24 June 2013

Perubahan Jadual TV3

24 June 2013 / 2:46 am / 2 Comment

Assalamualaikum semua, apa khabar, harap-harap korang semua sihat-sihat belaka yer..

Okeylah hari ni aku akan update sedikit mengenai perubahan jadual waktu siaran rancangan kat stesen TV no.1 negara iaitu TV3. Mungkin korang dah tahu kan hebahan mengenai pertukaran jadual waktu rancangan ini kan, ye la TV3 kan sentiasa update yang terkini untuk memastikan kepuasan pelanggan diutamakan.


Untuk pengetahuan korang semua, TV3 telah dilancarkan pada 1 Jun 1984 di Jalan Liku, Bangsar, Kuala Lumpur. TV3 Sentiasa mencari kelainan dan dengan kepesatan teknologi sekarang, TV3 telah memperkenalkan TV ONLINE iaitu TONTON. Tonton merupakan satu web  tv dimana anda boleh menyaksikan rancangan-rancangan yang diterbitkan oleh tv-tv di bawah pengurusan MEDIA PRIMA seperti TV3, NTV7, 8TV dan TV9.

So, skearang TV3 telah mengorak langkah dengan menukarkan siaran mereka pada waktu lain. Berikut aku dapat pamerkan antara rancangan yang berubah waktu. So kalu xde rancangan dalam perubahan itu, bermakna rancangan itu kekal seperti biasa.hehehe..

Antara program tv yang berubah waktu siaran adalah  :
Majalah 3 , Slot Aksi , Samarinda, SmackDown, Bersamamu, 999, Pearl Screen, Tunggu Sekejap

Ni jadual yang senang ckit untuk korang paham kalu x paham yang atas tu..hahaha..


Untuk pengetahuan saudara/i semua , slot Samarinda akan menayangkan sebuah drama rantaian yang hebat sempena menjelang Ramadan yang bakal menjelma tidak beberapa minggu lagi. Drama tersebut adalah " RAMADAN YANG HILANG ". Aku tengok tajuk pon da best, mesti jalan cite pon best kan..hehehe..

Bagi slot aksi pula, ia akan disi oleh satu drama baru selepas berakhirnya drama Karlos. Drama tersebut adalah Dewi Lasak. Dan pasti anda tertunggu-tunggu untuk menyaksikan musim kedua untuk rancangan temubual " TUNGGU SEKEJAP " yang akan dihoskan oleh penyanyi rock kita iaitu Awie. Rancangan temubual Tunggu Sekejap akan bersiaran pada setiap hari Sabtu 9.00 malam.

Apa-apa pon harap2 dengan perubahan waktu siaran ini, TV3 akan mengekalkan kualiti program mereka dan menerbitkan lagi program-program yang menarik untuk seisi keluarga.


terima kasih kerana sudi membaca entri ini

2 comments:

  1. semalam nape supernatural takde

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin minggu ini siaran untuk SUPERNATURAL tidak lagi dimainkan, mungkin akan dimainkan pada minggu hadapan :)

      Delete

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...Dah siap baca entri? Nanti jangan lupa komen yer :)

Terima kasih banyak-banyak !!!

Pelawat Blog

Flag Counter
COPYRIGHT@Segala apa yang tercatat dalam blog ini adalah hak milik saya..DI LARANG MENYALIN TANPA KEBENARAN