20 July 2013

Polisi Baru Bank Islam : Minimum RM50 Akaun Simpanan

20 July 2013 / 9:54 pm / 19 Comment

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua, apa khabar yer, diharap korang sumer sihat-sihat belaka la yer kehendakNya. Sudah lama aku tidak mengupdate blog ini kerana aku terlalu busy sedikit dan faktor kemalasan jugak menjadi faktor utama untuk online..hehehe.Hari ni aku ada satu isu yang mana mungkin korang dah tahu dan ada yang belum tahu lagi.
Isu yang aku nak utarakan ini adalah mengenai polisi baru Bank Islam Malaysia Berhad dimana telah menyelaraskan dengan meminimumkan RM50 dalam akaun simpanan dalam bank tersebut. 
Aku sebenarnya terkejut jugak dengan polisi yang dikeluarkan oleh BANK ISLAM ini, patutla baru ini aku hendak draw my money dalam bank namun mesim ATM tu berkata " BAKI TIDAK MENCUKUPI"..Terkejut kot, tetiba jer kata baki tidak mencukupi padahal aku dah check baki akaun tu, elok jer RMXX tapi biler nak keluarkan tak boleh..aku pon jadi hairan la, mula la pikir yang bukan bukan..ish2.. 
So, lepas jer aku pergi ATM pajak Gadai BANK ISLAM, aku cuba pulak kat ATM MAYBANK, kot2 la dapat, mungkin ATM kat pajak gadai tu takde duit ker..maklumla, time tu kan time cuti, so taktau la ada duit ke x dalam mesin ATM tu, lepas jer aku masukkan pin dalam ATM tu terus aku nak keluarkan duit yang aku mahu, namun mesim ATM tersebut jugak mengeluarkan "BAKI TIDAK MENCUKUPI" erghhhh tension aku asenya, mana taknya dah la aku urgent nak guna duit tu, dah jadi camne, terus jer aku bad mood. 
Ape lagi aku terus g serang bank ISLAM keesokannya, so aku pon try la sekali lagi masukkan kad dalam ATM mesin tu, so, biler nak keluarkan masih keluar jugak BAKI TIDAK MENCUKUPI, so bukan aku sorang jer jadi cmni, so makcik kat sebelah aku pon turut alami masalah yang sama dengan aku, so biler jer dye minta bantuan pegawai keselamtan tu, barulah aku tahu yang BANK ISLAM sekarang telah menyelearskan meminimumkan setiap akaun simpanan hendaklah RM50.So dah tahu perkara sebenarnya aku terus jer balik..so xleh nak buat ape da....naik angin punya pasal..terus update status kat FB..sorry yer BANK ISLAM :)
So begitulah cerita aku, nak dikatakan cerita jugak, aku pon terus bukak FB BANK ISLAM, berlambak dengan post-post dari pelanggan bank tersebut dengan tidak berpuashati apabila adanya polisi macam ini. Disini aku leh sertakan beberapa komen oleh pelanggan itu :) (nak tengok dengan jelas, klik setiap gambar)

 


Majoriti yang post adalah student u dimana ye la sekarang kan musim perayaan, so diorang pon nak guna duit gak untuk perbelanjaan mereka nanti.

Sebenarnya, sepatutnya pihak pengurusan BANK ISLAM kenalah memberitahu kepada semua pelanggan mereka dimana dengan mengeluarkan polisi seperti ini tidaklah kami berpikiran bukan-bukan, dan apabila aku menulis pasal isu ini, bukanlah aku nak memburukkan mengenai BANK ISLAM, namun sekadar untuk meluahkan isi hati aku sebagai seorang pengguna/pelanggan bank tersebut. Apabila adanya maklumbalas dan jugak penerangan daripada pihak bank mungkin dapat menjernihkan keadaan dan memulihkan balik nama bank itu. Aku rasa mungkin nama BANK ISLAM mungkin tercalar sedikit dengan isu ini, namun aku juga denganr sekarang pihak pengurusan dah menarik balik isu polisi minimum RM50 dalam akaun itu kepada minimum RM10. So kalau lah betul, Alhamdulilah, akhirnya pihak pengurusan tahu mengenai maklumbalas pihak pelanggannya.

