30 June 2013

Piala FA 2013 : Kelantan Mengekalkan Kejuaraan

30 June 2013 / 1:03 pm / Comment


Alhamdulilah , sekali lagi Kelantan (Red Warrior) mengekalkan  kejuaraannya dalam Piala FA 2013 setelah memenangi pada tahun lepas dengan menentang Sime Darby. Tapi pada tahun ini , TRW sekali lagi merangkul Piala FA 2013 dengan menewaskan musuh tradisi baru iaitu JDT. Kelantan merangkul piala FA 2013 dengan kemenangan 1-0 hasil jaringan Mohd Farhan Mohamad pada minit ke-15. Farhan menjadi wira negeri Kelantan memenangi piala FA 2013.

Pada separuh masa pertama, Kelantan bermain agak dengan baik dan mengekalkan prestasi dengan molek dan mengawal permainan sehinggalah Mohd Farhan menyumbang gol kemenangan bagi pasukan Kelantan pada minit ke-15. Mungkin inilah hadiah buat beliau kerana pada tahun lepas beliau tidak dapat beraksi pada pentas akhir Piala FA 2012. Namun tahun ini, beliau mencipta kemenangan disamping kehebatan kapten kita iaitu Piya dan juga Mohd Fakhri. Ketiga-tiga ini memang hebat disamping dengan Nawakeme dan juga Obina, boleh dikatakan pemain Kelantan semalam bermain dengan penuh semangat dan berjuang-juang habis-habisan untuk mengekalkan piala yang dimenanginya pada tahun lepas.


Bagi separuh masa kedua pula, permainan JDT agak agresif sedikit, namun beberapa pemain JDT diberikan kad kuning diatas kekasaran yang dilakukan oleh mereka ke atas pemain Kelantan. Namun nasib tidak menyebelahi JDT kerana tidak berjaya menyamakan kedudukan pada masa kedua sehinggalah visel penamat dibunyikan.

Memang kehadiran penyokong kedua-dua pihak memang hebat disamping dengan laungan ,sorakan semangat yang diberikan oleh mereka. Walaupun JDT tidak menang untuk piala FA namun ini boleh dikatakan satu pengalaman yang baru beraksi di pentas Akhir piala FA.

Apa-apa pon tahniah Kelantan diatas kemenangan mereka menewaskan JDT dengan 1-0.
Gomo Kelate Gomo..Demo Meme Hebat..


terima kasih kerana sudi membaca entri ini

26 June 2013

Puding Gula Hangus

26 June 2013 / 6:25 pm / Comment

Alhamdulilah, hari ni dapat jugak melepaskan mengidam untuk makan puding telur kukus. Dah lama aku x makan puding telur nih, kira-kira dekat setahun kot. Memang puding favourite aku kot, memang sedap, kalu letak banyak telur dan susu cair lagi sedap.

Hari ni, aku suruh my mom masak puding telur kukus, actually my mom xnk masak, aku just tolong-tolong masak je, hehehe..so, senang jer nak buat puding telur kukus nih. Mula-mula sediakan bahan yang secukupnya. apa yang penting dalam bahan puding telur kukus ni adalah semestinya telur, sus cair, gula dan sedikit air.
Mula-mula panaskan kuali dan masukkan gula yer.kira korang masak gula tu sampai jer gula hangus, tapi xdela hangus sangat sebab nanti kalu terlalu hangus, ia akan pahit nanti.
Lepas jer siap masak gula tu, pecahkan lebih kurang 10 biji telur dalam blender dan masukkan susu cair dalam blender tersebut. Lepas tu blender telur dan susu cair tersebut. 
Setelah siap blender, panaskan periuk yang sesuai untuk mengukuskan puding gula hangus itu, setelah panas elok, masukkan gula hangus dalam loyang atau  bekas yang sesuai untuk dikukuskan. 
Panaskan loyang yang diletakkan dalam periuk kukus itu, lepas jer panas, letakkan bahan yang telah diblenderkan tadi, pastu tutup penutup dan biarkan ia masak. 
Pastu masak, biarkan ia sejuk sedikit dan lengkupkan balik dan kalu nak lebih sedap, masukkan puding gula hangus ini dalam peti sejuk..perghhh..sedappp..

Hahaha..hebat tak aku jadi chef, memang best r jadi chef hari ni, tolong masak puding gula hangus. 


