28 July 2013

Saya Dapat Dekan

28 July 2013 / 10:06 pm / 3 Comment

Assalamulaikum dan Salam Sejahtera

Terlebih aku ingin panjatkan kesyukuran kepadaMu Ya Allah kerana masih diberikan nafas untuk meneruskan kehidupan dan menjalankan ibadah puasa ini. Seperti yang aku ada post pasal keputusan peperiksaan, hari ini merupakan hari yang dnanti-nantikan oleh semua budak Universiti Utara Malaysia iaitu keputusan peperiksaan semester lepas akan keluar. Semua masing-masing menunjukkan reaksi yang tidak tenang apatah lagi sesiapa yang rasa akan dekan konpem relax je kan..hehehe..

Seperti biasa, result UUM akan keluar sepatutnya pada hari Khamis lepas namun disebabkan masalah tertentu, result tersebut ditunda kepada hari ini. So nak tak nak kena tunggu gak hari ni sampai result keluar. Result tadi keluar pada pukul 3.30ptg, namun memang takkan boleh masuk punya Portal UUM time tu, sah-sah browser cakap " No data recevied " sentap tak..memang setiap sem memang akan lalui pengalaman yang mencuakkan ini, dah la kita ni risau pasal result, dengan line yang memang hazab la.hehehe..memang banyak kali dah refresh takkan keluar punya, tapi kalu bernasib memang senang je nak masuk Portal UUM tu.

Aku seperti biasa, hari ni lain sedikit nak try check kat CC (CyberCafe) tapi memang tak menjadi sama jer, line xboleh nak masuk, so, kat sana aku mendownload video jer..nak hilangkan nervous punya pasal, lepas jer balik rumah trus bukak laptop,cucuk punya Berukband dan connect, sah..memang takleh nak bukak, geram tu memang la, tapi nak buat camne kan, so aku buat keputtusan nak tidur dulu nak hilangkan nervous..Bangun jer dari tdo terus check result, takut gak terutama paper Asas Kewangan. aku memang risau sangat paper Asas Kewangan nih tak tahu napa, sebab aku tembak lebih kurang 70 soalan msa final exam.teruk tak?? hahaha..

So, akhirnya dapat masuk portal, pastu masukkan id n password..n then leh..pastu cuak giler nak tekan keputusan..dan akhirnya keluarlah result ini....










" 3.62 "

Aku gembira sangat, impian aku untuk DEKAN akhirnya tercapai jugak, memang tidak disangkakan, walaupun semester 6 merupakan semester yang paling busy dan sakit, namun aku gagahkan diri untuk menghabiskan dengan sebaiknya dan inilah hasilnya, Aku memang ingin mengucapkan terima kaish kepada semua pensyarah yang mengajar aku sem lepas dan tak lupa juga ibubapa aku yang banyak berdoa untuk aku memperolehi kejayaan :)

Memang lain perasaan biler memperolehi anugerah DEKAN untuk sem ni, aku tidak sabar untuk memiliki sijil anugerah DEKAN itu. :) hehehehe aku rasa happy tak terkata..hehehe

#syukur rezeki bulan Ramadan :)


terima kasih kerana sudi membaca entri ini

27 July 2013

Debaran Keputusan Peperiksaan Semester 6

27 July 2013 / 12:30 am / Comment

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Hari ni aku nak kongsikan satu perasaan yang memang aku dah lalui sepanjang 5 semester yang lalu iaitu menunggu keputusan peperiksaan semester. Memang setiap sem akan lalui lah perasaan yang bercampur bau nih. Ya Allah memang gementar giler kerana aku takut ada sebarang paper yang tidak lepas. Ya Allah Permudahkanlah urusan dan berikanlah hambaMu ini memperolehi keputusan yang baik dan semua lulus dengan cemerlang..Amin

Esok iaitu 28hb Julai 2013 maka keputusan peperiksana untuk Semester Kedua 2012/2013 akan keluar dekat Portal pelajar masing-masing. Mungkin result akan keluar pada pukul 3.30petang seperti biasa. Memang time nilah semua duk debar (dap dup dap) menanti keputusan yang akan keluar di portal masing-masing.


Aku sebenarnya agak risau sedikit dengan keputusan peperiksaan kali ini kerana aku tidak berapa yakin dengan paper pengiraan iaitu paper Asas Kewangan dimana aku hampir keseluruhan tembak dengan jawapan yang mengarut. Lebih kurang 80 soalan diberikan masa exam tersebut, namun memandangkan aku memang tidak boleh jawab kesemua, hampir 50 soalan aku jawab dan tembak jawapan sendiri. Itulah yang menyebabkan aku terlalu nervous dan risau sekali. Aku tidak mahu mengambil kali kedua untuk paper pengiraan Kewangan ini. Cukuplah hanya semester lepas sahaja aku mengakhiri paper pengiraan ini. Aku berharap aku dapat lulus dengan cemerlang.

Alhamdulilah, carrymark pon aku dah dapat, dan hanya 6 markah sahaja aku perlukan untuk lulus dan dapat gred C, namun kalau boleh aku nak dapatkan gred B ke atas kerana apabila dapat gred C ia akan turut menjejaskan pointer kita, sekarang ini aku hanya mampu berserah kepada Allah SWT :) Dia Maha Mengetahui

Insyallah nanti aku akan update mengenai keputusan yang aku bakal dapat nanti esok, diharap korang semua bersabar dan doakan aku perolehi kejayaan ea. Aku teringin sangat nak dekan, lagipun aku mempunyai satu semester lagi untuk habiskan pengajian ijazah aku ini, aku berharap aku dapat habiskan dengan sebaik mungkin,Isha Allah :)


terima kasih kerana sudi membaca entri ini

26 July 2013

Top Choice KPOP : Infinite - Be Mine

26 July 2013 / 1:11 am / Comment

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua..

Hari ni aku nak kongsikan sebuah lagu yang menjadi favourite aku sekarang iaitu lagu KPOP.hehehe..xsah kan kalu xdgr lagu kpop nih, memang wajib kena dengar setiap hari dan setiap masa. Kali ini aku pilih lagu Be Mine untuk dijadikan lagu pilihan KPOP minggu ini. Aku rasa lagu ni memang sangat best dan video klip pon best gak aku tengok, aku paling suka arrangement muzik dye coz lagu ni senang nak masuk dalam kepala sesiapa yang menanyi. Lagu Be Mine ini dinyanyikan oleh sebuah kumpulan yang famous kat Korea sana dan menjadi pujaan setiap orang iaitu kumpulan INFINITE.



