3 August 2013

Dapat Anak Buah Kedua

3 August 2013 / 8:39 pm / 2 Comment

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Syukur ke hadirat illahi, kerana dengan limpah dan kurniaNya dapat lagi aku meneruskan mengUPDATE kat blog kesayangan aku ini. Alhamdulilah, hari ni sudah kita masih lagi berpuasa dengan sebaik-baiknya. tinggal beberapa hari je lagi untuk kita menghabiskan puasa kita di dalam bulan yang penuh keberkatan ini.

Hari ni aku nak cerita sedikit mengenai situasi dimana aku dapat anak buah yang baru. Alhamdulilah 01/08/2013 tepat pukul 9.40pagi kakak kedua aku iaitu kak ngah selamat melahirkan anak dia yang kedua di Hospital Tanah Merah. Itupon abg ipar aku tolong anta dia ke hospital kerana rasa dah mahu bersalin kerana dah "turun darah". Masa itu selepas waktu Subuh, abang ipar, kakak dan umi aku pergi ke hospital Tanah Merah. Mengikutkan jangkaan melahirkan adalah pada 02/08 namun awal sehari kakak aku selamat melahirkan bayinya secara normal.



Alhamdulilah ,tiada apa-apa masalah ketika kakak aku melahirkan anaknya yang kedua itu. Aku dapat berita ini semasa aku lepas bangun tidur setelah bersahur. Dapat jer tahu daripada abang ipar yang telefon kak chik yang mengatakan kak ngah selamat melahirkan anaknya. Dan baby itu perempuan. Dan abang ipar aku juga beritahu baby tidak dapat bersama ibu kerana ditahan di wad kanak-kanak kerana berat melebihi. Berat baby time melahirkan adalah sebanyak 4kg, wah, memang besar kot. Alhamdulilah namun tiada apa-apa komplikasi cuma doktor tahan di wad tersebut adalah kerana mahu mengambil darah baby tersebut untuk mencegah dan melihat sama ada baby itu mempunyai kencing manis atau tidak.

Kitorang hanya sempat tengok baby tu melalui pintu cermin di wad kanak-kanak sahaja dan tidak boleh masuk ke dalam kerana hanya ibu yang ingin menyusu sahaja boleh masuk ke dalam bilik khas wad kanak-kanak tersebut. Memang excited kot nak tengok wajah baby yang comel ni, namun sempat jugak kami tengok dan meminta jururawat yang mengendalikan baby dalam bilik khas itu untuk menolak sedikit tempat letakan baby itu dan tengok, memang comel giler dan pipi yang tembam..memang geram nak cubit asenya, dah la putih.

Semalam, kakak aku baru sahaja dibenarkan pulang ke rumah dan baby pon dapat pulang ke rumah, memang meriah la selepas ini dalam keluarga Opah dan Tok Abah nanti dengan kehadiran baby yang comel ini.

Aku berharap baby yang belum diberikan nama ini sihat walfiat yer..Pak Teh harap baby dapat sihat seperti orang lain yer, tak sabar Pak Teh nak peluk dan main ngan baby yer..
raya dengan keluarga yang ramai sangat best...raya oh raya


terima kasih kerana sudi membaca entri ini

2 comments:

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...Dah siap baca entri? Nanti jangan lupa komen yer :)

Terima kasih banyak-banyak !!!

Pelawat Blog

Flag Counter
COPYRIGHT@Segala apa yang tercatat dalam blog ini adalah hak milik saya..DI LARANG MENYALIN TANPA KEBENARAN