland, Junior MasterChef Greece, Junior MasterChef Indonesia dan banyak lagi.
So program MasterChef Junior US ini dipengacarakan (betul tak ayat nih..hahaha) oleh Selebriti Chef yang famous iaitu Gordon Ramsay (memang chef yang hevattt nokk...) dan judge lak Joe Bastianich dan Graham Elliot.
Graham Elliot (kiri), Gordon Ramsay (tengah) Joe Bastianich (kanan) |
Program tv in iadalah merupakan musim pertama, so musim kedua belum ada lagi. So nak dipendekkan cerita. 10 kanak-kanak bertanding untuk merebut gelaran juara MasterChef Junior US untuk musim pertama. So nak dijadikan cerita, Alexander Wessis dari New York City, New York diangkat sebagai juara MasterChef Junior untuk musim pertama dengan mengalahkan Dara Yu. Alexander memenangi hadiah berupada wang tunai US$ 100,000 dan trofi special MasterChef Junior.
Apa-apa pon aku memang tabik spring r kat Alexander coz die memang pandai masak dan memang dilahirkan untuk dijadikan sebagai Chef. Walaupon umur die 13 tahun namun masakan sehebat chef yang ada kat hotel-hotel bertaraf bintang nokkk...mak bangga..hahaha...
So korang leh tengok sendiri pertarungan 10 kanak-kanak merebut gelaran juara MasteChef Junior ni kat Astro STARWORLD (721 HD)
p/s : kan best kalau kat Malaysia ada juga MasterChef Junior, so leh la tengok bakat memasak kanak-kanak.
Juara MasterChef Junior musim pertama, Alexander Wessis |
So korang leh tengok sendiri pertarungan 10 kanak-kanak merebut gelaran juara MasteChef Junior ni kat Astro STARWORLD (721 HD)
p/s : kan best kalau kat Malaysia ada juga MasterChef Junior, so leh la tengok bakat memasak kanak-kanak.
13 July 2014
Piala Dunia FIFA 2014 Brazil
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Alhamdulillah, selesai sudah kita mengharungi hari ke-15 puasa di bulan yang penuh mulia ini. Okeylah, hari ni nak citer sedikit mengenai bola sepak. Konpem korang dah tahu kan ape yang ambo nak cerito hari ini, ye la..dah tajuk terpampang kat atas...bagidol tul aku nih..hahaha..So malas nak bercakap banyak, kita teruskan catatan kali ini. Piala Dunia kali ini telah diadakan di Brazil, so Brazil menjadi tuan rumah kali ini untuk tahun 2014, tahun 2010 dekat Afrika Selatan, so kali ini bersamba di Brazil lak. Next 2018 rasanya Rusia kot..(nantikan jawapannya..takkpon Google je..sekarang kan dunia moden..gituuu..)
Nampaknya Piala Dunia 2014 sudah nak mengakhirinya, so pasukan Jerman dan Argentina berjaya melangkah ke perlawanan akhir Piala Dunia 2014 Brazil. Perlawanan ini akan berlangsung pada pukul 3.00pagi waktu Malaysia dan akan diasiarkan di semua saluran yang ada (TV1,Astro Arena,Astro Supersport dll). Memang tidak dijangkan pasukan Jerman dan Argentina bakal melangkah ke perlawanan akhir, mana taknya, ramai yang score pasukan Sepanyol (selaku juara thaun 2010) bakal meneruskan kejuaraan namun pasukan Sepanyol tidak berjaya melangkah ke kelompok 16 dan hanya menentang pasukan yang lain dalam kumpulannya. Banyak pasukan yang tidak dijangka telah melangkah keluar awal seperti England, Itali, Perancis. Pasukan tersebut menjadi pasukan favourite, namun disebabkan itu, pasukan yang dikatakan menjadi pasukan UnderDog seperti Costa Rica memang terbaik berjaya melangkah ke perlawanan suku akhir.