Hahaha, memandangkan aku pilih lagu ni, so aku lampirkan kat bawah lirik lagu Be Mine nyanyian INFINITE ni dan juga video klip rasmi mereka tuk lagu tersebut. So, korang leh la menyanyi sekali, kalau ada minus one kan best, lagu karok sama..

















----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Lirik Lagu : Be Mine (Infinite)

[L/Myungsoo] 
jikyeobwa wat janha ni sarangeul gin ibyeoreul

[Woohyun] 
neul sangcheo badeul ba en nan ge na, ah

[Sungjong]
kkok baro bwa, uneunge shilheoseo geurae

[Sunggyu] 
apeunge himdeureo geurae, geureon neol bolttae mada~

( [Dongwoo] 3, 2, 1! ) 

[All]
Naekkeo haja, naega neol saranghae, eo? naega neol geokjeonghae, eo?
Naega neol kkeut kkaji, chaekim jil ge
Naekkeo haja, niga nal aljanha, eo? niga nal bwat janha, eo?
Naega neol kkeut kkaji, jikyeo julge

[Sungyeol] 
Do you hear me?... Do you hear me?... oh!

[Hoya] 
jeojeun gieok bakhin nungil kkeut nae
Pumeseo jukkil barae

[Dongwoo] 
jallin maeumi heullin nunmul samki neun geon
Naji magi deullin neora do gamchu neun na

[L/Myungsoo] 
neom chinda saenggakhae neon na ege neul geuraesseo

[Sunggyu] 
ni sangcheo ga neul surok keoji neun mam

[Sugjong] 
naegero wa, utneunge johaseo geurae

([Myungsoo/L] Ooh~) 

[Woohyun] 
pyeon hage haejuryeo geurae, jeogeo do namaneun neol~

[Hoya] 3, 2, 1! )

[All]
Naekkeo haja, naega neol saranghae, eo? naega neol geokjeonghae, eo?
Naege neol kkeut kkaji, chaekim jil ge

*Dance Break* 

[All]
Gati gaja, himdeun gil geod jima, eo? shwibji anhat janha, eo?
Dashi neun geureon neol, bogi shilheo

([Myungsoo/L] Oh) 
Naekkeo haja, naega neol saranghae, eo? naega neol geokjeonghae, eo?
Naega neol kkeut kkaji, chaekim jil ge

[Dongwoo] 
da tujin anheul kka, sangcheo tto aneul kka
Kkeunhim eobtneun apeun gori e
Hangsang sori eobtneun jeonjaeng neon murihae
Geokjeong ye bang paero nan ni ape

[Hoya] 
naneun dal cheoreom ni juwil dolgo dora
Buri keojyeo beorin ni sarangeun nohgo nalbwa
Gipi paeyo beorin sangcheo, deopeo julge
Utge, halge, naegeollo mandeulge

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Video Klip : Be Mine (Infinite)



----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
#lagu yang dapat menghilangkan stress aku @_@


terima kasih kerana sudi membaca entri ini

25 July 2013

Jonathan Apprentice Asia Pertama

25 July 2013 / 1:07 am / Comment

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua.

Okeylah hari ni aku nak kongsikan satu sedikit mengenai program realiti tv yang sedang dimainkan di saluran AXN (Saluran 701, AXN HD - 720) iaitu Apprentice Asia. Apprentice Asia ini merupakan sebuah program realiti tv dimana mencari bakat seorang perantis untuk mentadbir sesebuah syarikat. Apprentice Asia ini adalah merupakan copyright daripada sebuah program realiti tv yang famous yang dimiliki oleh jutawan terkenal iaitu Donald Trump. Apprentice ini merupakan hasil idea yang dilakukan oleh Donald Trump untuk mencari seseorang yang sesuai untuk bekerja dengan mereka. Begitulah juga dengan Apprentice Asia ini dimana selaku bos yang besar iaitu Pengarah Urusan Syarikat Penerbangan Tambang Murah Air Asia iaitu Datuk Tony Fernandes. Datuk Tony Fernandes akan mencari seseorang yang berkemampuan dan memiliki gaya dan kehebatan dalam bekerja dengan beliau dalam Air Asia nanti. Seramai 12 perantis yang bersaing dalam mengekalkan kedudukan dalam Apprentice Asia ini namun hanya seorang sahaja yang layak ditabalkan sebagai Juara Apperentice Asia musim pertama.Dalam kalangan 12 orang perantis itu terdapat perantis daripada Malaysia, Filipina, Singapura, Indonesia, China dan juga India serta Thailand.

Itu serba sedikit mengenai latar belakang Apprentice Asia. Seperti yang kita sudah tahu, dua orang yang telah dipilih oleh Datuk Tony untuk berentap di final Apprentice Asia iaitu Jonathan daripada Filipina dan Andrea daripada Singapura. Kedua-dua merupakan perantis yang hebat dan telah menewaskan 10 orang perantis yang lain dalam mengekalkan dalam kedudukan Apprentice Asia tersebut.


Memandangkan tajuk dah terang tang-tang..so aku nak cerita la mengenai Jonathan. Jonathan merupakan seorang perantis dari Filipina dimana dia seorang yang bersemangat dan sesuai untuk diambil bekerja dalam pengurusan AirAsia (sesuka aku jer kan memilih orang..hahaha..) Beliau nama sebenar Jonathan Allen Yabut  berumur 27 tahun dan berasal daripada Filipina. Beliau merupakan pemegang Sarjana Sains dalam Ekonomi di Universiti Filipina.Yelah, kalau korang tengok daripada episod pertama sampailah episod 9 telah menampakkan seorang juara untuk musim pertama ini. Aku bukanlah bias kerana aku lelaki dan aku pilih lelaki sebagai juara. Namun dengan kehebatan dan memiliki sifat kepimpinan yang baik mampu menjulang nama Jonathan sebagai juara Apperentice Asia pertama. Aku rasa Jonathan lagi layak untuk merangkul juara itu kerana Datuk Tony sendiri berasa yakin untuk mengambil Jonathan bekerja dengan beliau.

Aku tak cakap si Andrea daripada Singapura tu takleh menang, dia pon hebat jugak dan mampu jadi saingan dalam pemilihan juara Apprentice Asia, cuma beliau kekurang pengalaman dalam mengurus sesebuah, namun jika diberikan peluang, mungkin Andrea akan mengambil peluang ini dan membanggakan Datuk Tony.

