19 December 2013

Photoshoot Majalah Gen-Y UUM

19 December 2013 / 10:07 am / 4 Comment


Alhamdulilah, hari ni dapat lagi aku meneruskan posting kat blog aku ini. Seperti yang dijanjikan sebelum ini, aku akan mengUPDATEkan segala apa yang aku bagitahu kat post yang lepas. Hari ni aku nak kongsikan sedikit mengenai satu peristiwa..jeng..jeng..hahaha..xdelah seram sangat..Aku nak kongsikan cerita ni ngan korang semua. 

Okeylah, memandangkan kami semester akhir, dan mengambil paper elektif bebas iaitu Pengantar Penulisan, so dalam tugasan paper ini kami dikehendaki membuat satu majalah yang bertemakan remaja. Majalah tersebut hendaklah dihasilkan dalam masa dua bulan..wow..hehehe..nasib baik la ambo ni pandai mengedit majalah, disini Nampak gak kelebihan aku untuk membuat majalah nanti. 


So nak tak nak, memang dalam majalah kena ada cover depan kan, so pensyarah kami telah pun memberi syarahan mengenai tugasan tersebut dan cover depan hendaklah ahli-ahli dalam kumpulan, so kami berlima telah pon mengadakan satu photoshoot untuk majalah kami. Kami memilih nama majalah iaitu GEN-Y (merujuk kepada Generasi Y). 

So, kami telah setkan satu masa untuk mengadakan photoshoot tersebut..tarikh pon aku da lupa..so inilah hasil yang kami dapat sepanjang photoshoot diadakan. Hehehe..cam model tak kami semua..lokasi yang kami piih adalah Dewan Muadzam Shah, Universiti Utara Malaysia, dan memandangkan kami memilih tema Campus Life, so kami kena ikut tema yang kami pilih.

Disini aku ad beberapa gmbr untuk kongsi dengan korang semua.





terima kasih kerana sudi membaca entri ini

13 December 2013

Blog Bersawang...

13 December 2013 / 12:29 am / 2 Comment

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..


Akhirnya dapat gak aku nak update kat blog ni setelah beberapa minggu kot tak pon sebulan lebih aku tak update kat blog ni, sbb aku busy ckit kot, dah la minggu depan nak exam final untuk semester akhir dah..sudah kena get ready untuk menempuhi final exam for final semester...dap dup dap..

Sebenarnya banyak peristiwa yang berlaku sepanjang bulan lepas dan nak cerita tu memang takkan habis utk satu page nih..hahaha..so aku rumuskan jer tajuk2 yang akuakan update selepas ini yer..hehehe...nantikan kemunculan post-post berikut kat blog aku ni..

  • Photoshoot Majalah Penulisan
  • Majlis Konvokesyen UUM
  • Majlis Anugerah Dekan SBM COB UUM

So, setakat ni sahaja untuk post kali ini, so korang tunggu post seterusnya yer...thanks kerana still be my lover follwer :D

Bye, Assalamualaikum


terima kasih kerana sudi membaca entri ini

18 November 2013

My Lovely Sister's Wedding

18 November 2013 / 10:18 am / Comment


Alhamdulilah, nampaknya baru hari ni aku sempat nak post pasal perkahwinan kakak kesayangan aku iaitu kak long. Biasala aku tidak sempat nak buat coret-coret pasal ni, n then hari ni dapat la aku buat story ni n post kat blog kesayangan aku ini. Hari ni aku bersemangat sedikit kerana maklumla hari tengah hujann..best tido nih.. 

Okeylah, meh aku citer sedikit pasal perkahwinan kak aku nih, perkahwinan ni dh hampir sebulan berlangsung, perkahwinan kak aku ni berlangsung pada 17 Oktober 2013. Esok cukuplah sebulan perkahwinan mereka. Aku doakan semoga perkahwinan yang dibina ini berkekalan hingga ke akhir hayat..Amin. 

Memang banyak persiapan berlaku sebelum berlangsungnya perkahwinan kak aku ini, Alhamdulilah memandangkan kak aku ni orang yang OKU (tidak boleh bercakap & dengar) so my lovely mom nak buat majlis ini majlis yang penuh bermakna dan special untuk dia. Antara aktiviti yang berlangsung time sebelum tu majlis berinai, majlis akad nikah. Majlis berinai diadakan di rumah pada hari raya korban kedua, dan majlis akad nikah pula diadakan pada hari raya ketiga waktu pagi. 

Dikala aku mengenang nasib sebab my EOS700D ni buat hal so aku memang frust sedikit sebab aku beli kamera ini untuk diguna semasa majlis perkahwinan kak aku nanti, tapi ada problem, takpelah Alhamdulilah sekarang dah kembali ok setelah dibaiki..So aku hanya guna kamera member aku punya lagipun dier tidak guna so aku mintak pinjam tapi memang tak banyak aku amek gambar kerana time tu aku jadi pembantu yang menjaga makanan kat khemah-khemah. So memang taksempat nak ambil gambar kecuali kakak aku dan adik aku ada ambil beberapa gambar untuk dikongsi bersama.


