18 October 2013

Entri Blog 2 : Media Sosial..Benda Wajib Dalam Kehidupan

18 October 2013 / 5:26 pm / Comment


Media sosial merupakan sejenis media yang digunakan terus secara talian denan membolehkan pengguna menyertai, berkongsi, dan mencipta sesuatu mengenai kehidupan dalam blog, rangakain sosial, forum dan sebagainya. Oleh itu, media sosial sekarang sudah menjadi trend dalam kehidupan seseorang di seluruh pelusuk dunia. Tanpa media sosial ini maka tidak lengkaplah dalam hidup mereka. Pada masa kini, jika seseorang tidak mempunyai sebarang laman sosial akan dikatakan sebagai ketinggalan zaman. Media sosial sekarang ibarat seperti ‘ cendawan tumbuh selepas hujan ’ kerana untuk memenuhi kehendak pengguna yang semakin berani dalam dunia IT. Antara media sosial yang menjadi kegilaan orang ramai adalah seperti Facebook, Twitter, Myspace, Instagram, Friendster, Blog, Forum dan sebagainya.


Sekarang dunia semakin maju bertambah lagi dengan kepesatan melalui dunia teknologi. Namun apabila berlakunya dengan pertambahan media sosial di negara kita sedikit sebanyak dapat merancakkan lagi dalam media sosial dalam kalangan pengguna. Kekadang media sosial dapat memberikan kebaikan untuk penggunanya dalam pada masa yang sama juga ia dapat memberikan keburukan kepada seseorang. Oleh itu, hari ni aku nak bincang sedikit mengenai peranan media sosial dalam kehidupan kita dimana ia dapat menaikkan seseorang dan juga menjatuhkan seseorang. Lain kata, ia ada pro dan ada kontra



Bagi aku, dengan kehadiran media sosial di Malaysia ia seharusnya dipuji kerana pihak kerajaan membenarkan dengan kemasukan media sosial di dalam negara berbanding sesetengah negara dimana mengharamkan sebarang media sosial dalam sesebuah negara tersebut. 

Dengan adanya media sosial ini, pengguna dapat berhubung melalui maya atau talian dengan seseorang yang jauh serta membuat panggilan video. Lain kata, ia dijadikan sebagai alat perhubungan seseorang dengan seseorang. Disini kita nampak dimana apabila adanya laman sosial tersebut ia dapat menghubungkan seseorang dengan kenalan lama sama ada rakan sekolah, rakan kampong dan sebagainya. Apabila berlakunya perhubungan ini ia sedikit sebanyak dapat memperatkan lgi hubungan seseorang dengan mengetahui perkembangan semasa. 

Selain tu, laman sosial ni jugak kita dapat dijadikan sebagai satu alat memasarkan produk. Dengan adanya laman sosial ini ia dapat memasarkan dan memperluaskan lagi pemasaran produk tanpa meningkatkan kos dalam pemasaran. Seperti yang kita tahu ada sesetengah laman sosial yang memberikan pengiklanan secara percuma dan ada juga yang berbayar. Namun dengan keadaan semasa, ramai yang memilih laman sosial dengan mengiklankan produk mereka secara percuma. Segala maklumat mengenai produk juga dapat dikemaskini dan diketahui dengan cepat apabila memasarkan produk melalui laman sosial ini. 

Banyak lagi kebaikan laman sosial ni seperti alat untuk menyebarkan ilmu pengetahuan serta untuk memantau pergerakan anak-anak

Disini pula aku akan bincangkan sedikit sebanyak keburukan dalam laman sosial. Pertama yang aku nampak dengan kehadiran laman sosial ini adalah masa dibazirkan begitu sahaja. Dengan penggunaan yang terlalu lama akan mengakibatkan pembaziran masa. Sekarang dengan pertambahan dalam laman sosial seperti game lagi menjadikan pengguna ketagih untuk bermain sehingga tidak sedar mereka sudah terlalu lama dalam mengakses laman sosial tersebut. Oleh itu, pengguna akan menumpukan masa hanya mengakses laman sosial untuk bermain game daripada melalkukan aktiviti yang berfaedah seperti membaca buku, menolong ibubapa dan sebagainya.

Keburukan kedua laman sosial ini adalah penipuan. Penipuan boleh berlaku di mana-mana sahaja termasuk juga di laman sosial. Pengguna laman sosial mesti bijak dalam mengenalpasti akan kesahihan sesuatu perkara yang terdapat di laman sosial. Pengguna juga jangan cepat percaya dengan orang yang tidak dikenali.Contoh penipuan yang terdapat di laman sosial adalah seperti pelaburan haram. Terdapat ayat-ayat yang digunakan seperti “setiap kali login di facebook dapat RM100”..memang menarik tapi begitu mudah nak dapat duit? Apabila di siasat ia hanyalah sebagai salah satu teknik untuk menarik perhatian pengguna facebook memasuki skim tersebut. Terdapat juga pengguna yang tertipu akibat terlampau percaya dengan kenalan facebook yang hanya dikenali di laman sosial.


Selain itu, terdapat keburukan yang lain seperti pencerobohan akaun, sebagai satu media untuk menyebarkan fitnah dan kebocoran maklumat.

Sebagai kesimpulan, aku berpendapat bahawa ia terpulang kepada individu itu sendiri bagaimana ia menggunakan media sosial itu dalam kehidupannya dan menyalurkan penggunannya kepada perkara positif atau sebaliknya. Oleh itu, aku nasihatkan gunalah media sosial dengan sebaiknya :)


terima kasih kerana sudi membaca entri ini

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...Dah siap baca entri? Nanti jangan lupa komen yer :)

Terima kasih banyak-banyak !!!

Pelawat Blog

Flag Counter
COPYRIGHT@Segala apa yang tercatat dalam blog ini adalah hak milik saya..DI LARANG MENYALIN TANPA KEBENARAN