Alhamdulilah kalu tiada apa-apa esok kita akan berpuasa untuk tahun 1434Hijrah. Rasa macam tidak percaya jer kedatangan bulan yang penuh dengan pahala dan rahmat iaitu Ramadan akan menjelma esok. Aku bersyukur kerana diberikan kesihatan yang baik untuk meneruskan kehidupan dan menyambut bulan Ramadan kali ini dengan penuh ketakwaan.
Tentu korang sudah bersediakan untuk menyambut bulan yang penuh keberkatan ini kandan segala persiapan telah pon dilakukan untuk menyambut Ramadan kali ini. Alhamdulilah, aku kali ini berpuasa bersama family yang tersayang dan sederhana sahaja. Sememangnya aku tidak sabar untuk menantikan kedatangan bulan Ramadan kali ini kerana aku ingin berpuasa dengan sebaik-baiknya dan lebih baik daripada tahun lepas.hehehe..
Memandangkan esok dah start bepruasa , maka malam ini bermulalah Solat Terawih. Solat terawih ni banyak pahalanya dan hanya bulan Ramadan sahaja yang ada solat Terawih ini. Aku juga berharap aku dapat menunaikan solat Terawih kali ini dengan penuh sekali. Nanti aku akan update pasal kelebihan setiap malam bagi solat Terawih, nanti korang boleh tambahkan pengetahuan korang kan :) beramal
Dengan kehadiran bulan Ramadan ini juga, maka banyaklah Pasar Ramadan menjual makanan yang memang begitu menyelerakan, ada yang membeli sampai tak ingat dunia dan juga ada yang membeli memang takkan sampai nak makan,. buang begitu jer...tapi sebaik-baiknya kita hendaklah tidak digalakkan membazir dalam bulan Ramadan ini, kita haruslah membeli apa yang patut sahaja dan sekadar untuk mengenyangkan perut, jangan membeli kerana nafsu.Memang tidak dinafikan , bile jer pergi pasar Ramadan, memang banyak jenis aneka lauk pauk, kuih muih yang sedap, hehehe..ingat beli yang patut je dan apa yang nak makan untuk berbuka jer ye..hehehe..nasihat untuk diri sendiri jugak :p
Apa-apa pon, semoga kita dapat menunaikan kewajipan kita dalam menunaikan ibadah puasa ini dengan penuh keredhaan dan ketaqwaan daripada Allah SWT..Insyallah :)

Salam Ramadan Al-Mubarak semua follower blog ini yer :)
salam ramadan..:)
ReplyDeletesalam ramadan jugak :)
DeleteMarhaban ya Ramadhan, malam ni bermulalah perjalanan ibadah di bulan yg penuh mulia ini.
ReplyDeletesalam ramadan teena :)
Delete