Alhamdulilah, hari ni aku nak citer sedikit mengenai satu talkshow yang mungkin popular kat Korea sana. Nama talkshow itu adalah Mamma Mia. Tentu korang ingat cam drama muzikal Mamma Mia kan, bukanlah, ia adalah satu talkshow dimana mengumpulkan ibu-ibu selebriti Korea dan akan membincangkan topik, memberikan pengalaman dan sebagainya.
Aku tertarik dengan program ni kerana ia adalah sangat santai dan best kerana pengacaranya. Pengacaranya adalah terdiri daripada Park Min Sun, Lee Young Ja, Kyunghun (Super Junior). Pada awalnya Minho daripada kumpulan ShiNEE adalah pengacara bersama dua wanita itu, namun disebabkan komitmen yang diberikan kepada konsert ShiNEE di luar negara ia menjadikan Kyunghun digantikan dengan Minho.
Dalam pada itu juga, talkshow Mamma Mia ini adalah salah satu rancangan yang menampilkan kejujuran seorang ibu menceritakan tentang mengenai anaknya. Banyak yang kita akan perolehi apabila mendengar daripada ib-ibu selebriti ini.
Yang membuatkan aku tertarik juga menyaksikan Mamma Mia ini adalah lawak yang disampaikan oleh Lee Young Ja, dia memang hebat dan gila-gila. Dia seorang yang kelakar, memang gempak.
Kat atas tu antara selebriti korea yang menceritakan tentang masa kecil dulu oleh ibu mereka.. aku pon tak kenal nama selebriti tu..hehehe
Ni pula MC ketiga tuk program Mamma Mia iaitu Kyunghun. Dia merupakan penyanyi Super Junior. Tentu korang tahu kan.
Apa-apa pon korang cuba tengok yer talkshow ni, ia dapat merelaxkan minda anda yang tengah tension-tension tu. Korang leh download kat youtube dari episod 1 sampai la sekarang. Takpon korang tengok kat siaran di saluran ONEHD (Astro : Saluran 393)
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...Dah siap baca entri? Nanti jangan lupa komen yer :)
Terima kasih banyak-banyak !!!