Korang leh cuba buat sendiri tau masak puding gula hangus ini. korang leh kreatifkan lagi bende ni dengan letakkan hiasan seperti buah-buahan yang telah dipotong seperti nenas, laici, dan sebagainya..hehehe..sedak oo..memang sedak..

sekarang teringin nak masak koktail pulak..hehehe


terima kasih kerana sudi membaca entri ini

24 June 2013

Perubahan Jadual TV3

24 June 2013 / 2:46 am / 2 Comment

Assalamualaikum semua, apa khabar, harap-harap korang semua sihat-sihat belaka yer..

Okeylah hari ni aku akan update sedikit mengenai perubahan jadual waktu siaran rancangan kat stesen TV no.1 negara iaitu TV3. Mungkin korang dah tahu kan hebahan mengenai pertukaran jadual waktu rancangan ini kan, ye la TV3 kan sentiasa update yang terkini untuk memastikan kepuasan pelanggan diutamakan.


Untuk pengetahuan korang semua, TV3 telah dilancarkan pada 1 Jun 1984 di Jalan Liku, Bangsar, Kuala Lumpur. TV3 Sentiasa mencari kelainan dan dengan kepesatan teknologi sekarang, TV3 telah memperkenalkan TV ONLINE iaitu TONTON. Tonton merupakan satu web  tv dimana anda boleh menyaksikan rancangan-rancangan yang diterbitkan oleh tv-tv di bawah pengurusan MEDIA PRIMA seperti TV3, NTV7, 8TV dan TV9.

So, skearang TV3 telah mengorak langkah dengan menukarkan siaran mereka pada waktu lain. Berikut aku dapat pamerkan antara rancangan yang berubah waktu. So kalu xde rancangan dalam perubahan itu, bermakna rancangan itu kekal seperti biasa.hehehe..

Antara program tv yang berubah waktu siaran adalah  :
Majalah 3 , Slot Aksi , Samarinda, SmackDown, Bersamamu, 999, Pearl Screen, Tunggu Sekejap

Ni jadual yang senang ckit untuk korang paham kalu x paham yang atas tu..hahaha..


Untuk pengetahuan saudara/i semua , slot Samarinda akan menayangkan sebuah drama rantaian yang hebat sempena menjelang Ramadan yang bakal menjelma tidak beberapa minggu lagi. Drama tersebut adalah " RAMADAN YANG HILANG ". Aku tengok tajuk pon da best, mesti jalan cite pon best kan..hehehe..

Bagi slot aksi pula, ia akan disi oleh satu drama baru selepas berakhirnya drama Karlos. Drama tersebut adalah Dewi Lasak. Dan pasti anda tertunggu-tunggu untuk menyaksikan musim kedua untuk rancangan temubual " TUNGGU SEKEJAP " yang akan dihoskan oleh penyanyi rock kita iaitu Awie. Rancangan temubual Tunggu Sekejap akan bersiaran pada setiap hari Sabtu 9.00 malam.

Apa-apa pon harap2 dengan perubahan waktu siaran ini, TV3 akan mengekalkan kualiti program mereka dan menerbitkan lagi program-program yang menarik untuk seisi keluarga.


terima kasih kerana sudi membaca entri ini

23 June 2013

Jerebu Jun 2013

23 June 2013 / 1:28 am / Comment

Pagi ni aku nak cerita sedikit mengenai jerebu yang berlaku di Semanjung Malaysia sekarang. Jerebu di Semenanjung Malaysia terutama negeri yang berdekatan dengan Singapura seperti Negeri Johor dan Melaka. Johor antara negeri yang teruk dilanda masalah jerebu. Masalah ini boleh dilihat melalui keadaan IPU (Indeks Pencemaran Udara) dimana daerah Muar menjadi daerah yang paling teruk dilanda jerebu dengan bacaan IPU melebihi 300.

Kesian lak aku tengok orang yang tinggal di sekitar Johor terpaksa berdepan dengan masalah Jerebu ini.Takpasal2 sekolah yang terkena dengan jerebu kena tutup. Yela, bahaya kot, terutama sesiapa yang menghidapi penyakit asma nih. Setahu aku punca jerebu ini berpunca daripada kebakaran yang berlaku di Riau, Indonesia. Tapi masing-masing membuka mulut, Indonesia menyebut bahawa syarikat perladangan Singapura dan Malaysia menyebabkan pembakaran dan seterusnya menjadikan keadaan jerebu.


Sekarang ni, takperlu nak menunding jari kepada sesiapa, yang penting sekarang ni duduk semeja berbincang dan mencari idea untuk menangani masalah jerebu yang semakin teruk ini. Kalu dah tahu company mane yang membuat pembakaran terbuka ini, terus jer dakwa takyah nak tunding jari. Apa guna mahkamah kalu taknak dakwa.Tak kiralah company tu dari Malaysia ke, Singapura ke mahupun Indonesia, yang bersalah tetap bersalah.

