21 October 2013

Entri Blog 3 : Buang, Buang, Buang

21 October 2013 / 11:31 pm / Comment


Pembuangan bayi sekarang dah semakin berleluasa dan sudah menjadi trend. Setiap hari kita dihidangkan dengan berita-berita pembuangan bayi di dada akhbar dan juga televisyen. Bagi aku, pembuangan bayi sekarang sudah menjadi perkara biasa mana-mana pasangan yang hamil anak luar nikah. Bagi menutup malu, mereka sanggup membunuh bayi yang tidak langsung berdosa.



Ada yang sanggup membuang bayi ke dalam sungai, lubang tandas, tong sampah dan sebagainya.


Macam mana dan apa yang difikirkan dalam kepala diorang mengenai tindakan yang tidak berperikemanusiaan itu sehingga sanggup membunuh bayi yang baru lahir itu.


Adakah pegangan agama mereka terlalu lemah sehinggakan terpengaruh dalam lembah maksiat dan melakukan perbuatan yang tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang umat Nabi Muhammad SAW ?? 

Aku akan bersetuju bila faktor ini menjadi faktor utama yang menyebabkan berlakunya pembuangan bayi ini. Mana tidaknya, jikalau seseorang itu memperolehi didikan agama yang lengkap tidak mungkin akan melakukan perbuatan terkutuk ini. Mereka akan memikirkan masa depan mereka sebelum melakukan perbuatan maksiat dan terpengaruh dengan syaitan.


Pegangan agama sepatutnya menjadi pegangan utama kita sebagai umat Nabi Muhammad SAW dan kita seharusnya melawan hawa nafsu kita agar diri kita tidak terjebak ke lembah maksiat ini. Sekarang, bagi aku, orang yang sering melakukan pembuangan bayi ini sudah tidak berasa malu dan segan di mata masyarakat apatahlagi di mata Allah SWT dengan perbuatan terkutuk itu. Jikalau mereka berasa malu, mereka tidak akan dan tidak sesekali terjebak dengan perbuatan maksiat sehingga terlanjur. Kebanyakkan gadis-gadis bawah umur sekarang mudah terjebak dengan gejala aktiviti social yang semakin berleluasa seperti melepak, merempit, dan sebagainya.


Dalam hal seperti ini, ibubapa haruslah memainkan peranan penting dalam menjaga dan membentuk anak-anak mereka agar tidak terpengaruh dengan perbuatan terkutuk ini. Seperti yang kita tahu, sesetengah haiwan ia sayangkan anaknya,begitulah juga manusia. 

Namun, sekarang manusia yang melakukan pembuangan bayi ini boleh dianggap lebih teruk daripada haiwan. Mana tidaknya, haiwan juga mempunyai kasih sayang terhadap anaknya, walaupun haiwan itu tidak mempunyai otak dan tidak boleh berfikir. Tapi kita sebagai manusia yang mempunyai otak dan boleh berfikir, sepatutnya kita tidak melakukan aktiviti pembuangan bayi ini. Banyak lagi jalan alternative yang boleh kita lakukan seperti memberikan bayi yang baru lahir kepada mana-mana agensi yang mempunyai lessen dalam pengambilan anak-anak hasil luar nikah. 

Sekarang Jabatan Kebajikan Masyarakat dan agensi-agensi lain berusaha untuk menguruskan anak-anak yang dibuang dan membina satu tempat dimana pasangan yang tidak menginginkan anak tersebut boleh meletakkan ditempat yang telah dikhaskan untuk anak-anak yang dilahirkan tanpa ayah. Ia dikenali sebagai " BABY HATCH" atau Pelindung Bayi.


Dengan adanya tempat sebegini, dapat mencegah perbuatan terkutuk sehingga membunuh bayi tersebut ketika baru lahir. Bukan untuk menyokong tindakan melakukan maksiat, namun seboleh-bolehnya kita dapat menyelamatkan bayi yang tidak berdosa. Selain itu, aku juga berpendapat,pihak-pihak yang lain juga perlu mengambil tindakan dimana tidak hanya menunding dan mendiskriminasikan golongan yang sudah terlanjur dan mengandung dan melahirkan anak luar nikah ini. Hal ini kerana, pasangan ini juga berasa malu untuk berdepan dengan masyarakat di luar sana setelah mengetahui mengandung anak luar nikah.

Namun kita sebagai rakyat prihatin tidak perlu menunding jari dan mencemuh golongan ini kerana dengan cemuhan ini membuatkan mereka lebih terjebak untuk membunuh bayi tersebut bagi mengelak malu. Kita haruslah memberikan nasihat sewajarnya dan menyokong serta memberikan semangat yang kuat kepada golongan ini agar mereka tidak tersisih dengan masyarakat. Dengan adanya pendekatan tersebut, dapatlah kita mengurangkan berlakunya pembuangan bayi di negara kita ini. Selagi kita mampu bimbing mereka, kita akan membimbing ke arah jalan yang benar.


Oleh hal yang demikian, kita hendaklah mengambil inisiatif dan menyokong pasangan yang sudah terlanjur dalam menasihati agar tidak mengulangi perbuatan terkutuk ini. 

