Showing posts with label Ramadan. Show all posts
Showing posts with label Ramadan. Show all posts

6 July 2014

Salam Ramadan

6 July 2014 / 10:19 pm / Comment

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Alhamdulillah, syukur ke hadirat illahi kerana limpah & kurniaNya dapat lagi kita meneruskan kehidupan dimuka bumi Allah SWT ini dan masih lagi diberikan kesempatan untuk merasai kenikmatan bulan Ramadan yang penuh mulia ini. Hari ni cukup 8 hari kita berpuasa, hanya tinggal 20 hari lagi sebelum kita merayakan hari kemenangan kita semua.

Seperti biasa, tahun ni aku berpuasa jauh dari family coz aku sekarang dah ada komitmen bekerja setelah mengakhiri zaman latihan industri atau dikenali dengan perkataan ringkas " praktikal ". So aku terpaksa bepruasa jauh diperantauan daripada keluarga. Hati mana tidak sedih kalau tidak dapat berbuka dan bersahur dengan family tersayang, namun apakan daya aku terpaksa kuatkan hati untuk mencari rezeki di negeri orang.

rindu si comel ni..tunggu abang balik yer.. :'(

Okeylah, setakat ni dahulu aku nak post psal Ramadan, nanti aku pos lagi yer dan citer atau update terkini pasal aku..hehehe..thanks sudi follow blog ni dan jadi follower blog ni..sayang korang..muaahhhhh..

p/s : ku mengharapkan Ramadan..kali ini penuh makna..agar dapat ku lalui dengan sempurna..


terima kasih kerana sudi membaca entri ini

10 July 2013

Diari Ramadan BLC : Ramadan Pertama

10 July 2013 / 11:00 pm / Comment


Alhamdulilah, hari ni sempurnalah kita berpuasa pertama bulan Ramadan Al-Mubarak ini. Memang tidak dinafikan aura Ramadan belum lagi merasai kerana masih awal, namun aku dah rasa kepenatan sedikit demi sedikit.hehehe..Tapi aku bersyukur kerana masih diberikan panjang umur dan diberikan kesihatan yang baik dalam melakukan ibadah puasa ini. Syukur kepadaMu Ya Allah.

Okeylah, meh aku nak kongsikan cerita Ramadan Pertama BLC. Alhamdulilah, semalam sahur bersama family yang tersayang, dengan menjamah sedikit makanan sahaja kerana mata mengantuk giler..Ya Allah hanya Tuhan sahaja yang tahu. Apa-apa pon mom thanks ea masakkan daging goreng kunyit dan daging goreng singang untuk juadah bersahur. Kitorang makan ala kadar jer untuk alaskan perut supaya tidak terlalu lapar nanti. Aku orang first yang siap makan, sebab aku nak cepat-cepat tuk tidur balik.hahaha.mengantuk..maklumla..makan dah kenyang so mata pon dah kuyup, bantal pon dah memangil, so apa lagi..terus jer pergi tido balik kat tilam yang empukkk..

Tapi, beberapa minit jer sempat tidur, sebelum aku meneruskan solat Subuh. Selesai jer solat subuh terus tidur balik..tut.tut..pukul 12.00tghhari bangun..hahaha..dahsyat kan anak teruna sorang nih.hahaha..maklumla..apa-apa pon, lepas jer bangun apa lagi mandi la..segarkan badan nih,xnak lemau-lemau,sebab hari masa panjang, nak tunggu berbuka pon lambat lagik..

Lebih kurang pukul 3.00ptg, my sister ajak pergi bank tuk urusan bank jap, so follow dyer, n tlg drive kat dye sebab dye skrg sedang mengandung anak kedua, so kena jaga elok2. wah..tak sabarnya nak menanti anak buah yang kedua nih,hehehe..my mom dan dad pon xsabar nk menantikan cucu yang keduanya. Lepas jer urusan selesai kat Maybank TM, kitorang gerak ke pasaraya Beegar, tuk beli bahan-bahan tuk popia bersalut nestum.sedapp kan.hahaha..lepas jer sebu kat BEEGAR, kitorang serbu ANEKA lak kerana ada bahan yang tak cukup. Agak lama gak kitorang keluar, dah pukul 5.30 cmtue kitorang balik rumah, ye la, masa tu la dapat tolong my mom masak Nasi Minyak untuk juadah berbuka puasa nanti. Selain itu, kitorang sempat gak tolong buat kuih Onde-Onde.sedapppp..