My lovely sister telah tempah set pelamin dan meliputi baju, makeup dan sebagainya di Anyyyss Bridal Collection di Tanah Merah (belakang Aneka Tanah Merah) kesemuanya berjumlah RM3000. Memang ternyata puashati dengan perkhidmatan yang dibuat dan baju, makeup dan pelamin memang terbaikkk oooo..ramai yang puji mengenai pelamin dan baju kerana memang eksklusif macam artis nak kahwin kot. Dah la my lovely sister dah cantik , makeup pula dah cantik, memang sesuai...


Seperti yang aku ceritakan diatas tadi, majlis akad nikah diadakan pada pagi 17 haribulan tersebut pada hari persandingan, cuma waktu persandingan pada waktu petang selepas sembahyang zohor. Majlis akad nikah tersebut berlaku pada lebih kurang pukul 11.00pagi dan seperti biasa kakak aku sudah dimakeupkan oleh mak andam (Kak Sah) seawal lagi pada pukul 8.45pagi kerana beliau cakap untuk memakeupkan pengantin mengambil masa yang lama sedikit. So setelah siap semua dimakeupkan dan dipakai baju, gambar photoshoot di atas pelamin diambil oleh jurugambar yang ditempah oleh aku. Setelah itu, majlis akad nikah berlangsung di masjid Kampung Sat Tengah dan Alhamdulilah majlis berjalan dengan lancar.


Lebih kurang pukul 2.00petang, majlis persandingan berlangsung dengan lancar dengan kehadiran keluarga sebelah pengantin lelaki dan orang ramai dan sanak saudara. Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan sesi ambil gambar berlangsung dan menepung air tawar oleh kedua-dua belah pihak dilakukan. Ketika itu my lovely sister guna pakaian light purple dan untuk sesi memotong kek ia menggunakan pakaian pink. Memang ternyata comel dan cantik sangat.



Akhir sekali majlis itu berlangsung dengan lancar dan hampir pukul 6.00petang semua dah stop, semua dah cuci periuk mangkuk segalanya..hahaha..nasib baik aku tak kena time aktiviti nih.,,,lari jer time tu,,makcik-makcik aku jer kena time nih..

 Okeylah disini aku lampirkan beberapa gambar untuk tatapan korang semua..hehe

 

 

 

 

 

Kak Long dan Abg Hanis, semoga perkahwinan ini berkekalan hingga ke akhir hayat..cepat2 dapat baby tau..hehehe..dpt tambah anak saudara lagikk...


terima kasih kerana sudi membaca entri ini

14 November 2013

Akademi Fantasia 2013

14 November 2013 / 9:51 am / Comment


Alhamdulillah, akhirnya dapat lagi aku meneruskan penulisan dekat blog aku nih, dah nak bersarang blog aku ni setelah lama dah aku x update kat blog nih, maklumla aku busy kot..hehehe..sorry tau peminat-peminat semua (bajet rmai peminat gitu..hahaha)

Okeylah, hari ni aku nk citer sedikit psal satu rancangan realiti yg menjadi kegilaan orang rmai iaitu AF (Akademi Fantasia). Seperti yang dh tahu kan..AF sekarang telah pun ubah format dimana AF kali ini menggunakan nama AF 2013 dan tidaklagi menggunakan AF10 setelah AF9 berkakhir sebelum ini. AF2013 juga telah membuka peluang kepada mana-mana duo yang ingin memasuki AF dan ternyata hanya dua duo yang layak ke AF2013. AF2013 juga dihoskan oleh Zizan Razak dan ini pertama kali Zizan mengacarakan satu program realiti tv yang berbentuk nyanyian, sebelum ini Zizan hanya mengacarakan program yang berbentuk lawak sahaja. Pada tahun ini juga, AF juga buat pertama kalinya tidak mempunyai 'PENGETUA' namun dibarisi oleh 'INSPIRER' terdiri daripada 3 orang iaitu Faizal Tahir, Melly Goeslaw, dan Datuk Siti Nurhaliza. Ketiga-tiga inspirer ini akan melatih pelajar-pelajar AF2013 dan setiap inspirer akan melatih pelajar tersebut selama 1 bulan. Selain inspirer, mereka turut dibantu oleh tenaga pengajar yang lain iaitu Fizz Fairuz (Guru Drama), Cikgu Syafi (Guru Vokal), Cikgu Syarini (Guru Bahasa Inggeris), dan Alam Wakaka (Guru Tarian). AF2013 juga buat pertama kali telah ditaja oleh Samsung dan Kit Kat.

