21 January 2015

Hidup Kembali !!!

21 January 2015 / 9:26 pm / Comment

Assalamualaikum wtb semua...

Apa habaq noh, dah lama ambo tok update blog ni, gara-gara kecewa xLULUS exam online PTD trus merajuk bawa diri pergi jauh-jauh, if LULUS haritu konpem aku update kat blog ni, so memandangkan aku x LULUS so xyah update..buat malu jek..(kecewa tahap babun...frust menonggeng)

So setelah nak masuk 2 bulan kot aku menyepi dari dunia blog nih. Al-maklumla diri ini makin busy uolss mengalahkan Presiden Amerika. Bila dah berkerjaya nih memang takde masa nak update blog la, ye la..mana ko nak pikir pasal keje, balik umah pon still pikir pasal keje, memang xde masa nak pikiaq idea nak update kat blog. Nasib baik la hari ni tetiba kena sampuk mood untuk update blog. Yela, last aku update blog 1 Nov 2014, so sekarang dah masuk 21 Jan 2015..Hahah..bersarang lebah/nyamuk dan macam lagi dalam blog aku nih, Kepada yang masih follow blog iolss, iolss nak ucapkan ribuan terima kasih..muahhhhh...cayang korang..

Sebenarnya update kali ni just nak citer pasal nak kembali berBLOGging je..tu je motiff..maklumla,tengok blogger lain asyik update je tiap2 hari (takde keje ker nak buat..hehehe..sentap jap ayat..jgn marah uolsss..nanti cepat tua...xpon guna dHerbs, konpem cepat muda..hahaha..)

Memandangkan idea tengah banyak nak update kat blog tetapi cara nak citer tu cm susahkan ckit,..taktau nak tulis ape..time idea ada..fuh memang penuh..tapi biler idea terbang lari...last-last ayat " okeylah..sampai disni shj coretan kali ini " choiii..ayat perli iolsss gitu..

Jap nak copy paste ayat diatas "  okeylah..sampai disni shj coretan kali ini " hahaha,..nanti iolss citer lagi pasal yang berlaku bulan Nov,Dec dan Jan 2015..Iolss ada banyak nak citer..tapi iolss akan combine gitu..so menarik ckit.. Memandangkan dah jauh ketinggalan,,,sempena tahun 2015 ni, iolss arap semua azam dan impian dapat dikecapi..

Wassalam...


terima kasih kerana sudi membaca entri ini

1 November 2014

Done Exam Online PTD 2014

1 November 2014 / 11:16 pm / Comment


Alhamdulilllah done. Tunggu result Isnin/03 Nov 2014


terima kasih kerana sudi membaca entri ini

24 October 2014

Exam Online PTD M41 ?

24 October 2014 / 10:20 pm / Comment

Alhamdulilah setelah beberapa bulan aku tidak menjengah ke blog ni, memang dh bersarang giler kot. Aku sekarang memang tidak sempat nak masuk and update blog sebab aku busy sgt, pagi pergi keje, petang baru balik, memang tak tersentuh laptop la..penat..pastu tidur..itulah kegiatan harian aku. Hujung minggu lak lepak sana sini. 

Okeylah, hari ni nak citer ckit pasal PTD..Apa itu PTD ?? PTD stands for PEGAWAI TADBIR DIPLOMATIK. Biler jer dengan nama PTD,,secara automatic WOW..itulah pangkat yang ramai kejar dan nak dapatkan. Maunya taknak..PTD kot, bukan calang-calang orang nak dapat pangkat PTD nih, memang diorang akan ‘ tapis ‘ yang helok jer..Maksud aku memang yang terbaik la. So apa kena PTD ngan aku. Bukan begini ceritanya, haritu masa otw ke press conference Columbia Asia sempena Walk for Cure 2014 kat Columbia Asia Setapak, Kuala Lumpur tetibe masuk satu mesej yang mengatakan bahawa “ ANDA DIJEMPUT UNTUK MEMASUKI EXAM ONLINE PEGAWAI TADBIR DIPLOMATIK M41……” Maunya aku tak terkejut, dah la tetiba 15888 menghantar mesej aku cmne, so dengan perasaan over konfidennya aku nak jawab, tapi dengar dan salami perasaan yang lepas-lepas punya diorang cakap nak EXAM ONLINE pada 1 Nov nanti itu menguji tahap kesabaran..mana taknya sampaikan ujian diadakan dua kali kot sebab server yang helok sgt sampai ramai tak leh masuk. Dah yang lepas syarat-syarat kelayakan pon dh berpuluh-puluh ribu mana tak ‘hang’ server tu..Kalau manusia uruskan utk berpuluh-puluh rib pon leh mati..hahaha


So ramai gak member aku dapat, dan dengar citer, buat pertama kalinya exam kali ni xde seksyen D & E.  Seperti exam PTD yang lepas semua calon kena jawab dari seksyen A sampaila seksyen E. Seksyen D & E itu mengarang esei nokkk..mak tak suka mengarang dalam Omputih nih..susah nak keluarkan idea, kan ada tak pasal-pasal aku rojak bahasa dalam karangan omputih tu..hahaha..Nasib baik exam kali ni takde soalan esei. Tapi takleh caye gak, kan tak pasal-pasal ramai lulus konpem diorang wujudkan balik seksyen D & E nih..waaaa..mak tak suke (terlebih over pulek...macamla aku lepas exam..hehehehe)

Panjang bebenor aku menaip nih, mau naik lenguh jari menaip..maklumla dah lama tak menaip nih, paling lama pon masa kat u dulu la, buat assigment..itupon copy paste lam internet..hehehe..takpe janji markah tiptop..hehehe..

Berbalik kepad EXAM nanti, so aku kena buat persediaan dari segi mental dan fizikal. Maklumla exam online ni dia lain ckit dari yang lain (betul tak ayat nih..@_@) Sebab aku cakap cmne coz memang nervous lain semacam, yela mana taknya nak jawab exam lagi, mana nak tengok masa lagi..erghhh..tak sempat kot..Harap-harap dapat jawab semua dan lulus cemerlang..Amin :)

Yang penting dalam exam nanti ada pengiraan dan menguji otak, soalan akan berbelit-belit sampai otak-otak calon nanti dah blank..Insyallah doakan yang terbaik untuk semua, Kalau ada rezeki dekat sini, InsyaAllah ada, kalau takde, mungkin rezeki kita dekat tempat lain. :) Think secara positif (macam kaunselor lak kite..verangan lebih..)

So, sekarang kena study pasal dasar-dasar Malaysia, kenegaraan, kementerian, cukai semua, delegasi, pergerakan dan semualah pasal Malaysia, kan kalau x study rugi lak..So kena berkorban demi ini. Walaupon tak berjaya, takpe, atelast kita dapat menimba lagi ilmu pasal Malaysia, kan..(ayat untuk sedapkan hati..walaponnnnnn..sedih kalo takdapat..fursttt)

Tapi kalau leh aku nak suggest buat balik exam cam biasa, xyah buat exam online, susah assenya..hehehe..tapi tu just sebagai cadangan je..tak salahkan kita bagi cadangan..terpulang nak terima or tak..tak paksa.. :)

p/s : tahap nervous mengalahkan exam masa kat Universiti :p



terima kasih kerana sudi membaca entri ini

Pelawat Blog

Flag Counter
COPYRIGHT@Segala apa yang tercatat dalam blog ini adalah hak milik saya..DI LARANG MENYALIN TANPA KEBENARAN