5 July 2013

Telenovela TV3 : Dahil May Isang Ikaw

5 July 2013 / 1:11 am / Comment

Dahil May Isang Ikaw adalah sebuah drama bersiri yang paling hebat dan terpenting di Filipina. Drama bersiri ini disiarkan oleh ABS-CBN dimana dibintangi oleh Lorna Tolentino, Gabby Concepcion, Kristine Hermosa, Jericho Rosales, John Estrada, Chin Chin Gutierrez, Karylle dan Sid Lucero.


Dengan penerbitan drama bersiri ini, maka peminat setia Kristine Hermosa dan Jericho Rosales dapat menonton kembali pasangan drama Filipina pilihan peminat ini berlakon bersama setelah lima tahun sudah tidak bergandingan dalam drama bersiri bersama. Sebelum drama bersiri ini, Jericho Rosales dan Kristine Hermosa telah digandingkan menerusi drama Sanay Wala Nang Wakas.


Drama Dahil May Isang Ikaw telah pun dicalonkan dalam 2010 International Emmy Awards dalam kateogri telenovela dan juga pelakon Sid Lucero dicalonkan bagi kategori Persembahan Pelakon Lelaki Terbaik, serta drama ini dicalonkan juga untuk drama siri terbaik dalam Emmy Awards.


Drama ini mempunyai sebanyak 105 episod. Pada permulaannya Astro Bella (saluran 133) telah pun menayangkan drama ini di saluran tersebut, sekarang pihak TV3 pula mengambil langkah menayangkan drama bersiri ini dimana ia mungkin akan menaikkan rating penonton dalam slot Telenovela di TV3.

  • Kristine Hermosa sebagai Angela "Ella" Alferos-Ramirez
  • Jericho Rosales sebagai Miguel Ramirez
  • Lorna Tolentino sebagai Tessa Ramirez
  • Gabby Concepcion sebagai Jaime Alferos
  • John Estrada sebagai Daniel Ramirez
  • Chin-Chin Gutierrez sebagai Patricia Aragon-Alferos
  • Karylle sebagai Denise Mae Alferos
  • Sid Lucero sebagai Alfred "Red" Ramirez/Pip