Kat sini aku nak bagi tahap-tahap IPU yang sihat - tidak sihat ::
  • 0 - 50       : Good
  • 51 - 100   : Moderate
  • 101 - 200 : Unhealthy
  • 201 - 300 : Very Unhealthy
  • 300>        : Hazardous

Aku harap keadaan jerebu ini semakin pulih, Insyallah Amin :) dan kepada semua penduduk yang terlibat dengan masalah jerebu ini, ambil langkah berhati-hati dan sentiasa menjaga kesihatan, kalu hendak keluar sila pastikan anda memakai topeng penutup muka dan kurangkan aktiviti luar :)


terima kasih kerana sudi membaca entri ini

22 June 2013

Keahlian AirAsia

22 June 2013 / 4:41 pm / Comment


Oh yeahh..akhir sudah siap jugak keahlian aku sebagai membership untuk AirAsia nih. Hehehe..poyo jer aku nih, padahal orang lain dh lama pon buat bende nih, aku jer baru nk start buat..Hello..atleast aku buat jugak kan..hehehe.. Terdetik dihati aku nak buat keahlian ni sebab senang sikit aku nak booking tiket flight ke mana sahaja yang aku suka, so kalu aku dh daftar keahilian ini, memang senang la aku nk book. ada pahamm..so xdela nak menyusahkan orang lain utk tlg book, aku pon bole buat..hihihi..

Sekarang ni ,aku pon dh apply tuk BIG AirAsia. Dan harap2 kad tersebut sempat smpai dalam minggu ni atau minggu depan, kegunaan kad itu banyak faedah dye kalu korang daftar..


So, apa tunggu lagi korang daftar la yer..banyak benefit untuk korang gak..kang, kalu korang book, pasni pasti ad mata ganjaran dye, n then leh redemption this reward..kan berbaloiii...now 
Everyone Can Flyyyy....nak pergi Mauritius....(btl x ejaan ni..hahaha)


terima kasih kerana sudi membaca entri ini

Album : Majlis Pertunangan Kak Long

/ 2:55 pm / Comment









terima kasih kerana sudi membaca entri ini

Astro Maya HD

/ 2:27 pm / 1 Comment


Alhamdulilah ASTRO selaku penyiar berbayar no.1 di Malaysia telah pun melancarkan beberapa lagi saluran baru khas untuk pelanggan setia mereka. Salah satu saluran terbaru adalah ASTRO MAYA HD. Astro Maya HD adalah salah satu saluran Melayu berbentuk HD dimana akan menyiarkan beberapa rancangan-rancangan Melayu daripada ASTRO RIA, ASTRO PRIMA, ASTRO OASIS dan sebagainya. Astro Maya HD akan memulakan siarannya pada 24 Jun ini di Saluran 135.
Penonton yang suka menonton drama Misiku Kuza, rancangan temubual Primadona, program realiti tv yang paling popular di Malaysia iaitu Akademi Fantasia, program masakan Jaguh Kampung dan sebagainya akan dapat dilihat melalui saluran Maya HD.
Wah, memang best kan, dahulu kalu nak tengok secara HD korang mesti kena langgan Astro Pek Mustika kan,ni xpe, anda dh jadi pelanggan Beyond HD so anda boleh terus menikmati saluran Maya HD.

Aku pon excited gak ni nak menantikan saluran terbaru ASTRO nih, hehehe..apa-apa pon congrat ASTRO diatas penambahbaikan dan penambahbaruan dalam saluran ASTRO. Kami sentiasa menantikan penambahbaruan ini.hehehe..kot2 pasni harga jadi murah ke..lagi best kan..hahahaha..

Jom nantikan kemunculan SALURAN MAYA HD (135)


terima kasih kerana sudi membaca entri ini

21 June 2013

Sebenarnya Saya Isteri Dia

21 June 2013 / 10:32 pm / Comment

cantik tak wallpaper SSID yang saya buat ni?? hihihi

Rasanya dah ramai tahu kan drama bersiri yang sememangnya popular sekarang kat TV3 iaitu Sebenarnya Saya Isteri Dia (SSID). SSID telah pun bersiaran pada bulan April 2013 xsilap aku dalam slot Zehra. Pada permulaannya drama ni xde la menarik, tetapi masuk je part2 romantik antara si Firash dan Syaf nih, makin seronok lak aku tengok. Drama ni ala-ala romantik cam drama lestary " VANILA COKLAT ". Memang best tengok diorang gaduh-gaduh manja gitu.Apa-apa pon memang terbaik r pengarah drama nih. Walaupun aku tak pernah baca novel ni, sememangnya orang ckp la novel SSID memang dah popular, dan diterbitkan dalam bentuk drama bersiri.

