6 August 2013

Biskut Raya 2013

6 August 2013 / 2:19 pm / Comment

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Alhamdulilah tinggal satu hari lagi bulan Ramadan akan melabuhkan tirainya. terasa sayu asenya biler Ramadan kian berlalu pergi, adakah kita masih dapat menyambut Ramadan yang akan datang ini. Semoga kita dapat berjumpa lagi dengan Ramadan yang akan datang ini dan dapat melakukan segala amalan yang di suruh dan meninggalkan laranganNya :)

Okeylah, memandangkan sekarang ni dah mood raya, ye la tinggal satu hari je lagi seluruh umat Islam di seluruh dunia akan menyambut Hari Raya AidilFitri. Semua tidak sabar lagi untuk meraikan Hari Raya ini setelah hampir sebulan kita berpuasa. Semua sibuk menyiapkan segala keperluan untuk menyambut hari raya nanti terutama kaum ibu-ibu yang bertungkus lumus menyiapkan kuih raya, baju raya, kain langsir, sarung kerusi dan sebagainya.

Hari ni aku nak cerita sedikit mengenai biskut raya. Ye la, biskut raya ni memang tak sah dan wajib ada semasa Hari Raya AidilFitri. Dengan biskut inilah kita akan menjamu kepada tetamu kita, selain daripada ketupat, rendang dan sebagainya. Biskut kebanyakan aku tengok memang laris dijual memandangkan ramai yang tidak mahu buat sendiri dan membelinya di kedai. Yela..bagi yang sibuk tu mungkin tiada masa untuk membuat biskut raya..so diorang beli jer..itulah orang panggil " biskut tunjuk" hehehe..

Tahun ni aku buat biskut raya banyak jenis jugak asenya..hehehe..kalu nak tau tengok gambar di bawah nih.


Antara biskut yang aku buat dengan hasil tangan aku adalah Biskut Tart Nenas, Biskut Almond London (xde dlm gambar..tak sempat nak amek), Biskut Mama Carrie, Biskut Cornflake, Biskut Matahari dan Biskut Aiskrim Nestum..memang banyak giler tahun ni aku buat biskut dan semuanya sedap-sedap belaka. Akhirnya my mom cakap aku dah boleh bukak kedai biskut nih, hehehe..memandangkan aku amik kos perniagaan so boleh la bukak company biskut raya, mana tau untung berlipat kali ganda..hehehe..

Kebanyakan biskut kat atas yang aku buat tu aku amek resepi dalam internet je, mana yang takde aku main campak je dalam adunan biskut aku tu, tu yang menjadikan biskut aku itu sedap..hehehe..so kalu sapa-sapa nak rasa biskut aku tu, leh la mai datang rumah dan beraya yer..hehehe..

Okeylah, nanti aku update cerita pasal menganyam ketupat daun pisang dan daun palas yer..hehehe..tunggu..


terima kasih kerana sudi membaca entri ini

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...Dah siap baca entri? Nanti jangan lupa komen yer :)

Terima kasih banyak-banyak !!!

Pelawat Blog

Flag Counter
COPYRIGHT@Segala apa yang tercatat dalam blog ini adalah hak milik saya..DI LARANG MENYALIN TANPA KEBENARAN