Berbalik kepada perlawanan akhir, Jerman dikatakan mempunyai peluang cerah untuk menjuarai piala dunia kali ini, mana taknnya setelah mengalahkan tuan rumah Brazil pada perlawanan separuh akhir dengan jaringan 7-1, ia dianggap pasukan pilihan untuk menjuarai piala berprestij ini. Namun jangan pandang ringan terhadap pasukan Argentina, pasukan ini dianggap pasukan yang mempunyai kekuatan dalam pasukan dengan pemain seperti Messi dan lain-lain.
So, aku akan pilih Jerman selaku Juara Piala Dunia 2014 FIFA. Kalau salah xpe, kan namanya tekaan..hehehehe...okeylah so nanti korang akan tahu jawapannya pada pagi nanti, jangan lupa bola bola jugak, sahur jangan lupa, tunaikan kewajipan dahulu..peace yoooo..p/s : tahniah Netherland/Belanda memenangai tempat ketiga Piala Dunia FIFA 2014.
Labels:
2014,
Argentina,
Brazil,
Costa Rica,
Jerman,
Netherland,
Perlawanan Akhir,
Piala Dunia,
Sepanyol
12 July 2014
Rakaman Sarapan TV3 bersama High 5 Bread Town
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Alhamdulillah, hari ni sudah masuk dua minggu kita berpuasa, letih tu jangan cakap kalau tidur berlebihan pon jadi letih, inikan pula buat kerja..namun sebagai umat Islam kita kena bersabar dalam menghadapi bulan yang penuh berkat dan mulia ini.
Okeylah, hari ni aku nak kongsi satu citer pasal rakaman Sarapan TV3. Pernah tengok program Sarapan TV3 yang dipengacarakan (betul tak ayat nih ??) oleh Isey (Bintang Mencari Bintang musim pertama). Program ini disiarkan setiap hari Ahad pada pukul 9.00 malam di TV3. Tapi aku takpernah lagi tengok citer nih, pernah tengok iklan je..masa nak adakan shooting baru study pasal program nih.
Nak dijadikan citer, haritu, ada la produser Sarapan TV3 email dekat my rakan sekerja dimana diorang nak shooting tuk program Sarapan TV3 di High 5 Bread Town, namun disebabkan terlalu rush pihak kami pada mulanya ingin batalkan namun pihak pengurusan atasan nak juga shooting ini dilakukan, so shooting pun berlangsung. Masing-masing kalut semua (karenah birokrasi...pulekkk)
So, shooting tu datang hari Rabu, kelam kabut nak siapkan dalam masa dua hari, mana nak settle kerja lain lagi..haduyaiii..Yang takleh bla aku kena jadi 'tour guide' bersama Isey dalam program ini. Memang neves kot, ye la tak pernah lagi aku masuk TV, inikan pula rakaman dan akan disiarkan d TV3, memang dua malam duk pikiaq apala nak jadi nanti..hahaha..
bersama pengacara Sarapan TV3 ' Isey ' |
Sampai jer hari kejadian, aku pon jadi la TG seperti yang dikhaskan hari itu, Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar, dan aku harap diorang edit la video tu elok2 skit.hahaha..mcm mana la video aku direkodkan haritu..hahaha...nak gelak je asenya..
Tapi ini boleh dijadikan sebagai kenangan terindah tahun 2014 sebab dapat masuk TV :p
p/s : teringin nak ada program TV sendiri..hehehe
Labels:
2014,
Bintang Mencari Bintang,
High 5,
High 5 Bread Town,
Program TV,
Shah Alam,
TV3
6 July 2014
Salam Ramadan
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Alhamdulillah, syukur ke hadirat illahi kerana limpah & kurniaNya dapat lagi kita meneruskan kehidupan dimuka bumi Allah SWT ini dan masih lagi diberikan kesempatan untuk merasai kenikmatan bulan Ramadan yang penuh mulia ini. Hari ni cukup 8 hari kita berpuasa, hanya tinggal 20 hari lagi sebelum kita merayakan hari kemenangan kita semua.
