19 July 2014

Masterchef Junior Season 1

19 July 2014 / 1:49 pm / Comment


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Alhamdulillah, hari ni nak update pasal satu tv show yang membuatkan aku tertarik untuk tengok. Program masakan sememangnya aku minat tengok dari dulu lagi, aku pon taktahu kenapa aku suka masak ?? Maybe sejak dari kecil lagi kot aku dah tengok umi dan abah aku masak, so aku terikut-ikut untuk masak gak. Memasak adalah hobi yang bagus, ye la, dengan korang masak, korang akan praktis dengan baik dan menjadi chef yang hebat (hehehehe..) Program seperti Masterchef Malaysia, Masterchef Selebriti Malaysia, dan banyak lagi membuatkan aku tertarik untuk tengok lak edisi MasterChef Junior. Ini adalah rancangan daripada FOX dimana kana-kanak menjadi chef untuk program tv ini. Kesemua kanak-kanak ini adalah berbakat dalam menyediakan masakan sama ada pembuka selera, hidangan serta pencuci mulut. Memang tip top r diorang nih, aku pon suka nengok diorang masak.

Sebenarnya bila aku google n jumpa MasterChef Junior kat wikipedia, memang banyak adaptation daripada JuniorMasterChef ni, boleh dikatakan setiap negara aga MasterChef Junior diorang. Memang hebat r, seperti Junior MasterChef Australia, Junior MasterChef Belgium, Junior MasterChef Finland, Junior MasterChef Greece, Junior MasterChef Indonesia dan banyak lagi.

So program MasterChef Junior US ini dipengacarakan (betul tak ayat nih..hahaha) oleh Selebriti Chef yang famous iaitu Gordon Ramsay (memang chef yang hevattt nokk...) dan judge lak Joe Bastianich dan Graham Elliot.

Graham Elliot (kiri), Gordon Ramsay (tengah) Joe Bastianich (kanan)
Program tv in iadalah merupakan musim pertama, so musim kedua belum ada lagi. So nak dipendekkan cerita. 10 kanak-kanak bertanding untuk merebut gelaran juara MasterChef Junior US untuk musim pertama. So nak dijadikan cerita, Alexander Wessis dari New York City, New York diangkat sebagai juara MasterChef Junior untuk musim pertama dengan mengalahkan Dara Yu. Alexander memenangi hadiah berupada wang tunai US$ 100,000 dan trofi special MasterChef Junior.

Juara MasterChef Junior musim pertama, Alexander Wessis
Apa-apa pon aku memang tabik spring r kat Alexander coz die memang pandai masak dan memang dilahirkan untuk dijadikan sebagai Chef. Walaupon umur die 13 tahun namun masakan sehebat chef yang ada kat hotel-hotel bertaraf bintang nokkk...mak bangga..hahaha...

So korang leh tengok sendiri pertarungan 10 kanak-kanak merebut gelaran juara MasteChef Junior ni kat Astro STARWORLD (721 HD)

p/s : kan best kalau kat Malaysia ada juga MasterChef Junior, so leh la tengok bakat memasak kanak-kanak.


terima kasih kerana sudi membaca entri ini

13 July 2014

Piala Dunia FIFA 2014 Brazil

13 July 2014 / 8:36 pm / Comment

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Alhamdulillah, selesai sudah kita mengharungi hari ke-15 puasa di bulan yang penuh mulia ini. Okeylah, hari ni nak citer sedikit mengenai bola sepak. Konpem korang dah tahu kan ape yang ambo nak cerito hari ini, ye la..dah tajuk terpampang kat atas...bagidol tul aku nih..hahaha..So malas nak bercakap banyak, kita teruskan catatan kali ini.  Piala Dunia kali ini telah diadakan di Brazil, so Brazil menjadi tuan rumah kali ini untuk tahun 2014, tahun 2010 dekat Afrika Selatan, so kali ini bersamba di Brazil lak. Next 2018 rasanya Rusia kot..(nantikan jawapannya..takkpon Google je..sekarang kan dunia moden..gituuu..)


Nampaknya Piala Dunia 2014 sudah nak mengakhirinya, so pasukan Jerman dan Argentina berjaya melangkah ke perlawanan akhir Piala Dunia 2014 Brazil. Perlawanan ini akan berlangsung pada pukul 3.00pagi waktu Malaysia dan akan diasiarkan di semua saluran yang ada (TV1,Astro Arena,Astro Supersport dll). Memang tidak dijangkan pasukan Jerman dan Argentina bakal melangkah ke perlawanan akhir, mana taknya, ramai yang score pasukan Sepanyol (selaku juara thaun 2010) bakal meneruskan kejuaraan namun pasukan Sepanyol tidak berjaya melangkah ke kelompok 16 dan hanya menentang pasukan yang lain dalam kumpulannya. Banyak pasukan yang tidak dijangka telah melangkah keluar awal seperti England, Itali, Perancis. Pasukan tersebut menjadi pasukan favourite, namun disebabkan itu, pasukan yang dikatakan menjadi pasukan UnderDog seperti Costa Rica memang terbaik berjaya melangkah ke perlawanan suku akhir.

