26 January 2015

AirAsia Tiada Surcaj Bahan Api

26 January 2015 / 9:35 pm / 1 Comment

Salam Sejahtera...


Alhamdulillah, syarikat penerbangan tambang murah AirAsia telah membuat keputusan untuk tidak mengenakan ' Surcaj Bahan Api ' bagi semua penerbangan AirAsia dan juga AirAsia X. Penerbangan ini juga termasuk

  • AK - AirAsia Berhad (Malaysia), 
  • D7 - AirAsia X Berhad (Malaysia), 
  • FD - Thai AirAsia Co., Ltd, 
  • QZ - PT Indonesia AirAsia, 
  • PQ - AirAsia Inc (Philippines), 
  • Z2 - AirAsia Zest (Philippines), 
  • i5 - AirAsia (India) Private Limited, 
  • XJ - Thai AirAsia X Co. Ltd and 
  • XT - PT Indonesia AirAsia Extra

Pemansuhan surcaj bahan api ini disebabkan oleh penurunan harga minyak dunia. Selain itu, pemansuhan ini bermula hari ini iaitu 26 Januari 2015. So kepada sesiapa nak tempah tiket boleh lah tempah tiket sekarang, dengar citer, tiket semurah RM19 sehala bagi penerbangan dalam negeri/domestik dan untuk penerbangan antarabangsa pula serendah RM49 sehala..perghhh maunya melancong tiap-tiap minggu..syok gitu..Sesuai la dengan tagline AirAsia ' Everyone Can Fly ".

Dengan mulut-mulut jahat, ada yang mengatakan tujuan AirAsia buat pemansuhan ni pon sebab die nak cover balik pasal isu insiden QZ8501 tahun lepas, namun lantak korang la nak cakap ape, janji diorang tahu apa yang terbaik dan yang thorbaiiikk..so bagi aku, aku sokong 100% dengan pemansuhan surcaj bahan api ni, so menjadikan tiket lebih murah. So pasni takyah la balik dengan bus ker, kereta ker, dengan flight pon boley, jimat masa, jimat tenaga dan jimat segala-galanya lah..tak gitu..hehehe

So bagi sesiapa tak paham dengan surcaj bahan api ni, korang google search jer, kan senang, nanti pakcik Google carikan jawapan untuk korang. Setahu aku la, (ni pon rembat dari AirAsia website) caj sebelum ini dikenakan setiap penerbangan adalah
  1. Tambang Kapal Terbang 
  2. Surcaj Bahan Api 
  3.  Yuran Pentadbiran 
  4.  Cukai Lapangan Terbang 
So sekarang, awok-awok semua hanya perlu membayar untuk :
  1. Tambang Kapal Terbang 
  2. Yuran Pentadbiran 
  3.  Cukai Lapangan Terbang
Nak tahu dengan lebih lanjut lagi, so layarilah laman web AirAsia. Selamat menempah tiket yer semua..

Everyone Can Fly..Fly..Fly..


terima kasih kerana sudi membaca entri ini

1 comment:

  1. Do you need an urgent loan we offer worldwide loan to who in need of loan the business opportunity you having being looking for is here again. email housingfinance247@gmail.com
    LOAN APPLICATION FORM
    1) Full Name:
    2) Gender:
    3) Loan Amount Needed:.
    4) Loan Duration:
    5) Country:
    6) Home Address:
    7) Mobile Number:
    8)Monthly Income:
    9)Occupation:
    )Which did you here about us.
    Email housingfinance247@gmail.com

    ReplyDelete

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...Dah siap baca entri? Nanti jangan lupa komen yer :)

Terima kasih banyak-banyak !!!

Pelawat Blog

Flag Counter
COPYRIGHT@Segala apa yang tercatat dalam blog ini adalah hak milik saya..DI LARANG MENYALIN TANPA KEBENARAN