Showing posts with label Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Malaysia. Show all posts

24 October 2014

Exam Online PTD M41 ?

24 October 2014 / 10:20 pm / Comment

Alhamdulilah setelah beberapa bulan aku tidak menjengah ke blog ni, memang dh bersarang giler kot. Aku sekarang memang tidak sempat nak masuk and update blog sebab aku busy sgt, pagi pergi keje, petang baru balik, memang tak tersentuh laptop la..penat..pastu tidur..itulah kegiatan harian aku. Hujung minggu lak lepak sana sini. 

Okeylah, hari ni nak citer ckit pasal PTD..Apa itu PTD ?? PTD stands for PEGAWAI TADBIR DIPLOMATIK. Biler jer dengan nama PTD,,secara automatic WOW..itulah pangkat yang ramai kejar dan nak dapatkan. Maunya taknak..PTD kot, bukan calang-calang orang nak dapat pangkat PTD nih, memang diorang akan ‘ tapis ‘ yang helok jer..Maksud aku memang yang terbaik la. So apa kena PTD ngan aku. Bukan begini ceritanya, haritu masa otw ke press conference Columbia Asia sempena Walk for Cure 2014 kat Columbia Asia Setapak, Kuala Lumpur tetibe masuk satu mesej yang mengatakan bahawa “ ANDA DIJEMPUT UNTUK MEMASUKI EXAM ONLINE PEGAWAI TADBIR DIPLOMATIK M41……” Maunya aku tak terkejut, dah la tetiba 15888 menghantar mesej aku cmne, so dengan perasaan over konfidennya aku nak jawab, tapi dengar dan salami perasaan yang lepas-lepas punya diorang cakap nak EXAM ONLINE pada 1 Nov nanti itu menguji tahap kesabaran..mana taknya sampaikan ujian diadakan dua kali kot sebab server yang helok sgt sampai ramai tak leh masuk. Dah yang lepas syarat-syarat kelayakan pon dh berpuluh-puluh ribu mana tak ‘hang’ server tu..Kalau manusia uruskan utk berpuluh-puluh rib pon leh mati..hahaha


So ramai gak member aku dapat, dan dengar citer, buat pertama kalinya exam kali ni xde seksyen D & E.  Seperti exam PTD yang lepas semua calon kena jawab dari seksyen A sampaila seksyen E. Seksyen D & E itu mengarang esei nokkk..mak tak suka mengarang dalam Omputih nih..susah nak keluarkan idea, kan ada tak pasal-pasal aku rojak bahasa dalam karangan omputih tu..hahaha..Nasib baik exam kali ni takde soalan esei. Tapi takleh caye gak, kan tak pasal-pasal ramai lulus konpem diorang wujudkan balik seksyen D & E nih..waaaa..mak tak suke (terlebih over pulek...macamla aku lepas exam..hehehehe)

Panjang bebenor aku menaip nih, mau naik lenguh jari menaip..maklumla dah lama tak menaip nih, paling lama pon masa kat u dulu la, buat assigment..itupon copy paste lam internet..hehehe..takpe janji markah tiptop..hehehe..

Berbalik kepad EXAM nanti, so aku kena buat persediaan dari segi mental dan fizikal. Maklumla exam online ni dia lain ckit dari yang lain (betul tak ayat nih..@_@) Sebab aku cakap cmne coz memang nervous lain semacam, yela mana taknya nak jawab exam lagi, mana nak tengok masa lagi..erghhh..tak sempat kot..Harap-harap dapat jawab semua dan lulus cemerlang..Amin :)

Yang penting dalam exam nanti ada pengiraan dan menguji otak, soalan akan berbelit-belit sampai otak-otak calon nanti dah blank..Insyallah doakan yang terbaik untuk semua, Kalau ada rezeki dekat sini, InsyaAllah ada, kalau takde, mungkin rezeki kita dekat tempat lain. :) Think secara positif (macam kaunselor lak kite..verangan lebih..)

