13 July 2014

Piala Dunia FIFA 2014 Brazil

13 July 2014 / 8:36 pm / Comment

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Alhamdulillah, selesai sudah kita mengharungi hari ke-15 puasa di bulan yang penuh mulia ini. Okeylah, hari ni nak citer sedikit mengenai bola sepak. Konpem korang dah tahu kan ape yang ambo nak cerito hari ini, ye la..dah tajuk terpampang kat atas...bagidol tul aku nih..hahaha..So malas nak bercakap banyak, kita teruskan catatan kali ini.  Piala Dunia kali ini telah diadakan di Brazil, so Brazil menjadi tuan rumah kali ini untuk tahun 2014, tahun 2010 dekat Afrika Selatan, so kali ini bersamba di Brazil lak. Next 2018 rasanya Rusia kot..(nantikan jawapannya..takkpon Google je..sekarang kan dunia moden..gituuu..)


Nampaknya Piala Dunia 2014 sudah nak mengakhirinya, so pasukan Jerman dan Argentina berjaya melangkah ke perlawanan akhir Piala Dunia 2014 Brazil. Perlawanan ini akan berlangsung pada pukul 3.00pagi waktu Malaysia dan akan diasiarkan di semua saluran yang ada (TV1,Astro Arena,Astro Supersport dll). Memang tidak dijangkan pasukan Jerman dan Argentina bakal melangkah ke perlawanan akhir, mana taknya, ramai yang score pasukan Sepanyol (selaku juara thaun 2010) bakal meneruskan kejuaraan namun pasukan Sepanyol tidak berjaya melangkah ke kelompok 16 dan hanya menentang pasukan yang lain dalam kumpulannya. Banyak pasukan yang tidak dijangka telah melangkah keluar awal seperti England, Itali, Perancis. Pasukan tersebut menjadi pasukan favourite, namun disebabkan itu, pasukan yang dikatakan menjadi pasukan UnderDog seperti Costa Rica memang terbaik berjaya melangkah ke perlawanan suku akhir.

Berbalik kepada perlawanan akhir, Jerman dikatakan mempunyai peluang cerah untuk menjuarai piala dunia kali ini, mana taknnya setelah mengalahkan tuan rumah Brazil pada perlawanan separuh akhir dengan jaringan 7-1, ia dianggap pasukan pilihan untuk menjuarai piala berprestij ini. Namun jangan pandang ringan terhadap pasukan Argentina, pasukan ini dianggap pasukan yang mempunyai kekuatan dalam pasukan dengan pemain seperti Messi dan lain-lain.
So, aku akan pilih Jerman selaku Juara Piala Dunia 2014 FIFA. Kalau salah xpe, kan namanya tekaan..hehehehe...okeylah so nanti korang akan tahu jawapannya pada pagi nanti, jangan lupa bola bola jugak, sahur jangan lupa, tunaikan kewajipan dahulu..peace yoooo..
p/s : tahniah Netherland/Belanda memenangai tempat ketiga Piala Dunia FIFA 2014.


terima kasih kerana sudi membaca entri ini

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...Dah siap baca entri? Nanti jangan lupa komen yer :)

Terima kasih banyak-banyak !!!

Pelawat Blog

Flag Counter
COPYRIGHT@Segala apa yang tercatat dalam blog ini adalah hak milik saya..DI LARANG MENYALIN TANPA KEBENARAN