22 June 2014

Intership Life

22 June 2014 / 9:15 pm / Comment


Alhamdulillah, akhirnya dapat juga aku mengUPDATE kat blog aku ni, setelah lebih kurang 4 bulan lebih aku x menjengah masuk dlm blog ini. Memang ambo xdop maso untuk maso, maklumla masa intership atau dale bahaso Malaysia adalah praktikal. Praktikal ni namo ghima kalau ore taktahu meme taktahu, so bagi hok ore-ore taktahu Praktikal ni kiro latihan industri yang perlu student-student Universiti keno jalani sama ado 4 bule or 6 bule. HAHA..start kecek Kelate pulop doh ambo nih..hahaha..

Begheh lah, meh kawe nop cito pasal maso internship hari tu, Seperti sedia maklum, saya telah menjalani latihan industri di sebuah syarikat industri makane/makanan iaitu High-5. Tentu hok mano tahu tu High-5 tu adolah roti. So produk High-5 dulu sohor kot di Malaysia namun beberapa masalah tidok dapat dielakkan, produk High-5 tu ramai doh xsuko. Aku selalu berfikir secara positif dan tidak ambil port sgt pasal kisah-kisah lalu mengenai pihak pengurusan,Halal dan sekutu-kutunya.

Aku dah selamat jalani selama 4 bule praktikal di company tersebut. Memang terlalu banyak tugas dan cabaran semasa nak menghabiskan intern..nasib baik intern, kalau dah kerja memang tak boleh tahan kot. Namun disebabkan semangat aku berkobar-kobar untuk grad dengan cemerlang aku kena habiskan praktikal aku dengan jayanya. Banyak pengalaman yang aku perolehi sepanjang aku menjalani praktikal dan pelbagai masalah yang timbul sepanjang 4 bule tersebut. Ermm..kalau nak cerito meme xkan habis la male nih,,kiro sambung serupa cerita Telenovela pulak..kan xpasal2 pengarah drama nak buat cerita pasal aku...(verangan nak mamposss kan aku nih..hahaha)

So, 30hb Mei 2014, aku telah mengakhiri zaman praktikal aku. Sebelum nak habiskan minggu terakhir tu, aku telah mengalami excident yang agak teruk jugak. Masa tu berlaku tak silap aku 26 or 27hb Mei dimana aku mengalami kemalangan (terbalik motor..terlanggar divider jalan raya) disebabkan aku 'rushing' nak balik umah makcik di Bandar Saujana Putra kerana nenek aku telah meninggal dunia di Hospital Tuanku Jaafar Seremban. So bila aku dapat panggilan daripada mak aku, aku terus rushing balik ke rumah sewa dengan hujan yang lebat, dan aku terus gerak ke rumah makcik aku dan sampai jer tol Saujana Putra, aku alami kemalangan tersebut. Habis jari disebelah kiri aku terkopak dan kaki sebelah kiri teruk menyeset di tar jalan raya. Masa tu aku memang dah give up. Dan pada ketika itulah aku pikir, begini rupanya orang mengalami excident dengan motor. Pada masa itu juga, aku hampir pengsan dan dibawa ke bahagian wakaf untuk sedarkan aku dan makcik aku segera bawa aku ke klinik untuk cuci luka.

Memang terlalu sakit sehinggakan aku terpaksa dicucuk bagi elak kancing gigi. dan diberikan ubat tahan sakit. Pada malam yang bergerak ke Seremban tu, aku memang sakit sgt, hanya Allah SWT sahaja yang tahu perasaan aku time tu, dengan berdenyut. dan pedih semua ada.

Mungkin, ini dijadikan pengajaran bagi aku untuk membawa motor dengan lebih berhati-hati selepas ini. So, aku dapat MC 3hari dan kembali bekerja hari Jumaat iaitu hari last aku intern 30hb dan berita gembira apabila aku ditawarkan bekerja disitu. Ini mungkin rezeki bagi aku setelah pelbagai cabaran yang diduga dan akhirnya Allah SWT telah tentukan rezeki-rezeki hambaNya. Syukur Alhamdulillah..

Walau pada mulanya untuk menghabiskan seminggu intern pada bulan pertama agak meletihkan namun setelah habis zaman intern biasalah menjadi perkara yang dirindu. Dan sekarang menjadi warga/staf High-5 Conglomerate Berhad dengan rasminya.

Perghh...penat eden nak menulisnyo..hahaha..itulah pengalaman semasa intern 4 bulan aku di syarikat High-5 ini. Nanti ada masa, aku akan update pasal diri aku bekerja lak..So kepada yang masih setia follow blog ambo ni, ambo nak ucapkan terimo kasih banyok deh..Demo meme hebat..

Ambo chow dulu deh..Assalamualaikum

p/s : hargailah peluang itu selagi kita boleh menghargainya...(betul tak ayat nih..cam pelik jer bunyi..hahaha)


terima kasih kerana sudi membaca entri ini

Pelawat Blog

Flag Counter
COPYRIGHT@Segala apa yang tercatat dalam blog ini adalah hak milik saya..DI LARANG MENYALIN TANPA KEBENARAN