Seperti biasa, tahun ni aku berpuasa jauh dari family coz aku sekarang dah ada komitmen bekerja setelah mengakhiri zaman latihan industri atau dikenali dengan perkataan ringkas " praktikal ". So aku terpaksa bepruasa jauh diperantauan daripada keluarga. Hati mana tidak sedih kalau tidak dapat berbuka dan bersahur dengan family tersayang, namun apakan daya aku terpaksa kuatkan hati untuk mencari rezeki di negeri orang.
rindu si comel ni..tunggu abang balik yer.. :'( |
Okeylah, setakat ni dahulu aku nak post psal Ramadan, nanti aku pos lagi yer dan citer atau update terkini pasal aku..hehehe..thanks sudi follow blog ni dan jadi follower blog ni..sayang korang..muaahhhhh..
p/s : ku mengharapkan Ramadan..kali ini penuh makna..agar dapat ku lalui dengan sempurna..
22 June 2014
Intership Life
Alhamdulillah, akhirnya dapat juga aku mengUPDATE kat blog aku ni, setelah lebih kurang 4 bulan lebih aku x menjengah masuk dlm blog ini. Memang ambo xdop maso untuk maso, maklumla masa intership atau dale bahaso Malaysia adalah praktikal. Praktikal ni namo ghima kalau ore taktahu meme taktahu, so bagi hok ore-ore taktahu Praktikal ni kiro latihan industri yang perlu student-student Universiti keno jalani sama ado 4 bule or 6 bule. HAHA..start kecek Kelate pulop doh ambo nih..hahaha..
Begheh lah, meh kawe nop cito pasal maso internship hari tu, Seperti sedia maklum, saya telah menjalani latihan industri di sebuah syarikat industri makane/makanan iaitu High-5. Tentu hok mano tahu tu High-5 tu adolah roti. So produk High-5 dulu sohor kot di Malaysia namun beberapa masalah tidok dapat dielakkan, produk High-5 tu ramai doh xsuko. Aku selalu berfikir secara positif dan tidak ambil port sgt pasal kisah-kisah lalu mengenai pihak pengurusan,Halal dan sekutu-kutunya.
Aku dah selamat jalani selama 4 bule praktikal di company tersebut. Memang terlalu banyak tugas dan cabaran semasa nak menghabiskan intern..nasib baik intern, kalau dah kerja memang tak boleh tahan kot. Namun disebabkan semangat aku berkobar-kobar untuk grad dengan cemerlang aku kena habiskan praktikal aku dengan jayanya. Banyak pengalaman yang aku perolehi sepanjang aku menjalani praktikal dan pelbagai masalah yang timbul sepanjang 4 bule tersebut. Ermm..kalau nak cerito meme xkan habis la male nih,,kiro sambung serupa cerita Telenovela pulak..kan xpasal2 pengarah drama nak buat cerita pasal aku...(verangan nak mamposss kan aku nih..hahaha)
So, 30hb Mei 2014, aku telah mengakhiri zaman praktikal aku. Sebelum nak habiskan minggu terakhir tu, aku telah mengalami excident yang agak teruk jugak. Masa tu berlaku tak silap aku 26 or 27hb Mei dimana aku mengalami kemalangan (terbalik motor..terlanggar divider jalan raya) disebabkan aku 'rushing' nak balik umah makcik di Bandar Saujana Putra kerana nenek aku telah meninggal dunia di Hospital Tuanku Jaafar Seremban. So bila aku dapat panggilan daripada mak aku, aku terus rushing balik ke rumah sewa dengan hujan yang lebat, dan aku terus gerak ke rumah makcik aku dan sampai jer tol Saujana Putra, aku alami kemalangan tersebut. Habis jari disebelah kiri aku terkopak dan kaki sebelah kiri teruk menyeset di tar jalan raya. Masa tu aku memang dah give up. Dan pada ketika itulah aku pikir, begini rupanya orang mengalami excident dengan motor. Pada masa itu juga, aku hampir pengsan dan dibawa ke bahagian wakaf untuk sedarkan aku dan makcik aku segera bawa aku ke klinik untuk cuci luka.