Pemilihan pelakon pon memang sesuai untuk melakonkan watak Firash Arshad dan Syafa Aqira. Izzue Islam sememangnya pendatang baru yang berbakat besar dalam bidang lakonan sesuai untuk menegang watak Firash Arshad disamping heroin dalam SSID iaitu Tiq Zaqyah sebagai Syafa Aqira.

Aku tertarik tengok drama ini pun kerana rumaate aku yang cakap drama ni memang best dan menarik, tup-tup aku tengok la drama ni melalui TONTON masa kat UUM, yela takde TV kan time duk UUM, so kena pandai-pandai la kreatif nak tengok kat TONTON. Tapi aku tengok time ulangan je, maklumla internet laju kan kat sana..hehehehe..

Apa-apa pon aku dah start menonton dari episod 1 sampai la sekarang episod 11. memang sekarang kemuncak episod untuk SSID dimana konflik berlaku antara Syaf dan Firash. Hehe. tak sabar nak tengok next apa yang akan berlaku nanti..

Harap-harap pasni ad lagi sambungan SSID untuk musim kedua..hahaha...


terima kasih kerana sudi membaca entri ini

13 June 2013

Steamboat Embun Dingin

13 June 2013 / 1:39 pm / Comment


Alhamdulilah , semalam bertarikh 12/06 merupakan satu catatatn yang memang aku akan ingat sampai bile-bile. Semalam kitorang keluar g KANGAR, PERLIS untuk makan STEAMBOAT. Kitorang merancang nak keluar ngan senior-senior MARKETING kitorang iaitu Fahmy dan Maria Gee (opssss..dh tukar nama iaitu Maria Nur Islam gitu....)

Kitorang bertolak dari UUM ke Kangar lebih kurang pukul 5.00ptg, sebelum tu singgah dulu kat PMC (Pasar Malam Changlun) untuk beli makanan sebab laporrr...tak tahan sgt..sempat je beli keropok lekor, air..tu je..sebab pasni nak makan STEAMBOAT ag, rugi kalau dh kenyang, takpasal byr rm10 cmtue je.

Selesai jer beli tiket rumate aku, terus jer pergi ke Kangar..Tup-tup smpai lebih kurang pukul 7.20 kat EMBUN DINGIN, kitorang trus makan, smpai duk ketawa lagik..memang best r..happening ngan korang sume.

Abis je makan, trus bergerak ke ARAU sebab nak karok kat sana. Hamekkk ko, byr RM50 karok la sampai 2jam..memang best..dengan suara-suara merdu, lunak semua. Hahaha..ad yang suara perempuan jadi suara jantan, ad sore jantan jadi sore pempuan..memang best r..gile-gile

So, abis je melalak terus balik, sebab da ponat eden DRIVE..so, lebih kurang pukul 11.30 kitorang sampai UUM.

Memang satu kenangan terbaik r keluar ngan senior kos kitorang...


terima kasih kerana sudi membaca entri ini

11 June 2013

Study Paper Asas Kewangan

11 June 2013 / 7:52 am / Comment

Hurmm..Aku taktau la asal aku jadi malas giler nak study paper kelima aku nih. Dahla paper ASAS KEWANGAN , paper mengira. Memang aku tak suka la paper nih. Tapi aku boleh jawab kot Insyallah kerana ni paper ABC..so aku ad pilihan untuk membuat jawapan, sama ada untuk melihat rakan-rakan disebelah atau buat sendiri (baling dadu).

paper kira-kira yang last untuk pengajian degree aku..Insyallah :)

Namun, aku harus cuba cekalkan hati dan takmahu mengikut hati yang malas ini, aku harus bangkit untuk belajar FINANCE ni dalam masa satu hari ni je lagi kerana aku akan exam pagi esok.waaa..menyesal lak asenya tak study awal-awal. Tu yang aku tak suka kalu ad gap,ermm..entahlah kalu xde gap pon aku bising,ad gap pon aku bising..ayooo..manusia-manusia..ish2..

Banyak chapter yang aku kena cover iaitu dari bab 2 - sampai la bab 10..erkkk..banyak kot..