Memandangkan Apprentice Asia akan melabuhkan tirainya pada minggu hadapan, aku akan memilih terus Jonathan sebagai juara Apprentice Asia yang pertama. Dia lebih layak kerana mempunyai pengalaman dalam bidang yang diceburinya, mana tahu mungkin akan membanggakan pengurusan AirAsia.Apa-apa pon goodluck untuk korang berdua yer..Datuk Tony Fernandes tahu pilihan beliau adalah pilihan yang terbaik...

Teringin gak nak masuk Apprentice nih,cam best jer..mana tau dapat peluang yang hebat camne,insyallah rezeki nanti :)


terima kasih kerana sudi membaca entri ini

21 July 2013

Bank Islam Mengekalkan Kembali RM10 Akaun Simpanan

21 July 2013 / 8:07 pm / 2 Comment

Salam semua, dah siap berbuka..Alhamdulilah syukur kerana dapat melaksanakan ibadah puasa dah masuk hari ke-12. Tinggal beberapa minggu je lagi bulan Ramadan akan meninggalkan kita. Rasa sayu asenya bile BULAN RAMADAN akan meninggalkan kita, ye la setahun sekali kita berpuasa, melakukan solat terawih dan sebagainya. So insyallah, kita harap dapat isi pengisian Ramadan yang selebihnya dengan amalan-amalan yang diterima oleh ALLAH SWT..Insyallah :)

Okeylah, hari ni aku nak cerita sedikit mengenai isu polisi yang pasal RM50 dalam BANK ISLAM tu, hari ni memang ternyata pihak BANK ISLAM telah mengubah polisi daripada RM50 kepada RM10 dalam akaun simpanan dalam bank. Terkejut gak aku tengok, tapi ALHAMDULILAH, nampaknya pihak BANK ISLAM telah mengambil pendekatan mendengar masalah yang dirunguti oleh pelanggan beliau melalui FB.


Sebenarnya aku saje je nak test dapat keluarkan ke x duit RM50 dalam bank tu, tapi sek baik la mesim ATM tu berbunyi untuk mengeluarkan duit dan tiada lagi tertera dekat screen ATM " BAKI ANDA TIDAK MENCUKUPI" hahahaha..seronok giler asenya bile dapat keluarkan duit RM50..poyo kan aku, padahal RM50 je pon, bukannya RM5000..hahahaha..

Aku rasa ,orang lain pon dh boleh asenya mengeluarkan duit masing-masing dan boleh la nak tinggal bpe dalam akaun tu..So, isu pasal polisi ini sudah selesai :)

Okeylah,saje je nk post pasal ni,,nak update pasal ni tuk korang sumer...bye..jgn lupa solat terawih yer..hahaha..Assalamualaikum


terima kasih kerana sudi membaca entri ini

20 July 2013

Polisi Baru Bank Islam : Minimum RM50 Akaun Simpanan

20 July 2013 / 9:54 pm / 44 Comment

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua, apa khabar yer, diharap korang sumer sihat-sihat belaka la yer kehendakNya. Sudah lama aku tidak mengupdate blog ini kerana aku terlalu busy sedikit dan faktor kemalasan jugak menjadi faktor utama untuk online..hehehe.Hari ni aku ada satu isu yang mana mungkin korang dah tahu dan ada yang belum tahu lagi.
Isu yang aku nak utarakan ini adalah mengenai polisi baru Bank Islam Malaysia Berhad dimana telah menyelaraskan dengan meminimumkan RM50 dalam akaun simpanan dalam bank tersebut. 
Aku sebenarnya terkejut jugak dengan polisi yang dikeluarkan oleh BANK ISLAM ini, patutla baru ini aku hendak draw my money dalam bank namun mesim ATM tu berkata " BAKI TIDAK MENCUKUPI"..Terkejut kot, tetiba jer kata baki tidak mencukupi padahal aku dah check baki akaun tu, elok jer RMXX tapi biler nak keluarkan tak boleh..aku pon jadi hairan la, mula la pikir yang bukan bukan..ish2.. 
So, lepas jer aku pergi ATM pajak Gadai BANK ISLAM, aku cuba pulak kat ATM MAYBANK, kot2 la dapat, mungkin ATM kat pajak gadai tu takde duit ker..maklumla, time tu kan time cuti, so taktau la ada duit ke x dalam mesin ATM tu, lepas jer aku masukkan pin dalam ATM tu terus aku nak keluarkan duit yang aku mahu, namun mesim ATM tersebut jugak mengeluarkan "BAKI TIDAK MENCUKUPI" erghhhh tension aku asenya, mana taknya dah la aku urgent nak guna duit tu, dah jadi camne, terus jer aku bad mood. 
Ape lagi aku terus g serang bank ISLAM keesokannya, so aku pon try la sekali lagi masukkan kad dalam ATM mesin tu, so, biler nak keluarkan masih keluar jugak BAKI TIDAK MENCUKUPI, so bukan aku sorang jer jadi cmni, so makcik kat sebelah aku pon turut alami masalah yang sama dengan aku, so biler jer dye minta bantuan pegawai keselamtan tu, barulah aku tahu yang BANK ISLAM sekarang telah menyelearskan meminimumkan setiap akaun simpanan hendaklah RM50.So dah tahu perkara sebenarnya aku terus jer balik..so xleh nak buat ape da....naik angin punya pasal..terus update status kat FB..sorry yer BANK ISLAM :)
So begitulah cerita aku, nak dikatakan cerita jugak, aku pon terus bukak FB BANK ISLAM, berlambak dengan post-post dari pelanggan bank tersebut dengan tidak berpuashati apabila adanya polisi macam ini. Disini aku leh sertakan beberapa komen oleh pelanggan itu :) (nak tengok dengan jelas, klik setiap gambar)

 


Majoriti yang post adalah student u dimana ye la sekarang kan musim perayaan, so diorang pon nak guna duit gak untuk perbelanjaan mereka nanti.

Sebenarnya, sepatutnya pihak pengurusan BANK ISLAM kenalah memberitahu kepada semua pelanggan mereka dimana dengan mengeluarkan polisi seperti ini tidaklah kami berpikiran bukan-bukan, dan apabila aku menulis pasal isu ini, bukanlah aku nak memburukkan mengenai BANK ISLAM, namun sekadar untuk meluahkan isi hati aku sebagai seorang pengguna/pelanggan bank tersebut. Apabila adanya maklumbalas dan jugak penerangan daripada pihak bank mungkin dapat menjernihkan keadaan dan memulihkan balik nama bank itu. Aku rasa mungkin nama BANK ISLAM mungkin tercalar sedikit dengan isu ini, namun aku juga denganr sekarang pihak pengurusan dah menarik balik isu polisi minimum RM50 dalam akaun itu kepada minimum RM10. So kalau lah betul, Alhamdulilah, akhirnya pihak pengurusan tahu mengenai maklumbalas pihak pelanggannya.

