22 June 2014

Intership Life

22 June 2014 / 9:15 pm / Comment


Alhamdulillah, akhirnya dapat juga aku mengUPDATE kat blog aku ni, setelah lebih kurang 4 bulan lebih aku x menjengah masuk dlm blog ini. Memang ambo xdop maso untuk maso, maklumla masa intership atau dale bahaso Malaysia adalah praktikal. Praktikal ni namo ghima kalau ore taktahu meme taktahu, so bagi hok ore-ore taktahu Praktikal ni kiro latihan industri yang perlu student-student Universiti keno jalani sama ado 4 bule or 6 bule. HAHA..start kecek Kelate pulop doh ambo nih..hahaha..

Begheh lah, meh kawe nop cito pasal maso internship hari tu, Seperti sedia maklum, saya telah menjalani latihan industri di sebuah syarikat industri makane/makanan iaitu High-5. Tentu hok mano tahu tu High-5 tu adolah roti. So produk High-5 dulu sohor kot di Malaysia namun beberapa masalah tidok dapat dielakkan, produk High-5 tu ramai doh xsuko. Aku selalu berfikir secara positif dan tidak ambil port sgt pasal kisah-kisah lalu mengenai pihak pengurusan,Halal dan sekutu-kutunya.

Aku dah selamat jalani selama 4 bule praktikal di company tersebut. Memang terlalu banyak tugas dan cabaran semasa nak menghabiskan intern..nasib baik intern, kalau dah kerja memang tak boleh tahan kot. Namun disebabkan semangat aku berkobar-kobar untuk grad dengan cemerlang aku kena habiskan praktikal aku dengan jayanya. Banyak pengalaman yang aku perolehi sepanjang aku menjalani praktikal dan pelbagai masalah yang timbul sepanjang 4 bule tersebut. Ermm..kalau nak cerito meme xkan habis la male nih,,kiro sambung serupa cerita Telenovela pulak..kan xpasal2 pengarah drama nak buat cerita pasal aku...(verangan nak mamposss kan aku nih..hahaha)

So, 30hb Mei 2014, aku telah mengakhiri zaman praktikal aku. Sebelum nak habiskan minggu terakhir tu, aku telah mengalami excident yang agak teruk jugak. Masa tu berlaku tak silap aku 26 or 27hb Mei dimana aku mengalami kemalangan (terbalik motor..terlanggar divider jalan raya) disebabkan aku 'rushing' nak balik umah makcik di Bandar Saujana Putra kerana nenek aku telah meninggal dunia di Hospital Tuanku Jaafar Seremban. So bila aku dapat panggilan daripada mak aku, aku terus rushing balik ke rumah sewa dengan hujan yang lebat, dan aku terus gerak ke rumah makcik aku dan sampai jer tol Saujana Putra, aku alami kemalangan tersebut. Habis jari disebelah kiri aku terkopak dan kaki sebelah kiri teruk menyeset di tar jalan raya. Masa tu aku memang dah give up. Dan pada ketika itulah aku pikir, begini rupanya orang mengalami excident dengan motor. Pada masa itu juga, aku hampir pengsan dan dibawa ke bahagian wakaf untuk sedarkan aku dan makcik aku segera bawa aku ke klinik untuk cuci luka.

Memang terlalu sakit sehinggakan aku terpaksa dicucuk bagi elak kancing gigi. dan diberikan ubat tahan sakit. Pada malam yang bergerak ke Seremban tu, aku memang sakit sgt, hanya Allah SWT sahaja yang tahu perasaan aku time tu, dengan berdenyut. dan pedih semua ada.

Mungkin, ini dijadikan pengajaran bagi aku untuk membawa motor dengan lebih berhati-hati selepas ini. So, aku dapat MC 3hari dan kembali bekerja hari Jumaat iaitu hari last aku intern 30hb dan berita gembira apabila aku ditawarkan bekerja disitu. Ini mungkin rezeki bagi aku setelah pelbagai cabaran yang diduga dan akhirnya Allah SWT telah tentukan rezeki-rezeki hambaNya. Syukur Alhamdulillah..

Walau pada mulanya untuk menghabiskan seminggu intern pada bulan pertama agak meletihkan namun setelah habis zaman intern biasalah menjadi perkara yang dirindu. Dan sekarang menjadi warga/staf High-5 Conglomerate Berhad dengan rasminya.

Perghh...penat eden nak menulisnyo..hahaha..itulah pengalaman semasa intern 4 bulan aku di syarikat High-5 ini. Nanti ada masa, aku akan update pasal diri aku bekerja lak..So kepada yang masih setia follow blog ambo ni, ambo nak ucapkan terimo kasih banyok deh..Demo meme hebat..

Ambo chow dulu deh..Assalamualaikum

p/s : hargailah peluang itu selagi kita boleh menghargainya...(betul tak ayat nih..cam pelik jer bunyi..hahaha)


terima kasih kerana sudi membaca entri ini

15 February 2014

Hari Pertama Intership

15 February 2014 / 6:36 pm / Comment

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Alhamdulillah kita masih diberikan nafas untuk menghirup udara di muka bumi Allah SWT ini. Okeylah sudah lama la aku tak update blog ni, memang dh bersarang lelabah dah aku rasanya dalam blog ini. Aku siyes memang teramat sibuk (mengalahkan PM kita,..) aku rasa PM kita pon xde sesibuk cam aku nih..

Yela..aku sibuk diri ni sebab aku nak kena set up tuk tempat praktikal aku nanti. Maklumla one step lagi sebelum aku bergelar MAHASISWA dan menerima segulong ijjjazaaah..hehehe..Tak sabar untuk menantikan saat itu. 