Seperti yang kita tahu, format program realiti tv kat Malaysia ini seperti biasa akan adakan setiap minggu penyingkiran dan bergantung kepada pengurusan sesebuah program sama ada nak buat penyingkiran atau tidak. Berikut adalah senarai pelajar AF 2013 yang terpilih :
  • Aisyah
  • Amira (tersingkir konsert ke-8 tetapi dimasukkan balik)
  • Azhael (tersingkir konsert ke-9 tetapi AFMASUK dan berjaya ke final)
  • Daren (tersingkir konser ke-2)
  • Faizul
  • Iman (tersingkir konsert ke-3)
  • Indah
  • Irmisa (tersingkir konsert ke-7)
  • Nabila
  • Nona (tersingkir konsert kelima)
  • Sany (tersingkir konsert pertama)
  • Suhada (tersingkir konsert keenam)
6 pelajar yang telah dipilih/diundi oleh peminat untuk melayakkan diri ke pentas akhir pada 17 November in idi Stadium Negara, Kuala Lumpur. Keenam-enam bintang akan bersaing sesama sendiri untuk merebut gelaran JUARA AF2013 dan sekaligus memenangi hadiah berupa wang tunai RM100,000.

Siapakah yang bakal dinobatkan JUARA AF2013??? Nantikan Ahad ini.


terima kasih kerana sudi membaca entri ini

21 October 2013

Entri Blog 3 : Buang, Buang, Buang

21 October 2013 / 11:31 pm / Comment


Pembuangan bayi sekarang dah semakin berleluasa dan sudah menjadi trend. Setiap hari kita dihidangkan dengan berita-berita pembuangan bayi di dada akhbar dan juga televisyen. Bagi aku, pembuangan bayi sekarang sudah menjadi perkara biasa mana-mana pasangan yang hamil anak luar nikah. Bagi menutup malu, mereka sanggup membunuh bayi yang tidak langsung berdosa.



Ada yang sanggup membuang bayi ke dalam sungai, lubang tandas, tong sampah dan sebagainya.


Macam mana dan apa yang difikirkan dalam kepala diorang mengenai tindakan yang tidak berperikemanusiaan itu sehingga sanggup membunuh bayi yang baru lahir itu.


Adakah pegangan agama mereka terlalu lemah sehinggakan terpengaruh dalam lembah maksiat dan melakukan perbuatan yang tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang umat Nabi Muhammad SAW ?? 

Aku akan bersetuju bila faktor ini menjadi faktor utama yang menyebabkan berlakunya pembuangan bayi ini. Mana tidaknya, jikalau seseorang itu memperolehi didikan agama yang lengkap tidak mungkin akan melakukan perbuatan terkutuk ini. Mereka akan memikirkan masa depan mereka sebelum melakukan perbuatan maksiat dan terpengaruh dengan syaitan.


Pegangan agama sepatutnya menjadi pegangan utama kita sebagai umat Nabi Muhammad SAW dan kita seharusnya melawan hawa nafsu kita agar diri kita tidak terjebak ke lembah maksiat ini. Sekarang, bagi aku, orang yang sering melakukan pembuangan bayi ini sudah tidak berasa malu dan segan di mata masyarakat apatahlagi di mata Allah SWT dengan perbuatan terkutuk itu. Jikalau mereka berasa malu, mereka tidak akan dan tidak sesekali terjebak dengan perbuatan maksiat sehingga terlanjur. Kebanyakkan gadis-gadis bawah umur sekarang mudah terjebak dengan gejala aktiviti social yang semakin berleluasa seperti melepak, merempit, dan sebagainya.


Dalam hal seperti ini, ibubapa haruslah memainkan peranan penting dalam menjaga dan membentuk anak-anak mereka agar tidak terpengaruh dengan perbuatan terkutuk ini. Seperti yang kita tahu, sesetengah haiwan ia sayangkan anaknya,begitulah juga manusia. 

Namun, sekarang manusia yang melakukan pembuangan bayi ini boleh dianggap lebih teruk daripada haiwan. Mana tidaknya, haiwan juga mempunyai kasih sayang terhadap anaknya, walaupun haiwan itu tidak mempunyai otak dan tidak boleh berfikir. Tapi kita sebagai manusia yang mempunyai otak dan boleh berfikir, sepatutnya kita tidak melakukan aktiviti pembuangan bayi ini. Banyak lagi jalan alternative yang boleh kita lakukan seperti memberikan bayi yang baru lahir kepada mana-mana agensi yang mempunyai lessen dalam pengambilan anak-anak hasil luar nikah. 

Sekarang Jabatan Kebajikan Masyarakat dan agensi-agensi lain berusaha untuk menguruskan anak-anak yang dibuang dan membina satu tempat dimana pasangan yang tidak menginginkan anak tersebut boleh meletakkan ditempat yang telah dikhaskan untuk anak-anak yang dilahirkan tanpa ayah. Ia dikenali sebagai " BABY HATCH" atau Pelindung Bayi.


Dengan adanya tempat sebegini, dapat mencegah perbuatan terkutuk sehingga membunuh bayi tersebut ketika baru lahir. Bukan untuk menyokong tindakan melakukan maksiat, namun seboleh-bolehnya kita dapat menyelamatkan bayi yang tidak berdosa. Selain itu, aku juga berpendapat,pihak-pihak yang lain juga perlu mengambil tindakan dimana tidak hanya menunding dan mendiskriminasikan golongan yang sudah terlanjur dan mengandung dan melahirkan anak luar nikah ini. Hal ini kerana, pasangan ini juga berasa malu untuk berdepan dengan masyarakat di luar sana setelah mengetahui mengandung anak luar nikah.

