19 July 2014

Masterchef Junior Season 1

19 July 2014 / 1:49 pm / Comment


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Alhamdulillah, hari ni nak update pasal satu tv show yang membuatkan aku tertarik untuk tengok. Program masakan sememangnya aku minat tengok dari dulu lagi, aku pon taktahu kenapa aku suka masak ?? Maybe sejak dari kecil lagi kot aku dah tengok umi dan abah aku masak, so aku terikut-ikut untuk masak gak. Memasak adalah hobi yang bagus, ye la, dengan korang masak, korang akan praktis dengan baik dan menjadi chef yang hebat (hehehehe..) Program seperti Masterchef Malaysia, Masterchef Selebriti Malaysia, dan banyak lagi membuatkan aku tertarik untuk tengok lak edisi MasterChef Junior. Ini adalah rancangan daripada FOX dimana kana-kanak menjadi chef untuk program tv ini. Kesemua kanak-kanak ini adalah berbakat dalam menyediakan masakan sama ada pembuka selera, hidangan serta pencuci mulut. Memang tip top r diorang nih, aku pon suka nengok diorang masak.

Sebenarnya bila aku google n jumpa MasterChef Junior kat wikipedia, memang banyak adaptation daripada JuniorMasterChef ni, boleh dikatakan setiap negara aga MasterChef Junior diorang. Memang hebat r, seperti Junior MasterChef Australia, Junior MasterChef Belgium, Junior MasterChef Finland, Junior MasterChef Greece, Junior MasterChef Indonesia dan banyak lagi.

So program MasterChef Junior US ini dipengacarakan (betul tak ayat nih..hahaha) oleh Selebriti Chef yang famous iaitu Gordon Ramsay (memang chef yang hevattt nokk...) dan judge lak Joe Bastianich dan Graham Elliot.

Graham Elliot (kiri), Gordon Ramsay (tengah) Joe Bastianich (kanan)
Program tv in iadalah merupakan musim pertama, so musim kedua belum ada lagi. So nak dipendekkan cerita. 10 kanak-kanak bertanding untuk merebut gelaran juara MasterChef Junior US untuk musim pertama. So nak dijadikan cerita, Alexander Wessis dari New York City, New York diangkat sebagai juara MasterChef Junior untuk musim pertama dengan mengalahkan Dara Yu. Alexander memenangi hadiah berupada wang tunai US$ 100,000 dan trofi special MasterChef Junior.

Juara MasterChef Junior musim pertama, Alexander Wessis
Apa-apa pon aku memang tabik spring r kat Alexander coz die memang pandai masak dan memang dilahirkan untuk dijadikan sebagai Chef. Walaupon umur die 13 tahun namun masakan sehebat chef yang ada kat hotel-hotel bertaraf bintang nokkk...mak bangga..hahaha...

So korang leh tengok sendiri pertarungan 10 kanak-kanak merebut gelaran juara MasteChef Junior ni kat Astro STARWORLD (721 HD)

p/s : kan best kalau kat Malaysia ada juga MasterChef Junior, so leh la tengok bakat memasak kanak-kanak.


terima kasih kerana sudi membaca entri ini

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...Dah siap baca entri? Nanti jangan lupa komen yer :)

Terima kasih banyak-banyak !!!

Pelawat Blog

Flag Counter
COPYRIGHT@Segala apa yang tercatat dalam blog ini adalah hak milik saya..DI LARANG MENYALIN TANPA KEBENARAN