Okeylah sampai disini sahajalah coretan aku kali ini, so aku tak memperbesarkan mengenai isu ini kan tak pasal-pasal aku kena SAMAN gara-gara keluarkan kenyataan yang tidak sepatutunya, apa-apa pon harap semua dapat diselesaikan dengan cara yang baik.

Salam Ramadan :)


terima kasih kerana sudi membaca entri ini

13 July 2013

Contoh Wang Kertas Negara di Dunia (Siri 1)

13 July 2013 / 1:27 am / Comment

Assalamualaikum semua, apa habaq...semoga semua sihat-sihat yer dalam BULAN yang penuh KEBERKATAN ini yer..Alhamdulilah,..nampaknya kita usudah memasuki puasa pada hari ketiga dengan baiknya.Insyallah diharap puasa kita diterima oleh Allah SWT :)

Baiklah, hari ni aku nakcerita sedikit mengenai wang kertas. Tentu korang tahu kan wang kertas tu ape.hehe..so wang kertas tu adalah duit kertas yang bernilai untuk membeli sesuatu barang..ade paham??..baguih..Aku telah melakukan penyelidikan..wah..ayat gratis gitu..so aku google jer nak cari contoh-contoh wang kertas setiap negara yang ada dalam dunia ni, memang tidak dinafikan aku sememangnya suka mencari sesuatu yang mencabar dan advance bagi aku kerana aku ni jenis suka benda yang ingin aku tahu dan paham. So memandangkan aku dah google..akhirnya jumpa gak kesemua jenis wang kertas yang ada di setiap negara. Laman web CURRENCY MUSEUM merupakan tempat aku mencilok n meminjamkan gambar untuk aku mengupdate pasal hari ni.

Okeylah, memandangkan tengok tajuk pon dah baik dan ada siri bahagian, yang ini adalah siri pertama untuk aku tunjukkan contoh wang kertas ada dalam negara di dunia ini. Untuk siri kedua dan seterusnya nanti aku akan update dari semasa ke semasa. Eloklah korang tengok dahulu yer bahagian pertama ini.

Setiap negara berlainan wang kertas kerana kalu dah sama tak dela ciri-ciri sesebuah negara itu..betul tak?? so setiap negara ada ciri wang kertas masing-masing yang penting semua ada nilai.

Di bawah ni aku ada lampirkan beberapa wang kertas yang dapat aku lampirkan untuk siri bahagian pertama ini (klik gambar untuk melihat gambar dengan besar dan jelas)

Afganistan
Albania


Algeria

Angola

Argentina

Armenia

Aruba

Austria

Azerbaijan

Bahamas

Bahrain

Barbados

Belarus

Belgium
Australia

Belize

Bermuda

Bhutan

Bolivia

Brazil

Brunei

Bulgaria

Burundi












































































Cantik kan jenis-jenis wang kertas yang dikeluarkan oleh setiap negara. Memang berbeza dan masing-masing ada ciri-ciri masing masing dalam wang kertas mereka.Nantikan siri kedua untuk contoh wang kertas ini yer :)


terima kasih kerana sudi membaca entri ini

11 July 2013

MP3 : Amylea - Seperti Dia (OST Ramadan Yang Hilang)

11 July 2013 / 2:50 pm / Comment


Bagi sesiapa yang menonton Samarinda TV3 yang bertajuk Ramadan Yang Hilang, tentu korang dah sebati dengan lagu dari penyanyi kecil molek ini iaitu Amylea. First time aku dengar lagu ni memang best dan menarik minat aku untuk mencari kat YOUTUBE dan 4SHARED. So aku jumpa kat YOUTUBE jer kat 4SHARED xjumpa, apa lagi, download jer terus pastu convert trus ke MP3. Senang kan keje. So kat sini aku akan kongsikan link untuk download lagu ini untuk korang sumer..(pada sesiapa yang berminat sahaja..hehehe). Lupa lak nak bagitahu tajuk lagu ni seperti yang tertera diatas.ehehe..lagu dia bertajuk Seperti Dia

Kat bawah ni jugak aku kongsikan lirik lagu ni, mana tau kan korang nak menyanyi, karok.hehehe..Apa-apa pon jangan over tau..puasa tu jangan lupa..kang xpasal menyanyi..pastu dahaga..so jgn berbuka yer..tunggu sampai waktu berbuka menjelma.

Lirik lagu Seperti Dia - Amylea :


Ku lakukan semua hanya untukmu 
Biar kau tak mengerti apa maksudku 
Namun masa terlalu singkat 
Untuk aku buktikan padamu 
Untukku... buktikan padamu 

Ku jejak tiap haluan dia tuju 

Kerna ku hanya mahu menjadi seperti dia 
Ku harap malam tak muncul bintang 
Kerna mereka tahu aku tak sama 

Ku harap malam tak muncul bintang 

Kerna mereka tahu aku tak sama 
Jalani hidupku jadi dirimu 
Mencari sesuatu yang pernah hilang 
Namun hidup terlalu singkat 
Untuk aku buktikan semua 
Untukku... buktikan semua

Download MP3 " Seperti Dia"


terima kasih kerana sudi membaca entri ini

10 July 2013

Diari Ramadan BLC : Ramadan Pertama

10 July 2013 / 11:00 pm / Comment


Alhamdulilah, hari ni sempurnalah kita berpuasa pertama bulan Ramadan Al-Mubarak ini. Memang tidak dinafikan aura Ramadan belum lagi merasai kerana masih awal, namun aku dah rasa kepenatan sedikit demi sedikit.hehehe..Tapi aku bersyukur kerana masih diberikan panjang umur dan diberikan kesihatan yang baik dalam melakukan ibadah puasa ini. Syukur kepadaMu Ya Allah.

Okeylah, meh aku nak kongsikan cerita Ramadan Pertama BLC. Alhamdulilah, semalam sahur bersama family yang tersayang, dengan menjamah sedikit makanan sahaja kerana mata mengantuk giler..Ya Allah hanya Tuhan sahaja yang tahu. Apa-apa pon mom thanks ea masakkan daging goreng kunyit dan daging goreng singang untuk juadah bersahur. Kitorang makan ala kadar jer untuk alaskan perut supaya tidak terlalu lapar nanti. Aku orang first yang siap makan, sebab aku nak cepat-cepat tuk tidur balik.hahaha.mengantuk..maklumla..makan dah kenyang so mata pon dah kuyup, bantal pon dah memangil, so apa lagi..terus jer pergi tido balik kat tilam yang empukkk..