Namun kita sebagai rakyat prihatin tidak perlu menunding jari dan mencemuh golongan ini kerana dengan cemuhan ini membuatkan mereka lebih terjebak untuk membunuh bayi tersebut bagi mengelak malu. Kita haruslah memberikan nasihat sewajarnya dan menyokong serta memberikan semangat yang kuat kepada golongan ini agar mereka tidak tersisih dengan masyarakat. Dengan adanya pendekatan tersebut, dapatlah kita mengurangkan berlakunya pembuangan bayi di negara kita ini. Selagi kita mampu bimbing mereka, kita akan membimbing ke arah jalan yang benar.


Oleh hal yang demikian, kita hendaklah mengambil inisiatif dan menyokong pasangan yang sudah terlanjur dalam menasihati agar tidak mengulangi perbuatan terkutuk ini. 

Setiap orang memerlukan peluang kedua. Berilah peluang itu kepada mereka.


terima kasih kerana sudi membaca entri ini

18 October 2013

Entri Blog 2 : Media Sosial..Benda Wajib Dalam Kehidupan

18 October 2013 / 5:26 pm / Comment


Media sosial merupakan sejenis media yang digunakan terus secara talian denan membolehkan pengguna menyertai, berkongsi, dan mencipta sesuatu mengenai kehidupan dalam blog, rangakain sosial, forum dan sebagainya. Oleh itu, media sosial sekarang sudah menjadi trend dalam kehidupan seseorang di seluruh pelusuk dunia. Tanpa media sosial ini maka tidak lengkaplah dalam hidup mereka. Pada masa kini, jika seseorang tidak mempunyai sebarang laman sosial akan dikatakan sebagai ketinggalan zaman. Media sosial sekarang ibarat seperti ‘ cendawan tumbuh selepas hujan ’ kerana untuk memenuhi kehendak pengguna yang semakin berani dalam dunia IT. Antara media sosial yang menjadi kegilaan orang ramai adalah seperti Facebook, Twitter, Myspace, Instagram, Friendster, Blog, Forum dan sebagainya.


Sekarang dunia semakin maju bertambah lagi dengan kepesatan melalui dunia teknologi. Namun apabila berlakunya dengan pertambahan media sosial di negara kita sedikit sebanyak dapat merancakkan lagi dalam media sosial dalam kalangan pengguna. Kekadang media sosial dapat memberikan kebaikan untuk penggunanya dalam pada masa yang sama juga ia dapat memberikan keburukan kepada seseorang. Oleh itu, hari ni aku nak bincang sedikit mengenai peranan media sosial dalam kehidupan kita dimana ia dapat menaikkan seseorang dan juga menjatuhkan seseorang. Lain kata, ia ada pro dan ada kontra



Bagi aku, dengan kehadiran media sosial di Malaysia ia seharusnya dipuji kerana pihak kerajaan membenarkan dengan kemasukan media sosial di dalam negara berbanding sesetengah negara dimana mengharamkan sebarang media sosial dalam sesebuah negara tersebut. 

Dengan adanya media sosial ini, pengguna dapat berhubung melalui maya atau talian dengan seseorang yang jauh serta membuat panggilan video. Lain kata, ia dijadikan sebagai alat perhubungan seseorang dengan seseorang. Disini kita nampak dimana apabila adanya laman sosial tersebut ia dapat menghubungkan seseorang dengan kenalan lama sama ada rakan sekolah, rakan kampong dan sebagainya. Apabila berlakunya perhubungan ini ia sedikit sebanyak dapat memperatkan lgi hubungan seseorang dengan mengetahui perkembangan semasa. 

Selain tu, laman sosial ni jugak kita dapat dijadikan sebagai satu alat memasarkan produk. Dengan adanya laman sosial ini ia dapat memasarkan dan memperluaskan lagi pemasaran produk tanpa meningkatkan kos dalam pemasaran. Seperti yang kita tahu ada sesetengah laman sosial yang memberikan pengiklanan secara percuma dan ada juga yang berbayar. Namun dengan keadaan semasa, ramai yang memilih laman sosial dengan mengiklankan produk mereka secara percuma. Segala maklumat mengenai produk juga dapat dikemaskini dan diketahui dengan cepat apabila memasarkan produk melalui laman sosial ini. 

Banyak lagi kebaikan laman sosial ni seperti alat untuk menyebarkan ilmu pengetahuan serta untuk memantau pergerakan anak-anak

Disini pula aku akan bincangkan sedikit sebanyak keburukan dalam laman sosial. Pertama yang aku nampak dengan kehadiran laman sosial ini adalah masa dibazirkan begitu sahaja. Dengan penggunaan yang terlalu lama akan mengakibatkan pembaziran masa. Sekarang dengan pertambahan dalam laman sosial seperti game lagi menjadikan pengguna ketagih untuk bermain sehingga tidak sedar mereka sudah terlalu lama dalam mengakses laman sosial tersebut. Oleh itu, pengguna akan menumpukan masa hanya mengakses laman sosial untuk bermain game daripada melalkukan aktiviti yang berfaedah seperti membaca buku, menolong ibubapa dan sebagainya.