Berikut adalah synopsis untuk drama DMII :
Tessa Ramirez (Lorna Tolentino) adalah seorang peguam yang baik dan dihormati. Beliau telah banyak memenangi kes yang diambilnya terutama dalam kes-kes penderaan kanak-kanak. Bagi beliau sangat besar tanggungjawab dalam kes pencarian anak yang hilang. Sebelum beliau menjadi seorang peguam, beliau pernah menjadi rakan kongsi dengan Jaime Alferos (Gabby Concepcion) semasa di kolej pada tahun 1980. Mereka pada ketika itu bercinta dan Jamie telah berjanji kepada Tessa bahawa mereka akan berkahwin apabila beliau pulang dari Amerika setelah enam bulan untuk melanjutkan pelajarannya.  
Satu hari, ibu Jaime (Alicia Alonso) memberitahu kepada Tessa bahawa Jaime telah mempunyai hubungan sulit dengan wanita lain. Tessa kemudiannya menelefon Jaime untuk mengetahui hal yang sebenarnya namun panggilan tersebut telah pun diangkat oleh Patricia Aragon (Chin-Chin Gutierrez) dimana beliau mengesahkan hubungan dengan Jamie. Pada ketika itu, Tessa telah mengandung, dalam pada masa yang sama Daniel Ramirez (John Estrada) merupakan kawan kepada Tessa dan dalam diam dia menyukai Tessa dan sanggup menjadi suami dan bapa kepada anak yang dikandung oleh Tessa tersebut.  
Dalam keadaan yang tidak dijangka, anak perempuan Tessa iaitu Melisaa telah diculik oleh satu sindiket dimana motif adalah untuk menjadikan kanak-kanak sebagai buruh. Daniel telah cuba menyelamatkan Melissa daripada penjahat tersebut namun dalam pada masa yang sama lelaki tersebut telah menyuruh Daniel menyerahkan bayi tersebut atau Melissa akan mati. Tessa menyalahkan Daniel apabila dia kehilangan anak perempuannya.  
Selepas itu, Daniel berjanji dimana beliau akan memastikan Tessa akan mendapatkan pengajian undang-undang sehingga impian Tessa berjaya menjadi seorang peguam. Namun, Daniel kembali kepada kehidupan jenayah. Pada suatu hari, mereka melakukan rompakan bank dan dalam pada masa yang sama rakan rompakan beliau telah terbunuh semasa pergelutan berlaku dengan seorang pelanggan bank tersebut. Daniel terus membunuh pelanggan bank tersebut, dan pelanggan bank yang terbunuh itu adalah seorang pegawai kerajaan. Oleh itu, Daniel ditahan kerana pegawai kerajaan itu.  
Ella (kanak-kanak - Mika dela Cruz) (dewasa – Kristine Hermosa) seorang gadis yang mempunyai impian yang senang iaitu ingin disayangi oleh ibunya. Dia cuba membuat impiaanya menjadi kenyataan dengan menjatuhkan syiling satu peso ke dalam sungai. Dalam pada masa yang sama, dia melihat seorang budak yang bernama Miguel (kanak-kanak : Paul Salas) (dewasa : Jericho Rosales) ketika menaiki kapal tersebut. Ella meminta beliau untuk menjatuhkan duit syiling tersebut namun Miguel tidak mendengar dengan jelas. Kedua-dua mereka telah ditangkap oleh nelayan dimana menyuruh Miguel turun daripada kapal tersebut dan Ella serta ibunya dihukum kerana mencuri wang peso.  
Dalam pada itu, Pip (kanak-kanak : Nash Aguas) (dewasa : Sid Lucero) telah mencuri beg tangan seorang wanita kerana kelaparan. Kelakuan Pip tersebut telah dipengaruhi oleh bapa kandung sebelum ini. Miguel menasihati Pip supaya tidak melakukan perbuatan itu lagi. Miguel dan Pip bukan anak beradik kandung yang sebenarnya.  
Tessa memutuskan untuk membantu Miguel dalam mendapatkan Pip keluar dari penjara. Dengan pertolongan ini, Tessa merasakan dalam hatinya ia terlalu rapat dengan Miguel dan menganggap Miguel seolah-olah anaknya.  
Pip merasakan yang Daniel seolah-olah seperti ayahnya. Oleh itu, Pip keluar penjara, dan Tessa memutuskan untuk mengambil kedua-dua budak itu iaitu Miguel dan Pip sebagai anaknya. Berbanding dengan Jaimie mengambil masa yang lama untuk menanggap Ella sebagai anak angkatnya. Patricia dan Denise (Karylle) tidak suka terhadap Angela dan selalu mencederakan Ella. Namun ada situasi yang menjadikan Ella dan Denise menjadi kawan dan adik beradik dalam keluarga itu.  
Ella membesar dan menjadi seorang wanita muda yang cantik, dia merupakan seorang peguam yang berjaya. Dengan cita-citanya ini, pertemuannya dengan Miguel berlaku dimana kedua-dua mereka tidak menyangka menjadi antara pelajar yang terbaik yang mana Miguel memperolehi tempat pertama, dan Ella berada tempat kedua. Ella telah bertemu dengan Tessa dan memutuskan untuk menguruskan firma undang-undang. Lalu Tessa memberikan satu kes besar yang mana Tessa telah menguruskan kes tersebut. Tessa terkejut apabila mendapati nama terakhir pada cincin Ella adalah Jaime Alferos dan sekaligus merasakan yang Jaime Alferos itu adalah ayahnya Ella.  
Akhirnya Daniel keluar penjara dan dia kembali kepada perbuatan jahatnya. Daniel dan Patricia masing-masing merancang agar tidak kehilangan cinta mereka iaitu Jaime dan Tessa.Keadaan ini juga bakal berlaku dimana Denise dan Pip untuk meneruskan terhadap semua kemungkinan dalam pertukaran untuk cinta mereka.  
Kedua-dua keluarga mempunyai persengketaan. Permusuhan keluarga berlaku siebabkan cinta, penipuan dan semua kemungkinan. 

Haa..anda dah faham citer dye kan, memang best bile dapat memahami keseluruhan yang ringkas mengenai synopsis drama bersiri ini.


Apa-apa pon anda boleh meneruskan menonton drama bersiri ini menerusi slot Telenovela di TV3 pada setiap hari Isnin hingga Khamis pada pukul 3.00-4.00 petang.


terima kasih kerana sudi membaca entri ini

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...Dah siap baca entri? Nanti jangan lupa komen yer :)

Terima kasih banyak-banyak !!!

Pelawat Blog

Flag Counter
COPYRIGHT@Segala apa yang tercatat dalam blog ini adalah hak milik saya..DI LARANG MENYALIN TANPA KEBENARAN