8 July 2013

Kasih Seorang Ibu

8 July 2013 / 8:00 pm / 6 Comment


Alhamdulilah, diberi kesempatan lagi untuk meneruskan hidup di muka bumi Allah SWT ini dan juga dapat mengupdate kat blog yang tercinta ini. Hari ni aku nak cerita satu situasi dimana aku alami sendiri.

Petang semalam, lebih kurang pukul 5.30 petang, aku menemani ibuku dan juga adik bongsu aku ke hospital untuk melihat kawan ibuku yang telah selamat melahirkan anaknya. Alhamdulilah, syukur semuanya selamat. Setelah sampai di Hospital Tanah Merah, kami terus mencari katil dimana kawan ibuku itu menginap. Akhirnya kawan ibuku iaitu (Saryati) itu telah menegur umiku semasa proses keluar wad setelah melahirkan anak tersebut.

Banyak prosedur menandatangani borang yang aku tengok masa kejadian itu. Ibuku menolong membawa segala dokumen itu kerana Pn.Sayati tu sedang memangkul anaknya dalam pangkuannya itu. Aku sebenarnya agak tidak selesa sangat dengan keadaan mana-mana hospital, entahla dari dulu lagi aku tidak suka bau hospital ni kerana agak meloyakan bagi aku. Aku pon taktahu asal jadi camni.

Setelah siap proses dokumen untuk keluar, segera Pn.Saryati tu pergi ke katilnya dan menunggu orang ambil. Lama gak menunggu dan kemudiannya hari pun hujan, sebab masa aku nak datang ke hospital tadi, hari dah gelap, dah mendung, memang nak hujan cuma tunggu nak turun je..akhirnya Alhamdulilah hujan membasahi bumi Tanah Merah.

Tak lama kemudiannya, ada seorang sepasang suami isteri dan anaknya datang menjenguk dan ingin membawa Pn.Saryati itu balik ke rumahnya, pastu aku baru tahu yang family itu merupakan family yang akan menjaga anak Pn.Yati itu selepas ini. Apabila aku tahu, terus hati aku tersentuh, Ya Allah, bagaimana hati seorang ibu setelah berpisah dengan anaknya yang baru lahir..Hanya Engkau yang mampu mengetahuinya Ya Allah. Dengan keadaan yang sedih, aku terpikir kenapa dia berbuat demikian, namun ibuku menceritakan bahawa Pn.Yati itu berbuat demikian kerana dia kesempitan untuk meneruskan kehidupan kerana suaminya tidak berada dirumah sekarang kerana entah ke mana, dan dia hanya ditemani oleh dua orang anaknya lagi.

Ya Allah besar pengorbanan seorang ibu yang berpisah dengan anaknya yang baru lahir itu, aku tak mampu berkata apa-apa hanya air mata yang mampu mengalir dari mata aku ini kerana aku tak pernah alami perkara ini di depan mata aku, selama ni aku hanya melihat kejadian seperti ini dalam tv sahaja, namun peristiwa ini berlaku depan mata aku. YA ALLAH :"(

Tapi, aku tahu apa yang dibuat Pn.Yati adalah untuk kebaikan anaknya yang baru lahir itu agar tidak mengalami kesusahan seperti mana yang dialaminya.

Alhamdulilah, dengan peristiwa itu banyak mengajar aku mengenal erti pengorbanan seorang ibu untuk anaknya..semoga Engkau permudahkan segala ketentuanMu Ya Allah


terima kasih kerana sudi membaca entri ini

6 comments:

  1. Ya Allah, tak sanggup nak berpisah dengan anak yg baru dilahirkan, besarnya pengorbanan seorang ibu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sya tgk pon tak snggup dengan wajah kesedihan seorang ibu

      Delete
  2. sedih gila :( tak sangka ada jugak kisah cemni :( btw, jemput singgah blog :) http://ytazzizzaty.blogspot.com/2013/07/nak-berniaga.html

    ReplyDelete
  3. dah follow..tp mcm tak mnjadi jer..huhu

    ReplyDelete

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...Dah siap baca entri? Nanti jangan lupa komen yer :)

Terima kasih banyak-banyak !!!

Pelawat Blog

Flag Counter
COPYRIGHT@Segala apa yang tercatat dalam blog ini adalah hak milik saya..DI LARANG MENYALIN TANPA KEBENARAN