Keburukan kedua laman sosial ini adalah penipuan. Penipuan boleh berlaku di mana-mana sahaja termasuk juga di laman sosial. Pengguna laman sosial mesti bijak dalam mengenalpasti akan kesahihan sesuatu perkara yang terdapat di laman sosial. Pengguna juga jangan cepat percaya dengan orang yang tidak dikenali.Contoh penipuan yang terdapat di laman sosial adalah seperti pelaburan haram. Terdapat ayat-ayat yang digunakan seperti “setiap kali login di facebook dapat RM100”..memang menarik tapi begitu mudah nak dapat duit? Apabila di siasat ia hanyalah sebagai salah satu teknik untuk menarik perhatian pengguna facebook memasuki skim tersebut. Terdapat juga pengguna yang tertipu akibat terlampau percaya dengan kenalan facebook yang hanya dikenali di laman sosial.


Selain itu, terdapat keburukan yang lain seperti pencerobohan akaun, sebagai satu media untuk menyebarkan fitnah dan kebocoran maklumat.

Sebagai kesimpulan, aku berpendapat bahawa ia terpulang kepada individu itu sendiri bagaimana ia menggunakan media sosial itu dalam kehidupannya dan menyalurkan penggunannya kepada perkara positif atau sebaliknya. Oleh itu, aku nasihatkan gunalah media sosial dengan sebaiknya :)


terima kasih kerana sudi membaca entri ini

29 September 2013

Persiapan Grand Wedding Lovely Sister

29 September 2013 / 8:28 pm / Comment

Alhamdulilah tadi sempat gak telefon umi kat kampung dan tanya pasal persiapan grand wedding my lovely sister yang akan berlangsung tidak kurang 18 hari lagi sebelum berlangsung majlis perkahwinan itu. Semua berjalan dengan lancar setakat ini. Cuma sekarang tunggu turn adik beradik yang lain balik jer nanti...waaaa..tak sabar nak balik uhhhh..nak "bekwoh" hahaha...

Bila berlakunya sesuatu perkahwinana mesti best kan, ye la dapat tengok orang bergotong royong memasak tuk hidangan nanti, duk tengok orang menghias pelamin, hias hantaran, memang terbaikk..hahaha..tak sabar weyh nak tengok..

Setakat sekarang umi dan abah sudah pon pergi bermadah (ajak kenduri) dekat sekitar kampung tu..ye la banyak kot tempah kad..so kena habiskan kad itu juga sebelum berlangsungnya majlis itu nanti..

Bende yang perlu settlekan sebelum pulang ke kampung halaman pada 10hb nih, nak g tempah banner/streamer..print papan tanda..cari bunga telur kat Padang Besar...cari bahan-bahan goodie bag..memang banyak keje la..hahaah..xpe demi untuk kelancaran perkahwinan kakak kesyaangan aku kali ini..


Sekarang kena tenang..sebab aku pon kena tumpu gak study..biasala dah semester akhir..so, aku taknak abaikan pelajaran aku gara-gara sibuk dengan persiapan ini..hehehe..so my mom dah pesan..study jgn lupa..jgn pikir nak balik jerrr..heheheeh..


terima kasih kerana sudi membaca entri ini

27 September 2013

Happy Buffday 15th Google

27 September 2013 / 12:55 pm / Comment


Happy Buffday To You..
Happy Buffday To You ..
Happy Buffday To Google..
Happy Buffday To You...

Wah..hehehe..tetiba kan aku wish happy buffday kat Google. Semalam aku ada la bukak web browser kat Chrome..tetiba tengok satu doodle yang menarik jer sempena buffday Google. Google telah menyambut buffdaynya yang ke-15 hari ni. Memang cantik kot doodle tu..siap leh main game lagi.

Aku ape lagi..main jer game tu...hahaha..nak ilangkan tension buat assignment.so..score yang tertinggi aku dapat 72 xslap aku..kat bawah aku dah print screen pon..t korang tengok kalu x percaya..ala senang je pon game ni,bukannya susah pon cam game Candy Crush tu..hehehe


Aku harap-harap la dengan 15 tahun Google dah meningkat ni, aku arap diorang lagi mempertingkatkan lagi tahap kelajuan web browser diorang..hehehe..dan juga tahap keselamatan id penguna dan sebagainya..


terima kasih kerana sudi membaca entri ini

24 September 2013

Entri Blog 1 (Pengantar Penulisan) : Kenaikan Harga Minyak…Rakyat Terbeban ?