So, masa yang ditunggu telah pon tiba, so kitorang berbuka dengan sederhana sahaja, dan Alhamdulilah semua selamat menunaikan ibadah puasa untuk hari pertama,

Apabila perut kenyang, mata pon mula la mengantukkkk..hahaha...sampai tak pergi solat terawih malam kedua nih..ase menyesal tak dapat pergi kerana terlelap. Tapi aku berniat untuk meneruskan solat terawih pada malam ketiga nanti..Insyallah :)
Begitulah cerita aku untuk Ramadan Pertama, biasa-biasa je..hehehe..apa-apa pon aku nak ucapkan selamat berpuasa dan selamat menjamu selera semasa sahur/berbuka...jangan makan banyak sangat nanti tak larat nak pergi solat Terawih..jangan jadi macam saya..hahahaha...


terima kasih kerana sudi membaca entri ini

9 July 2013

Ramadan Datang Lagi

9 July 2013 / 1:27 pm / 4 Comment


Alhamdulilah kalu tiada apa-apa esok kita akan berpuasa untuk tahun 1434Hijrah. Rasa macam tidak percaya jer kedatangan bulan yang penuh dengan pahala dan rahmat iaitu Ramadan akan menjelma esok. Aku bersyukur kerana diberikan kesihatan yang baik untuk meneruskan kehidupan dan menyambut bulan Ramadan kali ini dengan penuh ketakwaan.

Tentu korang sudah bersediakan untuk menyambut bulan yang penuh keberkatan ini kandan segala persiapan telah pon dilakukan untuk menyambut Ramadan kali ini. Alhamdulilah, aku kali ini berpuasa bersama family yang tersayang dan sederhana sahaja. Sememangnya aku tidak sabar untuk menantikan kedatangan bulan Ramadan kali ini kerana aku ingin berpuasa dengan sebaik-baiknya dan lebih baik daripada tahun lepas.hehehe..

Memandangkan esok dah start bepruasa , maka malam ini bermulalah Solat Terawih. Solat terawih ni banyak pahalanya dan hanya bulan Ramadan sahaja yang ada solat Terawih ini. Aku juga berharap aku dapat menunaikan solat Terawih kali ini dengan penuh sekali. Nanti aku akan update pasal kelebihan setiap malam bagi solat Terawih, nanti korang boleh tambahkan pengetahuan korang kan :) beramal

Dengan kehadiran bulan Ramadan ini juga, maka banyaklah Pasar Ramadan menjual makanan yang memang begitu menyelerakan, ada yang membeli sampai tak ingat dunia dan juga ada yang membeli memang takkan sampai nak makan,. buang begitu jer...tapi sebaik-baiknya kita hendaklah tidak digalakkan membazir dalam bulan Ramadan ini, kita haruslah membeli apa yang patut sahaja dan sekadar untuk mengenyangkan perut, jangan membeli kerana nafsu.Memang tidak dinafikan , bile jer pergi pasar Ramadan, memang banyak jenis aneka lauk pauk, kuih muih yang sedap, hehehe..ingat beli yang patut je dan apa yang nak makan untuk berbuka jer ye..hehehe..nasihat untuk diri sendiri jugak :p

Apa-apa pon, semoga kita dapat menunaikan kewajipan kita dalam menunaikan ibadah puasa ini dengan penuh keredhaan dan ketaqwaan daripada Allah SWT..Insyallah :)
Salam Ramadan Al-Mubarak semua follower blog ini yer :)


terima kasih kerana sudi membaca entri ini

Pelawat Blog

Flag Counter
COPYRIGHT@Segala apa yang tercatat dalam blog ini adalah hak milik saya..DI LARANG MENYALIN TANPA KEBENARAN