Chaiyok-chaiyok apih..aku tau ko leh buat...memandangkan carrymark untuk paper ASAS KEWANGAN ni dah tau so, aku leh la skor nanti di final exam esok..aku hanya memerlukan 6 markah je lagi untuk lulus, namun aku bukan hanya untuk lulus tetapi untuk mendapatkan gred yang cemerlang sekurang-kurangnya B,B+ atau A-.

Insyallah aku akan cuba dapatkan..Doakan aku berjaya yer :)


terima kasih kerana sudi membaca entri ini

10 June 2013

Senarai Rasmi Model Kereta Turun Harga 2013 (Malaysia)

10 June 2013 / 6:23 pm / Comment

Hari ni aku nak citer sedikit mengenai senarai rasmi model kereta yang turun harga pada tahun 2013. Tentu korang excitedkan nak tahu, takpe2,nanti aku akan citerkan kat bawah nih. So, boleh la korang mengumpul duit banyak-banyak dan belilah kereta buatan MALAYSIA (hehehe..yakin ker!!!). Tak kisahlah kereta import ke kereta Malaysia ker, janji kualiti bagus dan harga pon bagusss jugak..Jangan harga je mahal tapi kualiti teruk..

Berikut adalah beberapa model kereta yang diumumkan harga sudah turun secara berperingkat seperti yang dijanjikan dalam Manifesto PRU13 pada bulan lepas. Dalam pada masa yang sama, dijangkakan lebih banyak model kereta akan diturunkan harga secara berperingkat oleh kerajaan.

Berikut merupakan sepuluh model yang telah menurunkan tanda harganya di pasaran setakat ini ialah 
  • Peugeot 308 (11%), 
  • Volkswagen Golf (7.1%), 
  • Viva (5.4%), Myvi (4%), 
  • Persona (3.8%), 
  • Alza (3.4%), 
  • Preve (3%), 
  • Honda Jazz Hibrid (2.5%),
  • Saga (1.1%)
  • Exora (0.7%). 
Dikhabarkan pelan penurunan harga itu dilaksanakan dengan memberikan pengurangan duti eksais secara berperingkat terhadap pengeluar kereta yang menggunakan lebih banyak komponen tempatan.

senarai model dan harga kereta (2013)

Aku pon tak sabar nak beli kereta nih, kalu lah dulu aku stay je keje AGROBANK..Proton Persona dah ada dalam genggaman aku sekrang nih, takpelah, rezeki aku nak sambung pengajian ijazah di UUM. So aku kena terima takdirnya, dan jangan banyak mengeluh :)


terima kasih kerana sudi membaca entri ini

Kursus Etika Protokol UUM-COB 2013

/ 10:39 am / Comment


Alhamdulilah , bulan lepas ,pada 10 Mei lepas kitorang telah menghadiri KURSUS ETIKA PROTOKOL UUM-COB 2013 di EDC HOTEL UUM. Kursus ini wajib untuk semua mahasiswa sebelum menghabiskan pengajian dan grad nanti.

So nak tak nak kena hadir jugak kalu korang nak grad..kalu x, xleh grad tau..

Kursus ini agak bagus untuk dipraktikkan di luar nanti, atleast takdela budak UUM ni pelik sgt dan xde protokol masa makan secara profesional gitu. Hehehe. apa-apa pon aku tengok budak UUM ad yang etika protokol time makan dan ad gak yang xde, malas..kononnya..tapi still protokol je time makan.

Sebelum kitorang praktikan masa makan, kitorang diberikan ceramah mengenai ETIKA PROTOKOL dari segi pakaian, sebelum makan, semasa makan ,dan selepas makan. Lama giler ceramah itu, bosan gak kot asenya, dah la meja kami meja yang paling depan sekali, memang takleh nak borak sangat la, nanti si MC tu mengamuk xpasal and halau kami dewan tu, so nak tak nak kena dengar gak..

Habis jer ceramah tu , pastu rehat kejap sementara pihak pelayan EDC menyediakan makanan di dalam dewan , kami sempat borak2 kat luar ngan member-member. Selesai jer rehat tu, kami diberikan masuk dan duduk ditempat asal tadi. Maka terhidanglah makanan yang kami tengok iaitu untuk pembukaan diorang bagi makan ROTI + MAJERIN. Roti xdela sedap sangat..tapi memandangkan lapar time pagi-pagi tu terus jer kitorang makan dan time ni, MC dan pelayan menengok gelagat budak UUM makan roti dengan menyapu majerin pada roti tersebut. Hahaha..macam-macam gaya. Selain itu, diorang sediakan juga sup cendawan.erkkk..sedap kot..kita juga diajar cara menghirup sup dengan betul. Memang protokol betul la..nasib baik xde ujian amali, kalu xmampos nak lulus nih..hehehe

Habis jer pembuka makanan, kami diberikan menu utama iaitu CHICKEN CHOP. Makanan yang dinanti-nantikan. So, mula lah perang pisau ngan garpu, maklumla ayam chicken chop tu kan keras giler ,so memang susah gak kalau yang kurang mahir untuk memotong dan makan ayam chicken chop tu. Hahaha..aku suka tengok gelagat member aku dalam satu meja tu, memang kecoh jer..hehehe.