24 September 2013 / 8:14 pm / Comment


Harga minyak menjadi satu isu yang sensitif bagi semua rakyat di seluruh dunia termasuklah negara yang semakin pesat membangun iaitu Malaysia. Apabila Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak mengumumkan bahawa berlakunya kenaikan harga petrol RON95 dan diesel sebanyak RM0.20 sen seliter dan sekaligus menaikkan kemarahan pengguna yang menggunakan motorsikal dan juga kenderaan automobil yang lain. 

Kali terakhir kenaikan harga minyak petrol dan diesel adalah pada tahun 2010 dimana kenaikan tersebut sebanyak RM0.05 sen seliter.Ramai yang tidak berpuashati dengan kenaikan harga minyak tersebut kerana setelah apa yang dijanjikan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dimana kerajaan akan menjaga kebajikan rakyat. Namun dengan apa yang berlaku sekarang, menyebabkan orang ramai menganggap janji yang disuarakan oleh mana-mana wakil rakyat sebelum berlakunya pilihan raya lepas adalah tidak ditepati dan " janji kosong ".


Kenaikan harga minyak tersebut telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib pada 3 September 2013. Setelah mengetahui pengumuman kenaikan harga minyak tersebut, orang ramai segera membanjiri stesen minyak dimana ingin mengisi minyak tersebut sebelum keesokannya harga petrol RON95 dan diesel dinaikkan sebanyak RM0.20 sen


Rata-rata pengguna yang mengisi petrol dan diesel meluahkan rasa marah dengan kenaikan yang berlaku. Hal ini demikian kerana kenaikan harga minyak ini memberi sangat kesan kepada rakyat yang berpendapatan rendah kerana kenderaan seperti kereta memainkan peranan penting kepada orang awam. Dengan kenaikan harga minyak ini juga sekaligus menyebabkan peniaga akan menaikkan harga barang yang dijual. Hal ini akan membebankan golongan yang berpendapatan rendah. 

Dengan kenaikan harga minyak ini juga, pihak pembangkang telah mengambil kesempatan sepenuhnya untuk memburukkan kerajaan ke tahap maksima. Pihak pembangkang sentiasa mencari kesalahan yang dilakukan oleh pihak kerajaan. Bagi pendapat aku, walaupun hanya pandai berkata-kata tetapi tidak melakukan apa yang dijanjikan itu sesuatu yang kurang bagus dalam politik. Itulah dinamakan mainan politik semata-mata. 

Berbalik kepada kenaikan harga minyak ini, setelah kenaikan ini berlaku secara tidak langsung rakyat akan terbeban dengan kenaikan harga barang oleh mana-mana peniaga yang turut mengambil kesempatan terhadap kenaikan harga minyak tersebut. Apabila harga minyak ini berlaku, peniaga akan menaikkan harga makanan yang dijual dengan agak mahal juga berbanding dengan harga sebelum kenaikan harga minyak.


Pihak yang bertanggungjawab seharusnya mengawal dalam pemantauan harga makanan yang dikatakan agak melampau kenaikan tersebut dan pihak yang bertanggungjawab itu haruslah mengambil tindakan mana-mana peniaga yang melanggar etika menaikkan harga barangan secara melamapu. Dengan penguatkuasaan ini, mungkin ia dapat mengurangkan sedikit beban yang ditanggung oleh rakyat yang bergolongan pendapatan rendah. Mungkin bagi yang betul-betul miskin ia mungkin menjadi satu beban kepada mereka kerana mereka tidak mempunyai pendapatan yang bagus kerana sekarang dunia semakin maju, maka banyak harga barang dan perkhidmatan semakin meningkat. 

Secara tidak langsung, pihak kerajaan seharusnya mencari satu atau melakukan sebarang tindakan untuk mengawal keadaan tersebut. Saya amat puji dengan tindakan Menteri Pertahanan yang juga pemangku Menteri Pengangkutan Malaysia, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein Onn dimana mencadangkan pemotongan elaun minyak kepada menteri, timbalan menteri dan pegawai kerajaan dalam usaha mengurangkan defisit Negara. Dengan cadangan itu disambut baik oleh pemimpin kerajaan. 

Sinar Harian, 6 September 2013, Datuk Seri Hishamuddin (Menteri Pengangkutan, Menteri Pertahanan Malaysia)

Secara kesimpulannya, aku berpendapat, apabila berlakunya kenaikan harga minyak ini, seharusnya kita memikirkan secara positif dan tidak bertindak melulu dan menyalahkan sesuatu pihak. Selalunya pihak yang tidak bertanggungjawab akan cuba mengambil kesempatan dalam situasi dan memburukkan lagi keadaan yang sepatutnya tidak berlaku. Walaupun semua melepaskan kemarahan mengenai kenaikan harga minyak, namun bagi aku kita sebagai pengguna kereta/motorsikal/bas dan sebagainya yang mahu bergerak ke sesuatu tempat sama tempat kerja atau mana-mana, kita akan mengisi minyak untuk menggerakkan kenderaan kita itu. Masalah ini mungkin akan semakin hari semakin reda kerana biasanya gelagat orang ramai hanya akan bercakap-cakap apabila isu ini masih hangat ibarat “ pisang goreng panas”, namun apabila “ sejuk ” ia akan tidak akan menyentuh isu ini. 


p/s : pandang ke hadapan...jangan pandang ke belakang...


terima kasih kerana sudi membaca entri ini

22 September 2013

Asyik Asyik Format

22 September 2013 / 12:24 am / 1 Comment


Erghhhh...asyik-asyik kena format je laptop aku nih..tension aku tau...hurmmmmm..patutla hardisk aku cepat rosak gara-gara format laptop selalu..Sejak akhir-akhir ni laptop aku memang asyik buat problem je..dah la aku skarang tengah mengumpul duit nk beli DSLR..jangan la rosak lagi...t tak pasal2 aku takdapat nk beli DSLR..