So, sekarang kena study pasal dasar-dasar Malaysia, kenegaraan, kementerian, cukai semua, delegasi, pergerakan dan semualah pasal Malaysia, kan kalau x study rugi lak..So kena berkorban demi ini. Walaupon tak berjaya, takpe, atelast kita dapat menimba lagi ilmu pasal Malaysia, kan..(ayat untuk sedapkan hati..walaponnnnnn..sedih kalo takdapat..fursttt)

Tapi kalau leh aku nak suggest buat balik exam cam biasa, xyah buat exam online, susah assenya..hehehe..tapi tu just sebagai cadangan je..tak salahkan kita bagi cadangan..terpulang nak terima or tak..tak paksa.. :)

p/s : tahap nervous mengalahkan exam masa kat Universiti :p



terima kasih kerana sudi membaca entri ini

24 September 2013

Entri Blog 1 (Pengantar Penulisan) : Kenaikan Harga Minyak…Rakyat Terbeban ?

24 September 2013 / 8:14 pm / Comment


Harga minyak menjadi satu isu yang sensitif bagi semua rakyat di seluruh dunia termasuklah negara yang semakin pesat membangun iaitu Malaysia. Apabila Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak mengumumkan bahawa berlakunya kenaikan harga petrol RON95 dan diesel sebanyak RM0.20 sen seliter dan sekaligus menaikkan kemarahan pengguna yang menggunakan motorsikal dan juga kenderaan automobil yang lain. 

Kali terakhir kenaikan harga minyak petrol dan diesel adalah pada tahun 2010 dimana kenaikan tersebut sebanyak RM0.05 sen seliter.Ramai yang tidak berpuashati dengan kenaikan harga minyak tersebut kerana setelah apa yang dijanjikan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dimana kerajaan akan menjaga kebajikan rakyat. Namun dengan apa yang berlaku sekarang, menyebabkan orang ramai menganggap janji yang disuarakan oleh mana-mana wakil rakyat sebelum berlakunya pilihan raya lepas adalah tidak ditepati dan " janji kosong ".


Kenaikan harga minyak tersebut telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib pada 3 September 2013. Setelah mengetahui pengumuman kenaikan harga minyak tersebut, orang ramai segera membanjiri stesen minyak dimana ingin mengisi minyak tersebut sebelum keesokannya harga petrol RON95 dan diesel dinaikkan sebanyak RM0.20 sen


Rata-rata pengguna yang mengisi petrol dan diesel meluahkan rasa marah dengan kenaikan yang berlaku. Hal ini demikian kerana kenaikan harga minyak ini memberi sangat kesan kepada rakyat yang berpendapatan rendah kerana kenderaan seperti kereta memainkan peranan penting kepada orang awam. Dengan kenaikan harga minyak ini juga sekaligus menyebabkan peniaga akan menaikkan harga barang yang dijual. Hal ini akan membebankan golongan yang berpendapatan rendah. 

Dengan kenaikan harga minyak ini juga, pihak pembangkang telah mengambil kesempatan sepenuhnya untuk memburukkan kerajaan ke tahap maksima. Pihak pembangkang sentiasa mencari kesalahan yang dilakukan oleh pihak kerajaan. Bagi pendapat aku, walaupun hanya pandai berkata-kata tetapi tidak melakukan apa yang dijanjikan itu sesuatu yang kurang bagus dalam politik. Itulah dinamakan mainan politik semata-mata. 

Berbalik kepada kenaikan harga minyak ini, setelah kenaikan ini berlaku secara tidak langsung rakyat akan terbeban dengan kenaikan harga barang oleh mana-mana peniaga yang turut mengambil kesempatan terhadap kenaikan harga minyak tersebut. Apabila harga minyak ini berlaku, peniaga akan menaikkan harga makanan yang dijual dengan agak mahal juga berbanding dengan harga sebelum kenaikan harga minyak.