Akhir sekali, penutup makanan iaitu desert disediakan KEK BROWNIES + AISKRIM. hahaha..terliur air liur eden nih haa..memang sedap la kek dye, memang takpuas, nak makan lagi..

Selesai jer makan tersebut, maka habisla pengajian kursus ETIKA PROTOKOL UUM-COB 2013.

Syukur, atleast dapat belajar cara beretika masa makan, nasib baik free..hehehe..


terima kasih kerana sudi membaca entri ini

9 June 2013

Pengurusan Rantaian Bekalan

9 June 2013 / 10:56 pm / Comment


Alhamdulilah tadi berakhir sudah paper keempat aku untuk semester 6 ini. Paper itu adalah paper Pengurusan Rantaian Bekalan. Memang agak membosankan paper ni kerana memang dari sejak aku masuk kelas sampai la akhir kelas memang tak paham mende apa yang Dr. Rahim ajar dalam kelas, lagipun Dr. Rahim selalu batalkan kelas dan ada pensyarah ganti tuk beliau

Memang tidak disangkakan lagi kerana Dr. Rahim memang akan menolong pelajarnya dalam peperiksaan akhir. Seperti semester lepas, dye sempat memberikan jawapan dalam exam untuk kertas Strategik Pemasaran dan Analisis. Memang terbaik r pensyarah bagi jawapan masa exam. Apa lagi.kitorang pon buat je la..Alhamdulilah ,dengan itu aku pon dapat A la untuk paper strategik itu.

Aku pon tadi jawab semua soalan yang diberikan , harap-harap aku dapat skor untuk paper ni dan dapat target A- ataupun A. Memang aku target kerana mungkin carrymark kitorang memang tinggi kot sebab xde byk asgment dan presentation pon masa Dr. Rahim mengajar kitorang.

Assignment pon berdasarkan case study, itu pon satu je..hehehe..memang best n terbaik DR.RAHIM..kan best kalu dye ajar paper yang aku amek lagi sem depan..

Apa-apa pon aku dh lepas 4 paper..tinggal 3 paper lagi..yahooo..pastu balik rumah...dua bulan cuti..untuk membesarkab perut.. :p


terima kasih kerana sudi membaca entri ini

8 June 2013

Salam Israk Mikraj

8 June 2013 / 3:18 am / Comment


Salam Israk Mikraj buat semua...


terima kasih kerana sudi membaca entri ini

5 June 2013

Peperiksaan Pemasaran Industri

5 June 2013 / 1:47 am / Comment

nota yang perlu dibaca..banyak giler...
Assalamualaikum semua, apa habaq..hahaha..cheq saje jah nak post ni. dah takde bende dah nak post so cheq update blog je lah..memandangkan ad isu ni,baik cheq update sebelum cheq xde idea, kan tak pasal-pasal blog ni berkubur camtue je.

Okeylah, dah tengok pic kat atas tu, haaaa.tu la nota ngan buku PEMASARAN INDUSTRI yang aku akan mentelaah sampai bengkak biji mata gara-gara nak exam esok (05/06) kat DSB Kolej TRADEWIND. Nasib baik esok exam petang, leh gak pagi tu aku nk cover sikit.

Memang banyak giler nak kena baca tuk cover bab semua..bayangkan.....10bab..padahal 4 soalan je masuk esok..errrrrmmmmmm...pening eden memikirnyo..kan best kalu ad tips, leh la aku tumpu yang tips tu je..asihhhhhh...tension gue..

Tapi ,apapon kami stay gak study wpon byak, kitorang study bertiga jer iaitu rumate aku, dan coursemate aku. So kami study ap yg ad dalam buku text, nota slide, nota lecturer buat dan nota aku buat sendiri...rajin kan aku buat nota..hahaha..puji melebih sudaaa..

Aku tak sabar nk abes exam cepat-cepat, byk benda lagi nak memikir..nk pikir masa depan lagik..motiffff..hahaha..cam nak kawen cepat jer..amin..Insyallah..doakan jodoh aku yer.. :p

Dahla..malas dah aku nak mengarut,nak sambung study dulu sebelum mata ini tutup dan krohhhhhhh..zzzzzz...