Dulu, memang aku tak jaga sangat laptop aku kerana, aku main letak jer, pastu ad yang jatuh kat lantai sampai la hardisk rosak dan tak boleh guna, sejak aritu aku memang jaga elok2 jer laptop.tut2..masa kat umah, hardisk rosak lagi..ayoooo...tension guaa...kena kuar duit lagi, dah la harga dye bukannya murah..RM250 kot...memang terpaksa, kalu tak aku memang takleh nak guna die buat selama-lamanya la jawabnya kalu aku tak beli hardisk tu. So nak tak nak, aku kna beli gak.

Nasib baik la aku ada sedikit simpanan aku dalam ASB dan kuarkannya untuk byr hardisk tu. Harddisk tu kalu RM10 aku xkesah..ni mahal kot..takpelah,nak buat cmne, dah nasib badan lorhhh..

Sekarang nih aku kena jaga dye elok2..tatap dye dengan penuh perasaaan..cewaahhhhh..


p/s : teringin nk beli MacBook


terima kasih kerana sudi membaca entri ini

20 September 2013

Adobe Creative Suite 6 (CS6) Master Collection

20 September 2013 / 1:40 am / Comment


Alhamdulilah, akhirnya selesai jugak aku mendownload Adobe Creative Suite 6 (CS6) Master Collection, setelah seminggu aku mendownload software adobe master ni, dah la file ni memang berat kot..hampir 9.65GB tuk aku download..memang kekadang aku frust gak nak download,tapi dengan usaha dan niat aku, so aku akan download sampai habis..hehehe..akhirnya selesai jugak aku download software tersebut.

Adobe Creative Suite 6 (CS6) Master Collection ni memang yang terLATEST untuk setakat ni, so Adobe tak kuarkan lagi Adobe Master CS7. So sekarang ramai yang pakai CS6. Untuk pengetahuan korang Adobe Master CS6 ini adalah salah satu software untuk mengedit sebarang program seperti design sesuatu, buat video, animation, web dan sebagainya.

Dalam Adobe Creative Suite 6 (CS6) Master Collection ini mempunyai :

  • Adobe Photoshop CS6 Extended
  • Adobe Illustrator CS6
  • Adobe Indesign CS6
  • Adobe Dreamweaver CS6
  • Adobe Flash Profesional CS6
  • Adobe Firework CS6
  • Adobe Flash Builder 4.6 Premium
  • Adobe Premiere Pro CS6
  • Adobe After Effect CS6
  • Adobe Audition CS6
  • Adobe Encore CS6

So, banyak la kegunaan Adobe Creative Suite 6 ni..hehehe..so kalau korang nak download..jom download kat link yang aku bagi kat bawah nih, dalam folder tu nanti ada juga Patch yang dye sediakan..so pandai2la korang baca arahan dye yer..

Selamat Mencuba

Link Download Adobe Creative Suite (CS6) Master Collection

p/s : seronok belajar Multimedia nih


terima kasih kerana sudi membaca entri ini

19 September 2013

Tetap Menantimu terbaik dari Nomad

19 September 2013 / 9:40 am / Comment

Alhamdulilah hari ni aku nak update pasal satu lagu yang menjadi favourite aku sekarang, tapi aku taktau la lagu ni sememangnya dah popular dari dulu ker..selalunya aku memang out-to-date..hahaha..selalunya orang lain dah jemu dengar lagu pon baru aku nk suka lagu tu..Memang first aku dengar lagu ni kat radio Era..terus mencari-cari lagu ni kat internet..tapi taktau lagu ni bertajuk ape..so penyanyi lagi la taktau..

Nasib baikla coursemate aku ,Yus yang cuba menyelesaikan masalah aku dan memberitahu aku yang si Nomad menyanyikan lagu Tetapi Menantimu. Dulu kitorang pernah teka lagu ni nyanyian Akim, gigih aku download lagu Akim yang latest tapi bukan..hahaha..kesian doe...sebenarnya aku dh lama download lagu ni kat 4shared (sumber rasmi download) lagu Nomad ni, tapi dengar je lom lagi..lepas jer Yus cakap semalam terus jer pasang..hihii...memang seronok r..taktau nak kata ape..

Kat bawah ni aku lampirkan lirik lagu nomad yang menjadi kegilaan orang sekarang...