Tapi, beberapa minit jer sempat tidur, sebelum aku meneruskan solat Subuh. Selesai jer solat subuh terus tidur balik..tut.tut..pukul 12.00tghhari bangun..hahaha..dahsyat kan anak teruna sorang nih.hahaha..maklumla..apa-apa pon, lepas jer bangun apa lagi mandi la..segarkan badan nih,xnak lemau-lemau,sebab hari masa panjang, nak tunggu berbuka pon lambat lagik..

Lebih kurang pukul 3.00ptg, my sister ajak pergi bank tuk urusan bank jap, so follow dyer, n tlg drive kat dye sebab dye skrg sedang mengandung anak kedua, so kena jaga elok2. wah..tak sabarnya nak menanti anak buah yang kedua nih,hehehe..my mom dan dad pon xsabar nk menantikan cucu yang keduanya. Lepas jer urusan selesai kat Maybank TM, kitorang gerak ke pasaraya Beegar, tuk beli bahan-bahan tuk popia bersalut nestum.sedapp kan.hahaha..lepas jer sebu kat BEEGAR, kitorang serbu ANEKA lak kerana ada bahan yang tak cukup. Agak lama gak kitorang keluar, dah pukul 5.30 cmtue kitorang balik rumah, ye la, masa tu la dapat tolong my mom masak Nasi Minyak untuk juadah berbuka puasa nanti. Selain itu, kitorang sempat gak tolong buat kuih Onde-Onde.sedapppp..


So, masa yang ditunggu telah pon tiba, so kitorang berbuka dengan sederhana sahaja, dan Alhamdulilah semua selamat menunaikan ibadah puasa untuk hari pertama,

Apabila perut kenyang, mata pon mula la mengantukkkk..hahaha...sampai tak pergi solat terawih malam kedua nih..ase menyesal tak dapat pergi kerana terlelap. Tapi aku berniat untuk meneruskan solat terawih pada malam ketiga nanti..Insyallah :)
Begitulah cerita aku untuk Ramadan Pertama, biasa-biasa je..hehehe..apa-apa pon aku nak ucapkan selamat berpuasa dan selamat menjamu selera semasa sahur/berbuka...jangan makan banyak sangat nanti tak larat nak pergi solat Terawih..jangan jadi macam saya..hahahaha...


terima kasih kerana sudi membaca entri ini

9 July 2013

Resepi : Biskut Tart Nenas

9 July 2013 / 1:45 pm / Comment


Assalamualaikum tuan-tuan dan puan-puan, hari ni Chef BLC nak kongsikan satu resepi biskut yang menjadi wajib dan famous dimakan pada hari raya AidilFitri nanti, nama biskut ni Biskut Tart Nenas. Biskut Tart Nenas ni menjadi favourite Chef BLC yang wajib dibuat setiap hari raya bakal menjelma, so Chef BLC nak kongsikan kepada anda semua resepi biskut ini, nant jangan lupa kalu dh menjadi hantar kat rumah Chef BLC ea...hehehe 

Nah ini lah resepinya















...................................................................................................................................................................
Bahan-Bahan :

  • 60 gm butter
  • 190 gm majerin
  • 70 gm gula halus
  • 1 biji kuning telur
  • 1 s/k esen vanilla
  • 350 gm tepung gandum
  • 50 gm tepung jagung

...................................................................................................................................................................
Jem Nenas :

  • 1 biji nenas ( blend dan masak sampai pekat baru + gula)
  • 1/2 cawan air
  • 1 cawan gula

...................................................................................................................................................................
Bahan Glaze/pengilat :

  • 2 kuning telur
  • 2 s/kecil air
  • pewarna kuning

...................................................................................................................................................................
Cara-Cara : 
  1. Gaulkan butter,majerin dan gula supaya rata.
  2. Masukkan kuning telur dan esen vanilla dan gaul sehingga rata
  3. Masukkan tepung gandum dan tepung jagung yg telah diayakkan.
  4. Gaulkan sehingga rata dan sebati.
  5. Gunakan acuan Nestar dan pamkan adunan.
  6. Kepalkan jem nenas sebesar biji kurma. 
  7. Letakkan jem nenas diatas adunan dan gulungkan.
  8. Sapukan dengan bahan glaze tadi.
  9. Bakar dalam oven suhu 180'C sehingga kuning keemasan atau masak dalam 20 minit.
  10. Bila telah masak, sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara
...................................................................................................................................................................


terima kasih kerana sudi membaca entri ini

Ramadan Datang Lagi

/ 1:27 pm / 4 Comment


Alhamdulilah kalu tiada apa-apa esok kita akan berpuasa untuk tahun 1434Hijrah. Rasa macam tidak percaya jer kedatangan bulan yang penuh dengan pahala dan rahmat iaitu Ramadan akan menjelma esok. Aku bersyukur kerana diberikan kesihatan yang baik untuk meneruskan kehidupan dan menyambut bulan Ramadan kali ini dengan penuh ketakwaan.

Tentu korang sudah bersediakan untuk menyambut bulan yang penuh keberkatan ini kandan segala persiapan telah pon dilakukan untuk menyambut Ramadan kali ini. Alhamdulilah, aku kali ini berpuasa bersama family yang tersayang dan sederhana sahaja. Sememangnya aku tidak sabar untuk menantikan kedatangan bulan Ramadan kali ini kerana aku ingin berpuasa dengan sebaik-baiknya dan lebih baik daripada tahun lepas.hehehe..