So,aku mintak diri dlu yer...maaf ad silap

Assalamualaikum,,,,selamat malam


terima kasih kerana sudi membaca entri ini

4 June 2013

Kenangan Kelas Seminar Pemasaran

4 June 2013 / 3:18 am / Comment


Walaupun kelas seminar sudah habis dan exam seminar pun dah lepas, tetapi aku akan tetapkan rindukan kelas SEMINAR PEMASARAN ini terutama pensyarah kami TN. HAJI MOHAMAD ZAINOL ABIDIN BIN ADAM.


terima kasih kerana sudi membaca entri ini

3 June 2013

Selesai 2 Exam Satu Hari

3 June 2013 / 10:54 pm / Comment

macam inilah tahap stress aku...
Haaa..tengok gambar kat atas, camtula gaya aku selepas abis je 2 paper dalam satu hari. Maka tamatlah hazab aku untuk exam 2 paper dalam satu hari. Hari ni aku exam tuk paper SEMINAR PEMASARAN dan juga PENGURUSAN STRATEGIK.

Haduyaiii..tension gue rasanya biler dapat 2 paper dalam satu hari. Mana taknya, paper semua susah kot, kalu ABC leh la aku tembak..ni tak paper 3ribu kot..esaayyyy..Tapi hamba redha je..maklumla dah nak habis semester dah. aku kena struggle untuk satu sem je lagi.

Haa..dah abis 2 paper tinggal lagi 5 paper lagi bakal dihadapi pada 5hb, 9hb, 12hb, 16hb, dan 18hb. So lepas jer 18hb aku merdekaaaaa...cuti dua bulan...sukenyaaaaa...yahoooo..happy doe..

Okeylah meh aku nk kongsikan sedikit citer pasal exam tdi, biasa la sehari sebelum nak exam punya la pulun nak giler kat paper seminar nih, sebab kita dah tau ap yang akan ditanya cuma study jurnal yang diajar dalam kelas jer, so kitorang pon just bincang-bincang bersama kami. Kami suka berbincang apa yang kita tahu kita akan bagitahu..so masing-masing takenote dan akan bincang balik. So lewat jugakla aku dan rumate tidur kerana gara-gara paper SEMINAR dan STRATEGIK MANAGEMENT. Pagi tu bangun awal pagi tuk study dan review balik apa yang kami baca semalam..kot-kot tak ingat..kalu pagi ni senang sikit nak msuk lam otakk..walaupon mata mengantuk still kena bukak..nak exam punya pasal.

Siap jer semua masing-masing gerak ke dewan exam kat DSB Kolej MAS. Masing-masing duk pegang nota masing-masing duk bincang ap yang tahu,kan sharing is caring. Sampai masa, masuk jer dewan exam..so exam pon dimulakan..maka..penerangan pasal exam pon aku dah dengar dah lama dah..cam jemu dah..hahaha..pasni rindu r nk dengar penerangan dalam dewan exam..hihihii..

Tepat 11.30pagi, exam pon tamatla....pastu kitorang terus pulang sebab nak study balik tuk paper STRATEGIC MANAGEMENT. Study kejap je sebab mata mengantuk dan terus jer tdo dalam 15minit. Bangun sambung balik study..Sampai la kitorang bersiap dan terus ke dewan exam kat DSB Kolej Tradewind. Lebih kurang pukul 02.30 petang exam pon dimulakan......sesi menjawab berlangsung......pukul 5.00 petang tamat..makalah hujan dengan lebatnya...

Hujan rahmat katakan sebab masing-masing duk stress memikir dan memerah jawapan..hahaha..apa-apa pon abis dah sayonara hari ni..hahaha..so aku nk tutup citer ni,nak g study tuk paper 5hb nanti...apa-apa pon doakan untuk aku tau..sayang korang ea :)


terima kasih kerana sudi membaca entri ini

1 June 2013

Peperiksaan Akhir Semester

1 June 2013 / 2:55 pm / Comment


Alhamdulilah, hari ni masih ada kesempatan jugak aku nk menjengah blog ini. Syukur ke hadirat illahi kerana dengan limpahNya dapat lagi kita bernyawa di muka bumi Allah ini dan meneruskan perjuangan hingga ke akhir hayat. Okeylah, hari ni dah pon masuk bulan Jun, so ad beberapa minggu je lagi nak habiskan pengajian untuk semester 6 ini.