Memang terlalu sakit sehinggakan aku terpaksa dicucuk bagi elak kancing gigi. dan diberikan ubat tahan sakit. Pada malam yang bergerak ke Seremban tu, aku memang sakit sgt, hanya Allah SWT sahaja yang tahu perasaan aku time tu, dengan berdenyut. dan pedih semua ada.
Mungkin, ini dijadikan pengajaran bagi aku untuk membawa motor dengan lebih berhati-hati selepas ini. So, aku dapat MC 3hari dan kembali bekerja hari Jumaat iaitu hari last aku intern 30hb dan berita gembira apabila aku ditawarkan bekerja disitu. Ini mungkin rezeki bagi aku setelah pelbagai cabaran yang diduga dan akhirnya Allah SWT telah tentukan rezeki-rezeki hambaNya. Syukur Alhamdulillah..
Walau pada mulanya untuk menghabiskan seminggu intern pada bulan pertama agak meletihkan namun setelah habis zaman intern biasalah menjadi perkara yang dirindu. Dan sekarang menjadi warga/staf High-5 Conglomerate Berhad dengan rasminya.
Perghh...penat eden nak menulisnyo..hahaha..itulah pengalaman semasa intern 4 bulan aku di syarikat High-5 ini. Nanti ada masa, aku akan update pasal diri aku bekerja lak..So kepada yang masih setia follow blog ambo ni, ambo nak ucapkan terimo kasih banyok deh..Demo meme hebat..
Ambo chow dulu deh..Assalamualaikum
p/s : hargailah peluang itu selagi kita boleh menghargainya...(betul tak ayat nih..cam pelik jer bunyi..hahaha)
15 February 2014
Hari Pertama Intership
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Alhamdulillah kita masih diberikan nafas untuk menghirup udara di muka bumi Allah SWT ini. Okeylah sudah lama la aku tak update blog ni, memang dh bersarang lelabah dah aku rasanya dalam blog ini. Aku siyes memang teramat sibuk (mengalahkan PM kita,..) aku rasa PM kita pon xde sesibuk cam aku nih..
Yela..aku sibuk diri ni sebab aku nak kena set up tuk tempat praktikal aku nanti. Maklumla one step lagi sebelum aku bergelar MAHASISWA dan menerima segulong ijjjazaaah..hehehe..Tak sabar untuk menantikan saat itu.
Sebelum aku nak menerima ijazah itu, aku kena la habiskan latihan praktikum aku. Almost dalam 4 bulan aku kena praktikal..n then pastu tunggu majlis KONVO..terasa seronok gak biler tengok senior-senior KONVO..so kalau diorang boleh KONVO kenapa aku takleh pulak kan..(monolog dalaman) kehkehkeh..hahaha
Okeylah, itu info aku dapat bgtau..actually aku nak citer hari pertama aku intern kat company pilihan aku. So company yang aku pilih ni ermm..xdelah company gah sgt cam PETRONAS, MAYBANK, MEDIA PRIMA dan sebagainya, boleh tahan la..tapi aku bangga kot dapat intern dekat sini atleas at the same time aku dapat belajar MARKETING dekat sana.
Aku dah start intern pada hari Isnin baru ini (10/02/2014) kat Silver Bird Group Berhad atau nama yang terkini nanti High 5 Conglemerat. Nanti akan ada rebranding balik nama itu. Actually ramai yang taktahu pasal High 5 ni, last2 diorang leh tnya aku apa itu High 5, nak je aku bagi High 5 kat muka tu..hahaha..n then ada gak diorang tanya aikk..still wujud lagi ker High 5 itu wpon banyak kes..ayoyoyo..hidup kena teruskan walaupon apa yang terjadi..gituuu..ayat cover uolsss..