Pihak yang bertanggungjawab seharusnya mengawal dalam pemantauan harga makanan yang dikatakan agak melampau kenaikan tersebut dan pihak yang bertanggungjawab itu haruslah mengambil tindakan mana-mana peniaga yang melanggar etika menaikkan harga barangan secara melamapu. Dengan penguatkuasaan ini, mungkin ia dapat mengurangkan sedikit beban yang ditanggung oleh rakyat yang bergolongan pendapatan rendah. Mungkin bagi yang betul-betul miskin ia mungkin menjadi satu beban kepada mereka kerana mereka tidak mempunyai pendapatan yang bagus kerana sekarang dunia semakin maju, maka banyak harga barang dan perkhidmatan semakin meningkat. 

Secara tidak langsung, pihak kerajaan seharusnya mencari satu atau melakukan sebarang tindakan untuk mengawal keadaan tersebut. Saya amat puji dengan tindakan Menteri Pertahanan yang juga pemangku Menteri Pengangkutan Malaysia, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein Onn dimana mencadangkan pemotongan elaun minyak kepada menteri, timbalan menteri dan pegawai kerajaan dalam usaha mengurangkan defisit Negara. Dengan cadangan itu disambut baik oleh pemimpin kerajaan. 

Sinar Harian, 6 September 2013, Datuk Seri Hishamuddin (Menteri Pengangkutan, Menteri Pertahanan Malaysia)

Secara kesimpulannya, aku berpendapat, apabila berlakunya kenaikan harga minyak ini, seharusnya kita memikirkan secara positif dan tidak bertindak melulu dan menyalahkan sesuatu pihak. Selalunya pihak yang tidak bertanggungjawab akan cuba mengambil kesempatan dalam situasi dan memburukkan lagi keadaan yang sepatutnya tidak berlaku. Walaupun semua melepaskan kemarahan mengenai kenaikan harga minyak, namun bagi aku kita sebagai pengguna kereta/motorsikal/bas dan sebagainya yang mahu bergerak ke sesuatu tempat sama tempat kerja atau mana-mana, kita akan mengisi minyak untuk menggerakkan kenderaan kita itu. Masalah ini mungkin akan semakin hari semakin reda kerana biasanya gelagat orang ramai hanya akan bercakap-cakap apabila isu ini masih hangat ibarat “ pisang goreng panas”, namun apabila “ sejuk ” ia akan tidak akan menyentuh isu ini. 


p/s : pandang ke hadapan...jangan pandang ke belakang...


terima kasih kerana sudi membaca entri ini

17 September 2013

Selamat Hari Malaysia

17 September 2013 / 1:24 am / Comment


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Alhamdulilah, hari ni masih diberikan kesempatan untuk meneruskan kehidupan di muka bumi Allah ini dan melakukan apa yang disuruh oleh Allah SWT :)

Masih belum terlambat lagi aku nak wish SELAMAT HARI MALAYSIA 2013. Sepatutnya semalam aku wish dan post pasal Hari Malaysia ni, namun kekangan masa dan juga atas sebab-sebab tertentu aku terpaksa postpone update pasal Hari Malaysia. Seperti orang ramai tahu, semalam Malaysia telah menyambut Hari Malaysia yang ke-50. Mungkin sesetengah orang tidak mengetahui apa yang dimaksudkan dengan Hari Malaysia. Ada juga mengatakan Hari Malaysia ni kesinambungan daripada Hari Kemerdekaan dan juga ada yang berpendapat lain. Namun pelbagai tanggapan dan persepsi mengenai Hari Malaysia ini.

Okeylah, memandangkan aku bersemangat untuk menceritakan Hari Malaysia ni, jom aku menerangkan dengan serba sedikit mengenai Hari Malaysia ini.

