28 July 2013

Saya Dapat Dekan

28 July 2013 / 10:06 pm / 3 Comment

Assalamulaikum dan Salam Sejahtera

Terlebih aku ingin panjatkan kesyukuran kepadaMu Ya Allah kerana masih diberikan nafas untuk meneruskan kehidupan dan menjalankan ibadah puasa ini. Seperti yang aku ada post pasal keputusan peperiksaan, hari ini merupakan hari yang dnanti-nantikan oleh semua budak Universiti Utara Malaysia iaitu keputusan peperiksaan semester lepas akan keluar. Semua masing-masing menunjukkan reaksi yang tidak tenang apatah lagi sesiapa yang rasa akan dekan konpem relax je kan..hehehe..

Seperti biasa, result UUM akan keluar sepatutnya pada hari Khamis lepas namun disebabkan masalah tertentu, result tersebut ditunda kepada hari ini. So nak tak nak kena tunggu gak hari ni sampai result keluar. Result tadi keluar pada pukul 3.30ptg, namun memang takkan boleh masuk punya Portal UUM time tu, sah-sah browser cakap " No data recevied " sentap tak..memang setiap sem memang akan lalui pengalaman yang mencuakkan ini, dah la kita ni risau pasal result, dengan line yang memang hazab la.hehehe..memang banyak kali dah refresh takkan keluar punya, tapi kalu bernasib memang senang je nak masuk Portal UUM tu.

Aku seperti biasa, hari ni lain sedikit nak try check kat CC (CyberCafe) tapi memang tak menjadi sama jer, line xboleh nak masuk, so, kat sana aku mendownload video jer..nak hilangkan nervous punya pasal, lepas jer balik rumah trus bukak laptop,cucuk punya Berukband dan connect, sah..memang takleh nak bukak, geram tu memang la, tapi nak buat camne kan, so aku buat keputtusan nak tidur dulu nak hilangkan nervous..Bangun jer dari tdo terus check result, takut gak terutama paper Asas Kewangan. aku memang risau sangat paper Asas Kewangan nih tak tahu napa, sebab aku tembak lebih kurang 70 soalan msa final exam.teruk tak?? hahaha..

So, akhirnya dapat masuk portal, pastu masukkan id n password..n then leh..pastu cuak giler nak tekan keputusan..dan akhirnya keluarlah result ini....










" 3.62 "

Aku gembira sangat, impian aku untuk DEKAN akhirnya tercapai jugak, memang tidak disangkakan, walaupun semester 6 merupakan semester yang paling busy dan sakit, namun aku gagahkan diri untuk menghabiskan dengan sebaiknya dan inilah hasilnya, Aku memang ingin mengucapkan terima kaish kepada semua pensyarah yang mengajar aku sem lepas dan tak lupa juga ibubapa aku yang banyak berdoa untuk aku memperolehi kejayaan :)

Memang lain perasaan biler memperolehi anugerah DEKAN untuk sem ni, aku tidak sabar untuk memiliki sijil anugerah DEKAN itu. :) hehehehe aku rasa happy tak terkata..hehehe

#syukur rezeki bulan Ramadan :)


terima kasih kerana sudi membaca entri ini

3 comments:

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...Dah siap baca entri? Nanti jangan lupa komen yer :)

Terima kasih banyak-banyak !!!

Pelawat Blog

Flag Counter
COPYRIGHT@Segala apa yang tercatat dalam blog ini adalah hak milik saya..DI LARANG MENYALIN TANPA KEBENARAN