Memandangkan esok dah start bepruasa , maka malam ini bermulalah Solat Terawih. Solat terawih ni banyak pahalanya dan hanya bulan Ramadan sahaja yang ada solat Terawih ini. Aku juga berharap aku dapat menunaikan solat Terawih kali ini dengan penuh sekali. Nanti aku akan update pasal kelebihan setiap malam bagi solat Terawih, nanti korang boleh tambahkan pengetahuan korang kan :) beramal

Dengan kehadiran bulan Ramadan ini juga, maka banyaklah Pasar Ramadan menjual makanan yang memang begitu menyelerakan, ada yang membeli sampai tak ingat dunia dan juga ada yang membeli memang takkan sampai nak makan,. buang begitu jer...tapi sebaik-baiknya kita hendaklah tidak digalakkan membazir dalam bulan Ramadan ini, kita haruslah membeli apa yang patut sahaja dan sekadar untuk mengenyangkan perut, jangan membeli kerana nafsu.Memang tidak dinafikan , bile jer pergi pasar Ramadan, memang banyak jenis aneka lauk pauk, kuih muih yang sedap, hehehe..ingat beli yang patut je dan apa yang nak makan untuk berbuka jer ye..hehehe..nasihat untuk diri sendiri jugak :p

Apa-apa pon, semoga kita dapat menunaikan kewajipan kita dalam menunaikan ibadah puasa ini dengan penuh keredhaan dan ketaqwaan daripada Allah SWT..Insyallah :)
Salam Ramadan Al-Mubarak semua follower blog ini yer :)


terima kasih kerana sudi membaca entri ini

8 July 2013

Kasih Seorang Ibu

8 July 2013 / 8:00 pm / 6 Comment


Alhamdulilah, diberi kesempatan lagi untuk meneruskan hidup di muka bumi Allah SWT ini dan juga dapat mengupdate kat blog yang tercinta ini. Hari ni aku nak cerita satu situasi dimana aku alami sendiri.

Petang semalam, lebih kurang pukul 5.30 petang, aku menemani ibuku dan juga adik bongsu aku ke hospital untuk melihat kawan ibuku yang telah selamat melahirkan anaknya. Alhamdulilah, syukur semuanya selamat. Setelah sampai di Hospital Tanah Merah, kami terus mencari katil dimana kawan ibuku itu menginap. Akhirnya kawan ibuku iaitu (Saryati) itu telah menegur umiku semasa proses keluar wad setelah melahirkan anak tersebut.

Banyak prosedur menandatangani borang yang aku tengok masa kejadian itu. Ibuku menolong membawa segala dokumen itu kerana Pn.Sayati tu sedang memangkul anaknya dalam pangkuannya itu. Aku sebenarnya agak tidak selesa sangat dengan keadaan mana-mana hospital, entahla dari dulu lagi aku tidak suka bau hospital ni kerana agak meloyakan bagi aku. Aku pon taktahu asal jadi camni.

Setelah siap proses dokumen untuk keluar, segera Pn.Saryati tu pergi ke katilnya dan menunggu orang ambil. Lama gak menunggu dan kemudiannya hari pun hujan, sebab masa aku nak datang ke hospital tadi, hari dah gelap, dah mendung, memang nak hujan cuma tunggu nak turun je..akhirnya Alhamdulilah hujan membasahi bumi Tanah Merah.

Tak lama kemudiannya, ada seorang sepasang suami isteri dan anaknya datang menjenguk dan ingin membawa Pn.Saryati itu balik ke rumahnya, pastu aku baru tahu yang family itu merupakan family yang akan menjaga anak Pn.Yati itu selepas ini. Apabila aku tahu, terus hati aku tersentuh, Ya Allah, bagaimana hati seorang ibu setelah berpisah dengan anaknya yang baru lahir..Hanya Engkau yang mampu mengetahuinya Ya Allah. Dengan keadaan yang sedih, aku terpikir kenapa dia berbuat demikian, namun ibuku menceritakan bahawa Pn.Yati itu berbuat demikian kerana dia kesempitan untuk meneruskan kehidupan kerana suaminya tidak berada dirumah sekarang kerana entah ke mana, dan dia hanya ditemani oleh dua orang anaknya lagi.

Ya Allah besar pengorbanan seorang ibu yang berpisah dengan anaknya yang baru lahir itu, aku tak mampu berkata apa-apa hanya air mata yang mampu mengalir dari mata aku ini kerana aku tak pernah alami perkara ini di depan mata aku, selama ni aku hanya melihat kejadian seperti ini dalam tv sahaja, namun peristiwa ini berlaku depan mata aku. YA ALLAH :"(

Tapi, aku tahu apa yang dibuat Pn.Yati adalah untuk kebaikan anaknya yang baru lahir itu agar tidak mengalami kesusahan seperti mana yang dialaminya.

Alhamdulilah, dengan peristiwa itu banyak mengajar aku mengenal erti pengorbanan seorang ibu untuk anaknya..semoga Engkau permudahkan segala ketentuanMu Ya Allah


terima kasih kerana sudi membaca entri ini

6 July 2013

Pemakaian Pramugari & Penerbangan Seluruh Dunia

6 July 2013 / 3:44 am / 2 Comment

Alhamdulilah, hari ni aku nak citer sedikit dengan pemakaian pramugari/pramugara sesebuah penerbangan di seluruh dunia. Terdetik dihati nak update pasal ni, ye la,atleast aku dapat bagi info kat korang mengenai pemakaian pramugari penerbangan di seluruh dunia kan.

Anyway, semua gambar-gambar yang aku ambil ni adalah daripada PAKCIK GOOGLE IMAGES. So senang je la keje aku, lagipun memang berlambak gambar pramugari nih, nasib baik aku tak letak gambar yang sexy..hehehe..

Setelah aku perhatikan, memang berbeza giler cara pemakaian pramugari sesebuah penerbangan. Yela, mana leh sama, nanti bila dah sama cam xde identiti tuk sesebuah syarikat penerbangan pulak kan. Pelbagai pattern baju,corak, warna dan aksesori yang dipakai oleh setiap pramugari yang melayan semua pelanggan mereka di dalam pesawat.

Actually aku memang suka tengok cara penampilan pramugari, setakat ni ,aku dh tengok secara real pramugari AirAsia, masa tu nak berangkat ke Sarawak, so dapat la tengok pramugari AirAsia. Memang cantik giler, tak berkelip mata aku tengok pramugari tu. Semua comey lotey blako.hahaha.

Apa-apa pon ,korang leh tengok sendiri kat bawah ni, aku dh combine gambar-gambar pramugari lebih 48 jenis pemakaian pramugari yang ada diseluruh dunia. Hope korang enjoy ye..jgn pikir bukan2..hahaha..


Dulu teringin gak nak jadi pramugara tapi disebabkan ketinggian yang tidak mencukupi, so takdapat la aku nak jadi..huaaaaa..sedih kan..kalu tak, aku dah jadi pramugara yang hebat kot..berangannnnnnnn


terima kasih kerana sudi membaca entri ini

5 July 2013

Telenovela TV3 : Dahil May Isang Ikaw

5 July 2013 / 1:11 am / Comment

Dahil May Isang Ikaw adalah sebuah drama bersiri yang paling hebat dan terpenting di Filipina. Drama bersiri ini disiarkan oleh ABS-CBN dimana dibintangi oleh Lorna Tolentino, Gabby Concepcion, Kristine Hermosa, Jericho Rosales, John Estrada, Chin Chin Gutierrez, Karylle dan Sid Lucero.