  • Hari Malaysia merupakan hari dimana memperingati penubuhan persekutuan Malaysia pada tahun 1963. 
  • Melalui penubuhan ini, Sabah (Borneo Utara), Sarawak dan juga Singapura bersama-sama menyertai Tanah Melayu dalam membentuk Malaysia.
  • Pembentukan persekutuan baru ini dirancangkan berlaku pada 1 Jun 1963 namun kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1963 bagi membolehkan ia disambut bersama-sama dengan sambutan hari kemerdekaan ke-6. 
  • Beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina untuk pembentukan Malaysia memperlambatkan pengisytiharan hingga ke 16 September pada tahun yang sama. 
  • Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memperuntukkan masa membuat pungutan suara di Borneo Utara (kini Sabah) danSarawak.
  • Hari Malaysia merupakan cuti am di negeri Sabah sempena hari keputeraan Yang Di-Pertua Negeri.
  • Walupun pada awalnya Hari Malaysia bukan merupakan cuti am di Sarawak dan Semenanjung Malaysia, namun mulai tahun 2010, Hari Malaysia juga merupakan cuti am di semua negeri di Malaysia.

Okeylah itu serba sedikit mengenai Hari Malaysia yang boleh aku ceritakan kepada korang semua.Baiklah mataku pon dah mengantuk, so nanti aku update lagi yer mengenai post-post yang menarik lak..hehehe..Selamat Malam....
Malaysiaku Tanah Air..Tumpah Darahku..I Love My Malaysia


terima kasih kerana sudi membaca entri ini

11 July 2013

MP3 : Amylea - Seperti Dia (OST Ramadan Yang Hilang)

11 July 2013 / 2:50 pm / Comment


Bagi sesiapa yang menonton Samarinda TV3 yang bertajuk Ramadan Yang Hilang, tentu korang dah sebati dengan lagu dari penyanyi kecil molek ini iaitu Amylea. First time aku dengar lagu ni memang best dan menarik minat aku untuk mencari kat YOUTUBE dan 4SHARED. So aku jumpa kat YOUTUBE jer kat 4SHARED xjumpa, apa lagi, download jer terus pastu convert trus ke MP3. Senang kan keje. So kat sini aku akan kongsikan link untuk download lagu ini untuk korang sumer..(pada sesiapa yang berminat sahaja..hehehe). Lupa lak nak bagitahu tajuk lagu ni seperti yang tertera diatas.ehehe..lagu dia bertajuk Seperti Dia

Kat bawah ni jugak aku kongsikan lirik lagu ni, mana tau kan korang nak menyanyi, karok.hehehe..Apa-apa pon jangan over tau..puasa tu jangan lupa..kang xpasal menyanyi..pastu dahaga..so jgn berbuka yer..tunggu sampai waktu berbuka menjelma.

Lirik lagu Seperti Dia - Amylea :


Ku lakukan semua hanya untukmu 
Biar kau tak mengerti apa maksudku 
Namun masa terlalu singkat 
Untuk aku buktikan padamu 
Untukku... buktikan padamu 

Ku jejak tiap haluan dia tuju 

Kerna ku hanya mahu menjadi seperti dia 
Ku harap malam tak muncul bintang 
Kerna mereka tahu aku tak sama 

Ku harap malam tak muncul bintang 

Kerna mereka tahu aku tak sama 
Jalani hidupku jadi dirimu 
Mencari sesuatu yang pernah hilang 
Namun hidup terlalu singkat 
Untuk aku buktikan semua 
Untukku... buktikan semua

Download MP3 " Seperti Dia"


terima kasih kerana sudi membaca entri ini

23 June 2013

Jerebu Jun 2013

23 June 2013 / 1:28 am / Comment

Pagi ni aku nak cerita sedikit mengenai jerebu yang berlaku di Semanjung Malaysia sekarang. Jerebu di Semenanjung Malaysia terutama negeri yang berdekatan dengan Singapura seperti Negeri Johor dan Melaka. Johor antara negeri yang teruk dilanda masalah jerebu. Masalah ini boleh dilihat melalui keadaan IPU (Indeks Pencemaran Udara) dimana daerah Muar menjadi daerah yang paling teruk dilanda jerebu dengan bacaan IPU melebihi 300.

