Alhamdulilah, hari ni sempurnalah kita berpuasa pertama bulan Ramadan Al-Mubarak ini. Memang tidak dinafikan aura Ramadan belum lagi merasai kerana masih awal, namun aku dah rasa kepenatan sedikit demi sedikit.hehehe..Tapi aku bersyukur kerana masih diberikan panjang umur dan diberikan kesihatan yang baik dalam melakukan ibadah puasa ini. Syukur kepadaMu Ya Allah.
Okeylah, meh aku nak kongsikan cerita Ramadan Pertama BLC. Alhamdulilah, semalam sahur bersama family yang tersayang, dengan menjamah sedikit makanan sahaja kerana mata mengantuk giler..Ya Allah hanya Tuhan sahaja yang tahu. Apa-apa pon mom thanks ea masakkan daging goreng kunyit dan daging goreng singang untuk juadah bersahur. Kitorang makan ala kadar jer untuk alaskan perut supaya tidak terlalu lapar nanti. Aku orang first yang siap makan, sebab aku nak cepat-cepat tuk tidur balik.hahaha.mengantuk..maklumla..makan dah kenyang so mata pon dah kuyup, bantal pon dah memangil, so apa lagi..terus jer pergi tido balik kat tilam yang empukkk..
Tapi, beberapa minit jer sempat tidur, sebelum aku meneruskan solat Subuh. Selesai jer solat subuh terus tidur balik..tut.tut..pukul 12.00tghhari bangun..hahaha..dahsyat kan anak teruna sorang nih.hahaha..maklumla..apa-apa pon, lepas jer bangun apa lagi mandi la..segarkan badan nih,xnak lemau-lemau,sebab hari masa panjang, nak tunggu berbuka pon lambat lagik..
Lebih kurang pukul 3.00ptg, my sister ajak pergi bank tuk urusan bank jap, so follow dyer, n tlg drive kat dye sebab dye skrg sedang mengandung anak kedua, so kena jaga elok2. wah..tak sabarnya nak menanti anak buah yang kedua nih,hehehe..my mom dan dad pon xsabar nk menantikan cucu yang keduanya. Lepas jer urusan selesai kat Maybank TM, kitorang gerak ke pasaraya Beegar, tuk beli bahan-bahan tuk popia bersalut nestum.sedapp kan.hahaha..lepas jer sebu kat BEEGAR, kitorang serbu ANEKA lak kerana ada bahan yang tak cukup. Agak lama gak kitorang keluar, dah pukul 5.30 cmtue kitorang balik rumah, ye la, masa tu la dapat tolong my mom masak Nasi Minyak untuk juadah berbuka puasa nanti. Selain itu, kitorang sempat gak tolong buat kuih Onde-Onde.sedapppp..
So, masa yang ditunggu telah pon tiba, so kitorang berbuka dengan sederhana sahaja, dan Alhamdulilah semua selamat menunaikan ibadah puasa untuk hari pertama,
Apabila perut kenyang, mata pon mula la mengantukkkk..hahaha...sampai tak pergi solat terawih malam kedua nih..ase menyesal tak dapat pergi kerana terlelap. Tapi aku berniat untuk meneruskan solat terawih pada malam ketiga nanti..Insyallah :)
Begitulah cerita aku untuk Ramadan Pertama, biasa-biasa je..hehehe..apa-apa pon aku nak ucapkan selamat berpuasa dan selamat menjamu selera semasa sahur/berbuka...jangan makan banyak sangat nanti tak larat nak pergi solat Terawih..jangan jadi macam saya..hahahaha...
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...Dah siap baca entri? Nanti jangan lupa komen yer :)
Terima kasih banyak-banyak !!!