Untuk pengetahuan semua, seperti yang tertera di atas tu, esok bermulalah perjuangan dalam menghadapi peperiksaan akhir untuk semester ini. Peperiksaan itu akan bermula pada 2hb sehingga 27hb Jun 2013. Hahaha..nasib baik aku abes awal exam, so, 18hb aku dah boleh balik rumah..yahooo..menikmati percutian selama 2 bulan (JULAI,OGOS) dan September datang balik untuk menghadapi semester akhir..horrayyy..

Okeylah, meh nk citer sedikit apa paper yang aku akan exam sem ni :

Pertama , paper SEMINAR PEMASARAN. Paper ni akan berlangsung pada 3hb ni pada pukul 9.00pagi di DSB Kolej MAS UUM, errrrr.ngeri la asenya bunyi seminar nih, mana taknya tengok pensyarah dye la dulu..Hehehe..sebenarnya Tn. Haji Zainol sangat baik dan best. Memang best tengok dye mengajar kitorang pasal jurnal. Sekarang ni kitorang kena study betul-betul untuk 5 jurnal yang akan ditanya padal exam akhir nanti.Aku harap aku akan dapat buat sebaik mungkin. Target memang nak A. Aku bersyukur jika dapat B pun, bersyukur dengan apa yang diperolehi :)

Paper kedua pulak, dihari yang sama iaitu paper PENGURUSAN STRATEGIK Paper ni memang berat skit, mana taknya kena kaji kes study sebelum exam menjelang. Kajian kes akan diberikan seminggu kepada pelajar yang amik paperni dan akan mengeluarkan isi-isi yang penting dan akan ditanya pada peperiksaan nanti. Aku harap aku dapat jawab nanti. Untuk paper ni, aku akan exam di DSB Kolej TRADEWIND pada pukul 2.30 petang.

Bagi paper ketiga pulak , paper PEMASARAN INDUSTRI. Haaaa...tension aku bila dengar paper nih, mana taknya, banyak giler nak kena baca dan cover untuk exam nanti. xsilap aku 10 bab nanti nak cover untuk beberapa soalan je nant..blurrrrrr...kan best kalu Puan Rafidah ada bagi tajuk yang spesifik skit, senang untuk aku baca. Ni cam ibarat baca sebiji buku pulak..aduyaiiii....

Paper keempat untuk sem ni pulak PENGURUSAN RANTAIAN BEKALAN. Paper ni memang relax ckit, maklumla tengok lecturer dulu. Dr. Rahim memaang sporting giler dalam kelas dan bab-bab dalam pembahagian markah memang tak kisah dan straight sangat, so senang nak dapat markah ngan dye. Untuk paper ni aku akan exam pada 9hb ni di TEATER EKSPERIMEN,UUM.

Paper kelima pula exam adalah ASAS KEWANGAN. Haaaa...tinggal paper ni je untuk paper pengiraan aku sem ni. Semua dah habis paper mengira aku. rasa bebas. Alhamdulilah carrymark pun dah keluar, so tidak risau sangat. Aku harap aku dapat score untuk paper ni. Paper ni akan exam pada 12 Jun nanti kat DMAS, UUM. Teringat balik kenangan semasa kelas Puan Wan Rozima, walaupun dia tegas tapi best cara dia mengajar.

Paper keenam yang akan aku exam adalah JUALAN PERORANGAN. Paper ni memang relax sebab carrymark dah capai 60markah. so sekarang bergantung pada markah final jer nanti. Memang ramai yang dapat A dengan paper ni, so tidak risau untuk dapat A paper ni, Aku harap aku leh score paper ni dengan baik. Paper ni akan exam pada 16 Jun nanti d DEWAN TSO, UUM.

Dan paper terakhir yang akan aku aexam adalah paper SERVIS PEMASARAN. Paper servis ni aku akan exam pada 18hb di DEWAN TSO, UUM. Paper ni diajar oleh En.Shahrin Saad. Memang best apabila En.Shahrin mengajar kitorang mengenai paper ni, dan banyak kita orang belajar mengenai servis pemasaran yang digunakan sama ada di Malaysia atau luar negara.

Itulah 7 paper yang aku akan exam nanti..errrrr..harap-harap aku dapat score nanti..Insyallah..

Okeylah, aku nak beredar dulu, sebab nak sambung study dlu..

Assalamualalikum..


terima kasih kerana sudi membaca entri ini

Pelawat Blog

Flag Counter
COPYRIGHT@Segala apa yang tercatat dalam blog ini adalah hak milik saya..DI LARANG MENYALIN TANPA KEBENARAN