Kesian lak aku tengok orang yang tinggal di sekitar Johor terpaksa berdepan dengan masalah Jerebu ini.Takpasal2 sekolah yang terkena dengan jerebu kena tutup. Yela, bahaya kot, terutama sesiapa yang menghidapi penyakit asma nih. Setahu aku punca jerebu ini berpunca daripada kebakaran yang berlaku di Riau, Indonesia. Tapi masing-masing membuka mulut, Indonesia menyebut bahawa syarikat perladangan Singapura dan Malaysia menyebabkan pembakaran dan seterusnya menjadikan keadaan jerebu.


Sekarang ni, takperlu nak menunding jari kepada sesiapa, yang penting sekarang ni duduk semeja berbincang dan mencari idea untuk menangani masalah jerebu yang semakin teruk ini. Kalu dah tahu company mane yang membuat pembakaran terbuka ini, terus jer dakwa takyah nak tunding jari. Apa guna mahkamah kalu taknak dakwa.Tak kiralah company tu dari Malaysia ke, Singapura ke mahupun Indonesia, yang bersalah tetap bersalah.

Kat sini aku nak bagi tahap-tahap IPU yang sihat - tidak sihat ::
  • 0 - 50       : Good
  • 51 - 100   : Moderate
  • 101 - 200 : Unhealthy
  • 201 - 300 : Very Unhealthy
  • 300>        : Hazardous

Aku harap keadaan jerebu ini semakin pulih, Insyallah Amin :) dan kepada semua penduduk yang terlibat dengan masalah jerebu ini, ambil langkah berhati-hati dan sentiasa menjaga kesihatan, kalu hendak keluar sila pastikan anda memakai topeng penutup muka dan kurangkan aktiviti luar :)


terima kasih kerana sudi membaca entri ini

22 June 2013

Astro Maya HD

22 June 2013 / 2:27 pm / 1 Comment


Alhamdulilah ASTRO selaku penyiar berbayar no.1 di Malaysia telah pun melancarkan beberapa lagi saluran baru khas untuk pelanggan setia mereka. Salah satu saluran terbaru adalah ASTRO MAYA HD. Astro Maya HD adalah salah satu saluran Melayu berbentuk HD dimana akan menyiarkan beberapa rancangan-rancangan Melayu daripada ASTRO RIA, ASTRO PRIMA, ASTRO OASIS dan sebagainya. Astro Maya HD akan memulakan siarannya pada 24 Jun ini di Saluran 135.
Penonton yang suka menonton drama Misiku Kuza, rancangan temubual Primadona, program realiti tv yang paling popular di Malaysia iaitu Akademi Fantasia, program masakan Jaguh Kampung dan sebagainya akan dapat dilihat melalui saluran Maya HD.
Wah, memang best kan, dahulu kalu nak tengok secara HD korang mesti kena langgan Astro Pek Mustika kan,ni xpe, anda dh jadi pelanggan Beyond HD so anda boleh terus menikmati saluran Maya HD.

Aku pon excited gak ni nak menantikan saluran terbaru ASTRO nih, hehehe..apa-apa pon congrat ASTRO diatas penambahbaikan dan penambahbaruan dalam saluran ASTRO. Kami sentiasa menantikan penambahbaruan ini.hehehe..kot2 pasni harga jadi murah ke..lagi best kan..hahahaha..

Jom nantikan kemunculan SALURAN MAYA HD (135)


terima kasih kerana sudi membaca entri ini

Pelawat Blog

Flag Counter
COPYRIGHT@Segala apa yang tercatat dalam blog ini adalah hak milik saya..DI LARANG MENYALIN TANPA KEBENARAN