Dengan penerbitan drama bersiri ini, maka peminat setia Kristine Hermosa dan Jericho Rosales dapat menonton kembali pasangan drama Filipina pilihan peminat ini berlakon bersama setelah lima tahun sudah tidak bergandingan dalam drama bersiri bersama. Sebelum drama bersiri ini, Jericho Rosales dan Kristine Hermosa telah digandingkan menerusi drama Sanay Wala Nang Wakas.


Drama Dahil May Isang Ikaw telah pun dicalonkan dalam 2010 International Emmy Awards dalam kateogri telenovela dan juga pelakon Sid Lucero dicalonkan bagi kategori Persembahan Pelakon Lelaki Terbaik, serta drama ini dicalonkan juga untuk drama siri terbaik dalam Emmy Awards.


Drama ini mempunyai sebanyak 105 episod. Pada permulaannya Astro Bella (saluran 133) telah pun menayangkan drama ini di saluran tersebut, sekarang pihak TV3 pula mengambil langkah menayangkan drama bersiri ini dimana ia mungkin akan menaikkan rating penonton dalam slot Telenovela di TV3.

  • Kristine Hermosa sebagai Angela "Ella" Alferos-Ramirez
  • Jericho Rosales sebagai Miguel Ramirez
  • Lorna Tolentino sebagai Tessa Ramirez
  • Gabby Concepcion sebagai Jaime Alferos
  • John Estrada sebagai Daniel Ramirez
  • Chin-Chin Gutierrez sebagai Patricia Aragon-Alferos
  • Karylle sebagai Denise Mae Alferos
  • Sid Lucero sebagai Alfred "Red" Ramirez/Pip

Berikut adalah synopsis untuk drama DMII :
Tessa Ramirez (Lorna Tolentino) adalah seorang peguam yang baik dan dihormati. Beliau telah banyak memenangi kes yang diambilnya terutama dalam kes-kes penderaan kanak-kanak. Bagi beliau sangat besar tanggungjawab dalam kes pencarian anak yang hilang. Sebelum beliau menjadi seorang peguam, beliau pernah menjadi rakan kongsi dengan Jaime Alferos (Gabby Concepcion) semasa di kolej pada tahun 1980. Mereka pada ketika itu bercinta dan Jamie telah berjanji kepada Tessa bahawa mereka akan berkahwin apabila beliau pulang dari Amerika setelah enam bulan untuk melanjutkan pelajarannya.  
Satu hari, ibu Jaime (Alicia Alonso) memberitahu kepada Tessa bahawa Jaime telah mempunyai hubungan sulit dengan wanita lain. Tessa kemudiannya menelefon Jaime untuk mengetahui hal yang sebenarnya namun panggilan tersebut telah pun diangkat oleh Patricia Aragon (Chin-Chin Gutierrez) dimana beliau mengesahkan hubungan dengan Jamie. Pada ketika itu, Tessa telah mengandung, dalam pada masa yang sama Daniel Ramirez (John Estrada) merupakan kawan kepada Tessa dan dalam diam dia menyukai Tessa dan sanggup menjadi suami dan bapa kepada anak yang dikandung oleh Tessa tersebut.  
Dalam keadaan yang tidak dijangka, anak perempuan Tessa iaitu Melisaa telah diculik oleh satu sindiket dimana motif adalah untuk menjadikan kanak-kanak sebagai buruh. Daniel telah cuba menyelamatkan Melissa daripada penjahat tersebut namun dalam pada masa yang sama lelaki tersebut telah menyuruh Daniel menyerahkan bayi tersebut atau Melissa akan mati. Tessa menyalahkan Daniel apabila dia kehilangan anak perempuannya.  
Selepas itu, Daniel berjanji dimana beliau akan memastikan Tessa akan mendapatkan pengajian undang-undang sehingga impian Tessa berjaya menjadi seorang peguam. Namun, Daniel kembali kepada kehidupan jenayah. Pada suatu hari, mereka melakukan rompakan bank dan dalam pada masa yang sama rakan rompakan beliau telah terbunuh semasa pergelutan berlaku dengan seorang pelanggan bank tersebut. Daniel terus membunuh pelanggan bank tersebut, dan pelanggan bank yang terbunuh itu adalah seorang pegawai kerajaan. Oleh itu, Daniel ditahan kerana pegawai kerajaan itu.  
Ella (kanak-kanak - Mika dela Cruz) (dewasa – Kristine Hermosa) seorang gadis yang mempunyai impian yang senang iaitu ingin disayangi oleh ibunya. Dia cuba membuat impiaanya menjadi kenyataan dengan menjatuhkan syiling satu peso ke dalam sungai. Dalam pada masa yang sama, dia melihat seorang budak yang bernama Miguel (kanak-kanak : Paul Salas) (dewasa : Jericho Rosales) ketika menaiki kapal tersebut. Ella meminta beliau untuk menjatuhkan duit syiling tersebut namun Miguel tidak mendengar dengan jelas. Kedua-dua mereka telah ditangkap oleh nelayan dimana menyuruh Miguel turun daripada kapal tersebut dan Ella serta ibunya dihukum kerana mencuri wang peso.  
Dalam pada itu, Pip (kanak-kanak : Nash Aguas) (dewasa : Sid Lucero) telah mencuri beg tangan seorang wanita kerana kelaparan. Kelakuan Pip tersebut telah dipengaruhi oleh bapa kandung sebelum ini. Miguel menasihati Pip supaya tidak melakukan perbuatan itu lagi. Miguel dan Pip bukan anak beradik kandung yang sebenarnya.  
Tessa memutuskan untuk membantu Miguel dalam mendapatkan Pip keluar dari penjara. Dengan pertolongan ini, Tessa merasakan dalam hatinya ia terlalu rapat dengan Miguel dan menganggap Miguel seolah-olah anaknya.  
Pip merasakan yang Daniel seolah-olah seperti ayahnya. Oleh itu, Pip keluar penjara, dan Tessa memutuskan untuk mengambil kedua-dua budak itu iaitu Miguel dan Pip sebagai anaknya. Berbanding dengan Jaimie mengambil masa yang lama untuk menanggap Ella sebagai anak angkatnya. Patricia dan Denise (Karylle) tidak suka terhadap Angela dan selalu mencederakan Ella. Namun ada situasi yang menjadikan Ella dan Denise menjadi kawan dan adik beradik dalam keluarga itu.  
Ella membesar dan menjadi seorang wanita muda yang cantik, dia merupakan seorang peguam yang berjaya. Dengan cita-citanya ini, pertemuannya dengan Miguel berlaku dimana kedua-dua mereka tidak menyangka menjadi antara pelajar yang terbaik yang mana Miguel memperolehi tempat pertama, dan Ella berada tempat kedua. Ella telah bertemu dengan Tessa dan memutuskan untuk menguruskan firma undang-undang. Lalu Tessa memberikan satu kes besar yang mana Tessa telah menguruskan kes tersebut. Tessa terkejut apabila mendapati nama terakhir pada cincin Ella adalah Jaime Alferos dan sekaligus merasakan yang Jaime Alferos itu adalah ayahnya Ella.  
Akhirnya Daniel keluar penjara dan dia kembali kepada perbuatan jahatnya. Daniel dan Patricia masing-masing merancang agar tidak kehilangan cinta mereka iaitu Jaime dan Tessa.Keadaan ini juga bakal berlaku dimana Denise dan Pip untuk meneruskan terhadap semua kemungkinan dalam pertukaran untuk cinta mereka.  
Kedua-dua keluarga mempunyai persengketaan. Permusuhan keluarga berlaku siebabkan cinta, penipuan dan semua kemungkinan. 

