1 June 2013

Peperiksaan Akhir Semester

1 June 2013 / 2:55 pm / Comment


Alhamdulilah, hari ni masih ada kesempatan jugak aku nk menjengah blog ini. Syukur ke hadirat illahi kerana dengan limpahNya dapat lagi kita bernyawa di muka bumi Allah ini dan meneruskan perjuangan hingga ke akhir hayat. Okeylah, hari ni dah pon masuk bulan Jun, so ad beberapa minggu je lagi nak habiskan pengajian untuk semester 6 ini.

Untuk pengetahuan semua, seperti yang tertera di atas tu, esok bermulalah perjuangan dalam menghadapi peperiksaan akhir untuk semester ini. Peperiksaan itu akan bermula pada 2hb sehingga 27hb Jun 2013. Hahaha..nasib baik aku abes awal exam, so, 18hb aku dah boleh balik rumah..yahooo..menikmati percutian selama 2 bulan (JULAI,OGOS) dan September datang balik untuk menghadapi semester akhir..horrayyy..

Okeylah, meh nk citer sedikit apa paper yang aku akan exam sem ni :

Pertama , paper SEMINAR PEMASARAN. Paper ni akan berlangsung pada 3hb ni pada pukul 9.00pagi di DSB Kolej MAS UUM, errrrr.ngeri la asenya bunyi seminar nih, mana taknya tengok pensyarah dye la dulu..Hehehe..sebenarnya Tn. Haji Zainol sangat baik dan best. Memang best tengok dye mengajar kitorang pasal jurnal. Sekarang ni kitorang kena study betul-betul untuk 5 jurnal yang akan ditanya padal exam akhir nanti.Aku harap aku akan dapat buat sebaik mungkin. Target memang nak A. Aku bersyukur jika dapat B pun, bersyukur dengan apa yang diperolehi :)

Paper kedua pulak, dihari yang sama iaitu paper PENGURUSAN STRATEGIK Paper ni memang berat skit, mana taknya kena kaji kes study sebelum exam menjelang. Kajian kes akan diberikan seminggu kepada pelajar yang amik paperni dan akan mengeluarkan isi-isi yang penting dan akan ditanya pada peperiksaan nanti. Aku harap aku dapat jawab nanti. Untuk paper ni, aku akan exam di DSB Kolej TRADEWIND pada pukul 2.30 petang.

Bagi paper ketiga pulak , paper PEMASARAN INDUSTRI. Haaaa...tension aku bila dengar paper nih, mana taknya, banyak giler nak kena baca dan cover untuk exam nanti. xsilap aku 10 bab nanti nak cover untuk beberapa soalan je nant..blurrrrrr...kan best kalu Puan Rafidah ada bagi tajuk yang spesifik skit, senang untuk aku baca. Ni cam ibarat baca sebiji buku pulak..aduyaiiii....

Paper keempat untuk sem ni pulak PENGURUSAN RANTAIAN BEKALAN. Paper ni memang relax ckit, maklumla tengok lecturer dulu. Dr. Rahim memaang sporting giler dalam kelas dan bab-bab dalam pembahagian markah memang tak kisah dan straight sangat, so senang nak dapat markah ngan dye. Untuk paper ni aku akan exam pada 9hb ni di TEATER EKSPERIMEN,UUM.

Paper kelima pula exam adalah ASAS KEWANGAN. Haaaa...tinggal paper ni je untuk paper pengiraan aku sem ni. Semua dah habis paper mengira aku. rasa bebas. Alhamdulilah carrymark pun dah keluar, so tidak risau sangat. Aku harap aku dapat score untuk paper ni. Paper ni akan exam pada 12 Jun nanti kat DMAS, UUM. Teringat balik kenangan semasa kelas Puan Wan Rozima, walaupun dia tegas tapi best cara dia mengajar.

Paper keenam yang akan aku exam adalah JUALAN PERORANGAN. Paper ni memang relax sebab carrymark dah capai 60markah. so sekarang bergantung pada markah final jer nanti. Memang ramai yang dapat A dengan paper ni, so tidak risau untuk dapat A paper ni, Aku harap aku leh score paper ni dengan baik. Paper ni akan exam pada 16 Jun nanti d DEWAN TSO, UUM.

Dan paper terakhir yang akan aku aexam adalah paper SERVIS PEMASARAN. Paper servis ni aku akan exam pada 18hb di DEWAN TSO, UUM. Paper ni diajar oleh En.Shahrin Saad. Memang best apabila En.Shahrin mengajar kitorang mengenai paper ni, dan banyak kita orang belajar mengenai servis pemasaran yang digunakan sama ada di Malaysia atau luar negara.

Itulah 7 paper yang aku akan exam nanti..errrrr..harap-harap aku dapat score nanti..Insyallah..

Okeylah, aku nak beredar dulu, sebab nak sambung study dlu..

Assalamualalikum..


terima kasih kerana sudi membaca entri ini

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...Dah siap baca entri? Nanti jangan lupa komen yer :)

Terima kasih banyak-banyak !!!

Pelawat Blog

Flag Counter
COPYRIGHT@Segala apa yang tercatat dalam blog ini adalah hak milik saya..DI LARANG MENYALIN TANPA KEBENARAN