Aku menyedari telah jatuh cinta 
Tapi aku tak bisa mengungkapkan 
Terasa bahagia ku mencintaimu 
Walaupun kau belum mencintaiku 

Aku di sini kan selalu menunggu 

Yang selalu ada di setiap waktumu 
Selalu menanti jawapanmu 
Untuk cinta yang terakhir

Semakin ku bisa untuk menyayangi 
Semakin ku bisa untuk mengerti 
Dari semua hidupmu yang ku mimpikan 
Kan ku hapus semua menjadi indah 
Tak akan pernah hilang rasaku 
Cinta yang membawa dalam hatiku 
Bagai mata yang tak terpejam 
Aku tetap menantimu 

Aku di sini kan selalu menunggu 

Yang selalu ada di setiap waktumu 
Selalu menanti jawapanmu 
Untuk cintamu

Tak akan pernah hilang rasaku 
Cinta yang membawa dalam hatiku 
Bagai mata yang tak terpejam 
Aku tetap menantimu 
Aku kan tetap menantimu

So, korang leh lah karok, mana la tau ad lagu ni kat music box karok korang..aku kalu ad memang nk karok tiap2 hari kot..hehehe..Yang penting korang download jer lagu ni kat 4shared dan video dye kat Youtube..kan..senang cite..dunia semakin maju sekarang..semua duhujung jari je.. :D
Nomad..berbakat..terbaik


terima kasih kerana sudi membaca entri ini

18 September 2013

Pengantar Penulisan..Permulaan Sebagai Penulis

18 September 2013 / 5:27 pm / 3 Comment


Alhamdulilah hari ni ada kesempatan untuk aku update kat blog kesayangan aku ini. Hari ni aku nak citer sedikit mengenai subjek elektif bebas yang aku amek semester akhir ini. Nak dijadikan cerita, semester sebelum ini (semester 5) senior aku (merangkap sahabat baik dunia dan akhirat) telah mencadangkan aku untuk mengambil paper elektif bebas ini kerana paper elektif ini tidak mempunyai peperiksaan akhir.

Setelah aku tahu yang paper ini tiada exam akhir, apa lagi dalam kepala aku memang aku akan amik paper ini sebagai paper elektif bebas aku nanti.

Biasa la, siapa yang taknak paper yang takde exam final, so bila paper ini takde final ,so aku leh tumpu 3 paper lagi untuk exam akhir nanti. Masa semester 5 dahulu, aku pernah bantu kawan aku iaitu Linda dalam menyiapkan assignment buku cerita kanak-kanak. Memang seronok la buat tuk kwn aku, memang " makanan " aku la kalu bab-bab grafik dan media nih. Tu yang aku tak sia-sia belajar Adobe Photoshop ni, masa tu pon aku belajar semester kedua tak silap aku, setelah godek punya godek, aku pon mahir la gak..tapi nak kata profesional tu takdelah.,.sekadar amatur ada la..hehehe..

Untuk semester ini, Alhamdulilah dapat pensyarah yang memang sporting habis la, memang terbaik dan dapat kengkawan baru dalam kelas. Pensyarah yang ajar kitorang untuk paper ini Dr. Rohaya Md Ali, dye seorang pensyarah bahasa. Bagi tugasan pula untuk semester ini terdapat beberapa tugasan iaitu :

  • Entri Blog (3 Entri)
  • Tugasan Ilmiah (Kajian Library( (Kemerdekaan)
  • Tugasan Kumpulan (Majalah)

Memang 100% coursework, so memang takde exam...bayangkan 40% Kuiz. memang terbaik rrrr...hahahha..hebat kan...memang kena score abes2 la pasni. Insyallah aku akan buat yang terbaik :)

Hari ni aku belajar mengenal erti " penulisan ". Ye la, sudah lama aku tidak mengetahui bidang penulisan ini, kali terakhir aku mengetahui bidang penulisan itu pon masa sekolah rendah dan sekolah menengah. Bila masuk U nih, semua ditinggalkan begitu sahaja, namun ada hikmah disebalik ini kerana dengan apa yang aku belajar nanti dalam kelas Pengantar Penulisan nanti, aku akan cuba menjadi seorang penulis yang betul-betul dapat membuat satu cerita pendek/novel dan sebagainya. Mungkin dengan ini aku dapat mencari kewangan seperti pensyarah aku cakap, hantar je penyertaan kepada mana-mana media yang menyiarkan mengenai cerpen ker, sajak ker, pantun dan sebagainya. Dengan melakukannya sebagai pilihan part time, mungkin ia dapat menjana pendapatan kita :)

Okeylah, itu sahaja yang dapat aku coret untuk kali ini, nanti ada masa lagik aku coret lagi cite-cite yang menarik untuk dikongsikan ngan korang.

Assalamualaikum


terima kasih kerana sudi membaca entri ini

Pelawat Blog

Flag Counter
COPYRIGHT@Segala apa yang tercatat dalam blog ini adalah hak milik saya..DI LARANG MENYALIN TANPA KEBENARAN