Okeylah sampai disini sahajalah coretan aku kali ini, so aku tak memperbesarkan mengenai isu ini kan tak pasal-pasal aku kena SAMAN gara-gara keluarkan kenyataan yang tidak sepatutunya, apa-apa pon harap semua dapat diselesaikan dengan cara yang baik.

Salam Ramadan :)


terima kasih kerana sudi membaca entri ini

19 comments:

  1. AsSalam..mana ada Bank Islam tukar balik polisi minimum RM10..masih tak tukar..

    ReplyDelete
  2. baru terkena semalam. geram betul. sampai skrg masih ada lagi polisi min rm50 tu. jawapannya minggu depan saya nak close acct n buka di bank lain.

    ReplyDelete
  3. Baru kena ri ni.. Dah nak habis uni life.. So dgn kwn nak gi kluarkan duit.. Mn tau kena tinggalkan minimum RM50 Kat akaun tu.. Geram betul.. Xkan guns bank Islam anymore.. Bank makan duit rakyat..

    ReplyDelete
  4. Sy baru buka akaun smlm dan minimum duit baki dlm akaun adalah rm50rgt..xda tukar2

    ReplyDelete
  5. Mmng mnyusahkan...hbis tu klu kita nak ttup akaun dpt blik x duet..

    ReplyDelete
  6. Tp lg pelik sy nk withdraw rm100 die ckp baki x mncukupi..mmng skit atila...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang la.sbb prlu tgglkn baki rm50 dlm bank

      Delete
  7. Dierang kata simpanan i-wadiah punya jenis akaun shj...aku taktau akaun aku jenis haper...tapi aku dgr walaupun dah minimum rm10, dia boleh set mesin tu tak bg kluar rm10-10...doakan aku tak kebulur besok...guagua

    ReplyDelete
  8. sy baru bt bank islam kemarin . bank in 100 pstu tgk baki tnggal; 87 ringgit . pastu 50 mmg kena kekal dlm tu . huhu sdih

    ReplyDelete
  9. anonymous 16 April.. sama la..

    ReplyDelete
  10. Kesian.adik saya kt u pun sama.arini ingat nk keluar duit rm 50 dari bank,tapi xdpt.check balance rm 30.sedangkan dia x withdraw pun sebelum ni.

    ReplyDelete
  11. Kesian.adik saya kt u pun sama.arini ingat nk keluar duit rm 50 dari bank,tapi xdpt.check balance rm 30.sedangkan dia x withdraw pun sebelum ni.

    ReplyDelete
  12. jahatnye bank islam macam bukan islam dah bila buat camtu. lagi baik bank yg tak islam. huhu

    ReplyDelete
  13. Samalah. 10 bank pg cucuk duit.hampah betui

    ReplyDelete
  14. Terkena jugak. Hamjadu. Dah la nk pakai duit 😠😠😠

    ReplyDelete
  15. salam...nk tanya..baki akaun simpanan saya sepatut ade dlm rm13 dlm tu..tp tadi p check ade rm0.27..macam mana boleh jadi 27sen?????cuba explain....

    ReplyDelete
  16. salam...nk tanya..baki akaun simpanan saya sepatut ade dlm rm13 dlm tu..tp tadi p check ade rm0.27..macam mana boleh jadi 27sen?????cuba explain....

    ReplyDelete
  17. aiman36 zeck36:caj yuran tahunan kad kot.

    ReplyDelete
  18. Buto lah. Nyusah kan org. Nme je bank islam

    ReplyDelete

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...Dah siap baca entri? Nanti jangan lupa komen yer :)

Terima kasih banyak-banyak !!!

Pelawat Blog

Flag Counter
COPYRIGHT@Segala apa yang tercatat dalam blog ini adalah hak milik saya..DI LARANG MENYALIN TANPA KEBENARAN