Berbalik kepada perlawanan akhir, Jerman dikatakan mempunyai peluang cerah untuk menjuarai piala dunia kali ini, mana taknnya setelah mengalahkan tuan rumah Brazil pada perlawanan separuh akhir dengan jaringan 7-1, ia dianggap pasukan pilihan untuk menjuarai piala berprestij ini. Namun jangan pandang ringan terhadap pasukan Argentina, pasukan ini dianggap pasukan yang mempunyai kekuatan dalam pasukan dengan pemain seperti Messi dan lain-lain.
So, aku akan pilih Jerman selaku Juara Piala Dunia 2014 FIFA. Kalau salah xpe, kan namanya tekaan..hehehehe...okeylah so nanti korang akan tahu jawapannya pada pagi nanti, jangan lupa bola bola jugak, sahur jangan lupa, tunaikan kewajipan dahulu..peace yoooo..
p/s : tahniah Netherland/Belanda memenangai tempat ketiga Piala Dunia FIFA 2014.


terima kasih kerana sudi membaca entri ini

12 July 2014

Rakaman Sarapan TV3 bersama High 5 Bread Town

12 July 2014 / 4:08 pm / 2 Comment

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Alhamdulillah, hari ni sudah masuk dua minggu kita berpuasa, letih tu jangan cakap kalau tidur berlebihan pon jadi letih, inikan pula buat kerja..namun sebagai umat Islam kita kena bersabar dalam menghadapi bulan yang penuh berkat dan mulia ini.

Okeylah, hari ni aku nak kongsi satu citer pasal rakaman Sarapan TV3. Pernah tengok program Sarapan TV3 yang dipengacarakan (betul tak ayat nih ??) oleh Isey (Bintang Mencari Bintang musim pertama). Program ini disiarkan setiap hari Ahad pada pukul 9.00 malam di TV3. Tapi aku takpernah lagi tengok citer nih, pernah tengok iklan je..masa nak adakan shooting baru study pasal program nih.

Nak dijadikan citer, haritu, ada la produser Sarapan TV3 email dekat my rakan sekerja dimana diorang nak shooting tuk program Sarapan TV3 di High 5 Bread Town, namun disebabkan terlalu rush pihak kami pada mulanya ingin batalkan namun pihak pengurusan atasan nak juga shooting ini dilakukan, so shooting pun berlangsung. Masing-masing kalut semua (karenah birokrasi...pulekkk)

So, shooting tu datang hari Rabu, kelam kabut nak siapkan dalam masa dua hari, mana nak settle kerja lain lagi..haduyaiii..Yang takleh bla aku kena jadi 'tour guide' bersama Isey dalam program ini. Memang neves kot, ye la tak pernah lagi aku masuk TV, inikan pula rakaman dan akan disiarkan d TV3, memang dua malam duk pikiaq apala nak jadi nanti..hahaha..

bersama pengacara Sarapan TV3 ' Isey '

Sampai jer hari kejadian, aku pon jadi la TG seperti yang dikhaskan hari itu, Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar, dan aku harap diorang edit la video tu elok2 skit.hahaha..mcm mana la video aku direkodkan haritu..hahaha...nak gelak je asenya..

Tapi ini boleh dijadikan sebagai kenangan terindah tahun 2014 sebab dapat masuk TV :p

p/s : teringin nak ada program TV sendiri..hehehe


terima kasih kerana sudi membaca entri ini

6 July 2014

Salam Ramadan

6 July 2014 / 10:19 pm / Comment

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Alhamdulillah, syukur ke hadirat illahi kerana limpah & kurniaNya dapat lagi kita meneruskan kehidupan dimuka bumi Allah SWT ini dan masih lagi diberikan kesempatan untuk merasai kenikmatan bulan Ramadan yang penuh mulia ini. Hari ni cukup 8 hari kita berpuasa, hanya tinggal 20 hari lagi sebelum kita merayakan hari kemenangan kita semua.

Seperti biasa, tahun ni aku berpuasa jauh dari family coz aku sekarang dah ada komitmen bekerja setelah mengakhiri zaman latihan industri atau dikenali dengan perkataan ringkas " praktikal ". So aku terpaksa bepruasa jauh diperantauan daripada keluarga. Hati mana tidak sedih kalau tidak dapat berbuka dan bersahur dengan family tersayang, namun apakan daya aku terpaksa kuatkan hati untuk mencari rezeki di negeri orang.

rindu si comel ni..tunggu abang balik yer.. :'(

Okeylah, setakat ni dahulu aku nak post psal Ramadan, nanti aku pos lagi yer dan citer atau update terkini pasal aku..hehehe..thanks sudi follow blog ni dan jadi follower blog ni..sayang korang..muaahhhhh..

p/s : ku mengharapkan Ramadan..kali ini penuh makna..agar dapat ku lalui dengan sempurna..


terima kasih kerana sudi membaca entri ini

Pelawat Blog

Flag Counter
COPYRIGHT@Segala apa yang tercatat dalam blog ini adalah hak milik saya..DI LARANG MENYALIN TANPA KEBENARAN