Haa..anda dah faham citer dye kan, memang best bile dapat memahami keseluruhan yang ringkas mengenai synopsis drama bersiri ini.


Apa-apa pon anda boleh meneruskan menonton drama bersiri ini menerusi slot Telenovela di TV3 pada setiap hari Isnin hingga Khamis pada pukul 3.00-4.00 petang.


terima kasih kerana sudi membaca entri ini

4 July 2013

AirAsia : BIG Card

4 July 2013 / 1:17 am / 3 Comment

Alhamdulilah,tengahhari semalam telah sampai dekat rumah aku, setelah hampir 2 minggu aku menunggu kad tersebut, Terima kasih dan aku turut puji dengan kecekapan pihak pengurusan BIG CARD dalam menjaga keutamaan pelanggan mereka.

Aku rasa gembira sebab, akhirnya kad yang aku tunggu-tunggu telah pon sampai ditangan aku sendiri, kekadang aku risau jugak kerana takut tidak sampai di rumah aku dan orang lain amek. Tapi Alhamdulilah, akhirnnya sampai jugak. Bila jer dapat kad BIG tersebut, terus aku aktifkan kad itu dan buat transaksi reload kat tersebut dengan melalui Bank Islam Banking.


Seperti yang tertera pada kertas dalam gambar kat atas tu, maximum purse limit adalah sebanyak RM4999.99. So setakat itu sahaja yang aku kena belanjakan duit tersebut. Hehehe..kan best kan kalu dpt guna cam kad kredit, g mane-mane srippp je..hahaha..tapi tak mampu nak ada kad kredit skrg, so kena blja bersungguh-sungguh, keje elok2 pastu guna la nak guna kad kredit ker,kad debit ker..hahaha..

Banyak faedah bila korang buat kad BIG ni, antaranya adalah salah satu dapat menempah tiket penerbangan secara percuma dengan mata point yang mencukupi. Ala dia kira cam sama program pemasaran dari mana-mana perniagaan, kalu nak staykan pelanggan dye dan kekalkan pelanggan, so diorang buatlah cara camni. Tapi aku puji la dengan adanya kad BIG ni, kita leh kumpulkan mata point sama ada melalui pembelian barang dan sebagainya di kedai-kedai yang terpilih sahaja. Selain itu, kita juga dapat mengumpul mata melalui pembelian tiket penerbangan AirAsia.

So, apa tunggu lagi, korang leh buat permohonan dalam mendapatkan kad BIG ini, yuran penyertaan akan dikenakan sebanyak RM10.00 dan yuran tahunan pula akan dikenakan sebanyak RM5.00 setahun. Nanti banyak faedah yang korang akan dapat tau. Cam promoter lak.hehehe..kalau korang nak buat permohonan nah aku bagi link kat bawah ni, t ikut jer prosedur yang telah ditetapkan :)

Permohonan Big Card

Okeylah sampai disini sahajalah aku nak mencoret blog kali ni, aku nak sambung tengok citer RUNNING MAN lak..apa-apa pon jangan lupa komen dan kalu ada apa-apa yang tak paham ker, korang leh emel jer kat blog ni ataupon komen disini, Insyallah aku akan membalas komen tersebut yer :)

Peaceee..Assalamualaikum


terima kasih kerana sudi membaca entri ini

3 July 2013

Yeon Jung-hoon (Min Tae-Yeon : Vampire Prosecutor 1 & 2)

3 July 2013 / 8:04 pm / Comment


Yeon Jung Hoon dilahirkan di Korea Selatan pada 6 November 1978. Beliau merupakan seorang actor Korea Selatan. Beliau berjaya menaikkan namanya melalui kemunculan dalam drama East of Eden (2008). Seterusnya, beliau berlakon dalam drama sejarah Jejungwon (2009) dan sekarang popular menerusi drama bersiri Vampire Prosecutor (2011-2012).

Selain pelakon, beliau juga merupakan seorang pengacara program TV. Beliau mengacarakan program tv yang berbentuk majalah automobile iaitu Top Gear versi Korea.


Yeong Jun Hoon telah berkahwin dan wanita pilihan hatinya adalah pelakon wanita Han Ga-In.


Berikut adalah senarai drama yang dilakonkan oleh Yeong Jung-Hoon :
(2013) : I Summon You, Gold!
(2012) : Vampire Prosecutor 2
(2012) : Can Love Become Money
(2011) : Vampire Prosecutor
(2009) : Jejungwon
(2009) : Dream
(2008) : East of Eden
(2005) : Sad Love Story
(2004) : Love is All Around :
(2004) : Snow White : Taste Sweet Love
(2003) : Yellow Handkerchief :
(2003) : A Problem at My Younger Brother’s House
(2002) : Vienna, Like Coffee
(2000) : Nonstop
(1999) : Wave
Selain drama, beliau juga turut membintangi filem, antara filem dibintanginya adalah :
(2010) : Sweet Dream
(2005) : Love in Magic
(2005) : Daddy Long-Legs
(2001) : My Wife is A Gangster
Disini, aku lampirkan beberapa wallpaper yang korang leh tengok yer..



terima kasih kerana sudi membaca entri ini

Pelawat Blog

Flag Counter
COPYRIGHT@Segala apa yang tercatat dalam blog ini adalah hak milik saya..DI LARANG MENYALIN TANPA KEBENARAN