10 June 2013

Kursus Etika Protokol UUM-COB 2013

10 June 2013 / 10:39 am / Comment


Alhamdulilah , bulan lepas ,pada 10 Mei lepas kitorang telah menghadiri KURSUS ETIKA PROTOKOL UUM-COB 2013 di EDC HOTEL UUM. Kursus ini wajib untuk semua mahasiswa sebelum menghabiskan pengajian dan grad nanti.

So nak tak nak kena hadir jugak kalu korang nak grad..kalu x, xleh grad tau..

Kursus ini agak bagus untuk dipraktikkan di luar nanti, atleast takdela budak UUM ni pelik sgt dan xde protokol masa makan secara profesional gitu. Hehehe. apa-apa pon aku tengok budak UUM ad yang etika protokol time makan dan ad gak yang xde, malas..kononnya..tapi still protokol je time makan.

Sebelum kitorang praktikan masa makan, kitorang diberikan ceramah mengenai ETIKA PROTOKOL dari segi pakaian, sebelum makan, semasa makan ,dan selepas makan. Lama giler ceramah itu, bosan gak kot asenya, dah la meja kami meja yang paling depan sekali, memang takleh nak borak sangat la, nanti si MC tu mengamuk xpasal and halau kami dewan tu, so nak tak nak kena dengar gak..

Habis jer ceramah tu , pastu rehat kejap sementara pihak pelayan EDC menyediakan makanan di dalam dewan , kami sempat borak2 kat luar ngan member-member. Selesai jer rehat tu, kami diberikan masuk dan duduk ditempat asal tadi. Maka terhidanglah makanan yang kami tengok iaitu untuk pembukaan diorang bagi makan ROTI + MAJERIN. Roti xdela sedap sangat..tapi memandangkan lapar time pagi-pagi tu terus jer kitorang makan dan time ni, MC dan pelayan menengok gelagat budak UUM makan roti dengan menyapu majerin pada roti tersebut. Hahaha..macam-macam gaya. Selain itu, diorang sediakan juga sup cendawan.erkkk..sedap kot..kita juga diajar cara menghirup sup dengan betul. Memang protokol betul la..nasib baik xde ujian amali, kalu xmampos nak lulus nih..hehehe

Habis jer pembuka makanan, kami diberikan menu utama iaitu CHICKEN CHOP. Makanan yang dinanti-nantikan. So, mula lah perang pisau ngan garpu, maklumla ayam chicken chop tu kan keras giler ,so memang susah gak kalau yang kurang mahir untuk memotong dan makan ayam chicken chop tu. Hahaha..aku suka tengok gelagat member aku dalam satu meja tu, memang kecoh jer..hehehe.

Akhir sekali, penutup makanan iaitu desert disediakan KEK BROWNIES + AISKRIM. hahaha..terliur air liur eden nih haa..memang sedap la kek dye, memang takpuas, nak makan lagi..

Selesai jer makan tersebut, maka habisla pengajian kursus ETIKA PROTOKOL UUM-COB 2013.

Syukur, atleast dapat belajar cara beretika masa makan, nasib baik free..hehehe..


terima kasih kerana sudi membaca entri ini

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...Dah siap baca entri? Nanti jangan lupa komen yer :)

Terima kasih banyak-banyak !!!

Pelawat Blog

Flag Counter
COPYRIGHT@Segala apa yang tercatat dalam blog ini adalah hak milik saya..DI LARANG MENYALIN TANPA KEBENARAN