Sebelum aku nak menerima ijazah itu, aku kena la habiskan latihan praktikum aku. Almost dalam 4 bulan aku kena praktikal..n then pastu tunggu majlis KONVO..terasa seronok gak biler tengok senior-senior KONVO..so kalau diorang boleh KONVO kenapa aku takleh pulak kan..(monolog dalaman) kehkehkeh..hahaha

Okeylah, itu info aku dapat bgtau..actually aku nak citer hari pertama aku intern kat company pilihan aku. So company yang aku pilih ni ermm..xdelah company gah sgt cam PETRONAS, MAYBANK, MEDIA PRIMA dan sebagainya, boleh tahan la..tapi aku bangga kot dapat intern dekat sini atleas at the same time aku dapat belajar MARKETING dekat sana.

Aku dah start intern pada hari Isnin baru ini (10/02/2014) kat Silver Bird Group Berhad atau nama yang terkini nanti High 5 Conglemerat. Nanti akan ada rebranding balik nama itu. Actually ramai yang taktahu pasal High 5 ni, last2 diorang leh tnya aku apa itu High 5, nak je aku bagi High 5 kat muka tu..hahaha..n then ada gak diorang tanya aikk..still wujud lagi ker High 5 itu wpon banyak kes..ayoyoyo..hidup kena teruskan walaupon apa yang terjadi..gituuu..ayat cover uolsss..

Abaikan diorang..so aku pon excited la pepagi nak g intern nih, dengan kemeja suit berbagai semua, tie dan kasut berkulit..nampak cam orang Korporat lak (not keparat k...) hahaha..tapi yang xleh bla...naik motor..hehehe..last2 smpai kat company tu awal ckit sebab nak tunjuk yang kita ni pekerja yang berdedikasi, menepati masa gitu..mula-mula memang cmne..ko tgk la nanti tengah2 bulan konpem dtg lambat..hehehe...so tunggu la aku kat lobby Silver Bird tu, mula2 nak masuk tu xleh la sebab aku xde punch card elektronik tu, so aku tunggu dak2 pekerja yang g punch aku pon ikut belakang diorang nak masuk sekali..tunggu punya tunggu aku punya Pn. Hezrina (Assitant HR Silver Bird) pon sampai la dan suh aku ikut dye g ofis..pastu dye bagi aku surat lantikan intership dan punch card n then bawak aku turun bawah g jumpa dengan supervisor aku iaitu Cik Agustina (Cik Tina jer orang panggil). Time tu memang nervous kot..isau cmne la kehidupan internship nih..hahaha..last2 aku pon diperkenalkan diri dan berbincang pasal intership dan bahagian mana yang aku akan duduk nanti..so Cik Tina tu bgtau aku yang aku akan duk bahagian Sales n Marketing dan juga jaga Bread Town.

Jap...jari penat..lenguh dooooeee..

Lepas jer selesai ngan cik Tina, aku diperkenalkan dengan staf-staf bahagian Sales n Marketing dan Bread Town. dan lepas itu datang seorang perempuan namanya Farah. Dia merupakan Exec Marketing dekat ctu dan pagi tu dye hendak ke UIAM tuk berbincang pasal proposal School Enterpreneur High5. So alang-alang, dye ajak aku ikut sekali tengok bagaimana team diorang buat kerja..ehehehe..aku pon apa lagi,memang nak ikut la..sape taknak g jenjalan kan..masa tu jugak aku kenal Teong, Boss Bread Town.

Lepas jer balik dari UIAM, alhamdulillah aku dapat pelajari apa yang diorang meeting dekat sana..Memang pengalaman yang bagus..yang tak bagusnya kaki aku sakit giler memang teramat sakit..dan badan memang penat giler...exhausted first day..

Tengok jam pukul 6..so aku pon chow balik...

Hahaha..itulah catatan hari pertama aku intership disana..nanti aku nak stroy pasal Bread Town kat korang next post yeap.nak tahu apa itu Bread Town..nantikan yer...hahaha..


terima kasih kerana sudi membaca entri ini

21 January 2014

M.A.L.A.S

21 January 2014 / 2:07 am / Comment

Assalamualaikum wtb dan Salam Sejahtera..


Memang dh lama aku tak udpate blog ni kan, dah masuk sebulan lebih aku x menjengahkan tuk masuk blog ni, entahla,..aku pon xtau la apasal diriku ini terlalu sesangat MALAS untuk on9 blog sekarang ni, mungkin disebabkan masa yang terlalu santai dan relax tu jadi malas tuh..Dulu time busy boleh lak aku duk update kat blog ni, sekarang haram ke jadah..itulah diriku sebenar..propa..haha

Okeylah, sekarang ni aku nak citer yang latest pasal aku.errm...pasal latest..artis ker..nak cite bebagai semua..perasan lak..werkkk..hahaha..apa-apa pon aku just nk bgtau aktivit yg aku buat je..VERANGAN nak jadi artiskan.so kena feeling2 lebih..hahaha..

Disaat jejari ini gatal duk menaip so aku pon meRAJINkan diri tuk kuarkan idea yang banyak mengarut tuk cite..tapi apa ek aku nak cite..VANGAN betul la aku nih..hahaha..

Lupakan..hahaha..nanti la aku cite apa aktiviti yang latest yang aku buat..konon..hahaha..dua post yang aku nak buat tu pon lum aku update..kesian pembaca aku tertunggu-tunggu cite aku (perasan tahap gaban..konon ada 100k follower konon duk baca blog..tapi hmmmm..paham2 jela..)

Okey, masa tuk beradu dulu..selamat malam/pagi...


terima kasih kerana sudi membaca entri ini

Pelawat Blog

Flag Counter
COPYRIGHT@Segala apa yang tercatat dalam blog ini adalah hak milik saya..DI LARANG MENYALIN TANPA KEBENARAN