Abaikan diorang..so aku pon excited la pepagi nak g intern nih, dengan kemeja suit berbagai semua, tie dan kasut berkulit..nampak cam orang Korporat lak (not keparat k...) hahaha..tapi yang xleh bla...naik motor..hehehe..last2 smpai kat company tu awal ckit sebab nak tunjuk yang kita ni pekerja yang berdedikasi, menepati masa gitu..mula-mula memang cmne..ko tgk la nanti tengah2 bulan konpem dtg lambat..hehehe...so tunggu la aku kat lobby Silver Bird tu, mula2 nak masuk tu xleh la sebab aku xde punch card elektronik tu, so aku tunggu dak2 pekerja yang g punch aku pon ikut belakang diorang nak masuk sekali..tunggu punya tunggu aku punya Pn. Hezrina (Assitant HR Silver Bird) pon sampai la dan suh aku ikut dye g ofis..pastu dye bagi aku surat lantikan intership dan punch card n then bawak aku turun bawah g jumpa dengan supervisor aku iaitu Cik Agustina (Cik Tina jer orang panggil). Time tu memang nervous kot..isau cmne la kehidupan internship nih..hahaha..last2 aku pon diperkenalkan diri dan berbincang pasal intership dan bahagian mana yang aku akan duduk nanti..so Cik Tina tu bgtau aku yang aku akan duk bahagian Sales n Marketing dan juga jaga Bread Town.
Jap...jari penat..lenguh dooooeee..
Lepas jer selesai ngan cik Tina, aku diperkenalkan dengan staf-staf bahagian Sales n Marketing dan Bread Town. dan lepas itu datang seorang perempuan namanya Farah. Dia merupakan Exec Marketing dekat ctu dan pagi tu dye hendak ke UIAM tuk berbincang pasal proposal School Enterpreneur High5. So alang-alang, dye ajak aku ikut sekali tengok bagaimana team diorang buat kerja..ehehehe..aku pon apa lagi,memang nak ikut la..sape taknak g jenjalan kan..masa tu jugak aku kenal Teong, Boss Bread Town.
Lepas jer balik dari UIAM, alhamdulillah aku dapat pelajari apa yang diorang meeting dekat sana..Memang pengalaman yang bagus..yang tak bagusnya kaki aku sakit giler memang teramat sakit..dan badan memang penat giler...exhausted first day..
Tengok jam pukul 6..so aku pon chow balik...
Hahaha..itulah catatan hari pertama aku intership disana..nanti aku nak stroy pasal Bread Town kat korang next post yeap.nak tahu apa itu Bread Town..nantikan yer...hahaha..
21 January 2014
M.A.L.A.S
Assalamualaikum wtb dan Salam Sejahtera..
Memang dh lama aku tak udpate blog ni kan, dah masuk sebulan lebih aku x menjengahkan tuk masuk blog ni, entahla,..aku pon xtau la apasal diriku ini terlalu sesangat MALAS untuk on9 blog sekarang ni, mungkin disebabkan masa yang terlalu santai dan relax tu jadi malas tuh..Dulu time busy boleh lak aku duk update kat blog ni, sekarang haram ke jadah..itulah diriku sebenar..propa..haha
Okeylah, sekarang ni aku nak citer yang latest pasal aku.errm...pasal latest..artis ker..nak cite bebagai semua..perasan lak..werkkk..hahaha..apa-apa pon aku just nk bgtau aktivit yg aku buat je..VERANGAN nak jadi artiskan.so kena feeling2 lebih..hahaha..
Disaat jejari ini gatal duk menaip so aku pon meRAJINkan diri tuk kuarkan idea yang banyak mengarut tuk cite..tapi apa ek aku nak cite..VANGAN betul la aku nih..hahaha..
Lupakan..hahaha..nanti la aku cite apa aktiviti yang latest yang aku buat..konon..hahaha..dua post yang aku nak buat tu pon lum aku update..kesian pembaca aku tertunggu-tunggu cite aku (perasan tahap gaban..konon ada 100k follower konon duk baca blog..tapi hmmmm..paham2 jela..)
Okey, masa tuk beradu dulu..selamat malam/pagi...
Subscribe to:
Posts (Atom)