27 July 2013

Debaran Keputusan Peperiksaan Semester 6

27 July 2013 / 12:30 am / Comment

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Hari ni aku nak kongsikan satu perasaan yang memang aku dah lalui sepanjang 5 semester yang lalu iaitu menunggu keputusan peperiksaan semester. Memang setiap sem akan lalui lah perasaan yang bercampur bau nih. Ya Allah memang gementar giler kerana aku takut ada sebarang paper yang tidak lepas. Ya Allah Permudahkanlah urusan dan berikanlah hambaMu ini memperolehi keputusan yang baik dan semua lulus dengan cemerlang..Amin

Esok iaitu 28hb Julai 2013 maka keputusan peperiksana untuk Semester Kedua 2012/2013 akan keluar dekat Portal pelajar masing-masing. Mungkin result akan keluar pada pukul 3.30petang seperti biasa. Memang time nilah semua duk debar (dap dup dap) menanti keputusan yang akan keluar di portal masing-masing.


Aku sebenarnya agak risau sedikit dengan keputusan peperiksaan kali ini kerana aku tidak berapa yakin dengan paper pengiraan iaitu paper Asas Kewangan dimana aku hampir keseluruhan tembak dengan jawapan yang mengarut. Lebih kurang 80 soalan diberikan masa exam tersebut, namun memandangkan aku memang tidak boleh jawab kesemua, hampir 50 soalan aku jawab dan tembak jawapan sendiri. Itulah yang menyebabkan aku terlalu nervous dan risau sekali. Aku tidak mahu mengambil kali kedua untuk paper pengiraan Kewangan ini. Cukuplah hanya semester lepas sahaja aku mengakhiri paper pengiraan ini. Aku berharap aku dapat lulus dengan cemerlang.

Alhamdulilah, carrymark pon aku dah dapat, dan hanya 6 markah sahaja aku perlukan untuk lulus dan dapat gred C, namun kalau boleh aku nak dapatkan gred B ke atas kerana apabila dapat gred C ia akan turut menjejaskan pointer kita, sekarang ini aku hanya mampu berserah kepada Allah SWT :) Dia Maha Mengetahui

Insyallah nanti aku akan update mengenai keputusan yang aku bakal dapat nanti esok, diharap korang semua bersabar dan doakan aku perolehi kejayaan ea. Aku teringin sangat nak dekan, lagipun aku mempunyai satu semester lagi untuk habiskan pengajian ijazah aku ini, aku berharap aku dapat habiskan dengan sebaik mungkin,Isha Allah :)


terima kasih kerana sudi membaca entri ini

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...Dah siap baca entri? Nanti jangan lupa komen yer :)

Terima kasih banyak-banyak !!!

Pelawat Blog

Flag Counter
COPYRIGHT@Segala apa yang tercatat dalam blog ini adalah hak milik saya..DI LARANG MENYALIN TANPA KEBENARAN