Setiap orang memerlukan peluang kedua. Berilah peluang itu kepada mereka.


terima kasih kerana sudi membaca entri ini

18 October 2013

Entri Blog 2 : Media Sosial..Benda Wajib Dalam Kehidupan

18 October 2013 / 5:26 pm / Comment


Media sosial merupakan sejenis media yang digunakan terus secara talian denan membolehkan pengguna menyertai, berkongsi, dan mencipta sesuatu mengenai kehidupan dalam blog, rangakain sosial, forum dan sebagainya. Oleh itu, media sosial sekarang sudah menjadi trend dalam kehidupan seseorang di seluruh pelusuk dunia. Tanpa media sosial ini maka tidak lengkaplah dalam hidup mereka. Pada masa kini, jika seseorang tidak mempunyai sebarang laman sosial akan dikatakan sebagai ketinggalan zaman. Media sosial sekarang ibarat seperti ‘ cendawan tumbuh selepas hujan ’ kerana untuk memenuhi kehendak pengguna yang semakin berani dalam dunia IT. Antara media sosial yang menjadi kegilaan orang ramai adalah seperti Facebook, Twitter, Myspace, Instagram, Friendster, Blog, Forum dan sebagainya.


Sekarang dunia semakin maju bertambah lagi dengan kepesatan melalui dunia teknologi. Namun apabila berlakunya dengan pertambahan media sosial di negara kita sedikit sebanyak dapat merancakkan lagi dalam media sosial dalam kalangan pengguna. Kekadang media sosial dapat memberikan kebaikan untuk penggunanya dalam pada masa yang sama juga ia dapat memberikan keburukan kepada seseorang. Oleh itu, hari ni aku nak bincang sedikit mengenai peranan media sosial dalam kehidupan kita dimana ia dapat menaikkan seseorang dan juga menjatuhkan seseorang. Lain kata, ia ada pro dan ada kontra



Bagi aku, dengan kehadiran media sosial di Malaysia ia seharusnya dipuji kerana pihak kerajaan membenarkan dengan kemasukan media sosial di dalam negara berbanding sesetengah negara dimana mengharamkan sebarang media sosial dalam sesebuah negara tersebut. 

Dengan adanya media sosial ini, pengguna dapat berhubung melalui maya atau talian dengan seseorang yang jauh serta membuat panggilan video. Lain kata, ia dijadikan sebagai alat perhubungan seseorang dengan seseorang. Disini kita nampak dimana apabila adanya laman sosial tersebut ia dapat menghubungkan seseorang dengan kenalan lama sama ada rakan sekolah, rakan kampong dan sebagainya. Apabila berlakunya perhubungan ini ia sedikit sebanyak dapat memperatkan lgi hubungan seseorang dengan mengetahui perkembangan semasa. 

Selain tu, laman sosial ni jugak kita dapat dijadikan sebagai satu alat memasarkan produk. Dengan adanya laman sosial ini ia dapat memasarkan dan memperluaskan lagi pemasaran produk tanpa meningkatkan kos dalam pemasaran. Seperti yang kita tahu ada sesetengah laman sosial yang memberikan pengiklanan secara percuma dan ada juga yang berbayar. Namun dengan keadaan semasa, ramai yang memilih laman sosial dengan mengiklankan produk mereka secara percuma. Segala maklumat mengenai produk juga dapat dikemaskini dan diketahui dengan cepat apabila memasarkan produk melalui laman sosial ini. 

Banyak lagi kebaikan laman sosial ni seperti alat untuk menyebarkan ilmu pengetahuan serta untuk memantau pergerakan anak-anak

Disini pula aku akan bincangkan sedikit sebanyak keburukan dalam laman sosial. Pertama yang aku nampak dengan kehadiran laman sosial ini adalah masa dibazirkan begitu sahaja. Dengan penggunaan yang terlalu lama akan mengakibatkan pembaziran masa. Sekarang dengan pertambahan dalam laman sosial seperti game lagi menjadikan pengguna ketagih untuk bermain sehingga tidak sedar mereka sudah terlalu lama dalam mengakses laman sosial tersebut. Oleh itu, pengguna akan menumpukan masa hanya mengakses laman sosial untuk bermain game daripada melalkukan aktiviti yang berfaedah seperti membaca buku, menolong ibubapa dan sebagainya.

Keburukan kedua laman sosial ini adalah penipuan. Penipuan boleh berlaku di mana-mana sahaja termasuk juga di laman sosial. Pengguna laman sosial mesti bijak dalam mengenalpasti akan kesahihan sesuatu perkara yang terdapat di laman sosial. Pengguna juga jangan cepat percaya dengan orang yang tidak dikenali.Contoh penipuan yang terdapat di laman sosial adalah seperti pelaburan haram. Terdapat ayat-ayat yang digunakan seperti “setiap kali login di facebook dapat RM100”..memang menarik tapi begitu mudah nak dapat duit? Apabila di siasat ia hanyalah sebagai salah satu teknik untuk menarik perhatian pengguna facebook memasuki skim tersebut. Terdapat juga pengguna yang tertipu akibat terlampau percaya dengan kenalan facebook yang hanya dikenali di laman sosial.


Selain itu, terdapat keburukan yang lain seperti pencerobohan akaun, sebagai satu media untuk menyebarkan fitnah dan kebocoran maklumat.

Sebagai kesimpulan, aku berpendapat bahawa ia terpulang kepada individu itu sendiri bagaimana ia menggunakan media sosial itu dalam kehidupannya dan menyalurkan penggunannya kepada perkara positif atau sebaliknya. Oleh itu, aku nasihatkan gunalah media sosial dengan sebaiknya :)


terima kasih kerana sudi membaca entri ini

Pelawat Blog

Flag Counter
COPYRIGHT@Segala apa yang tercatat dalam blog ini adalah hak milik saya..DI LARANG MENYALIN TANPA KEBENARAN