8 September 2013

Semester Terakhir UUM

8 September 2013 / 12:28 pm / Comment

Alhamdulillah hari ni aku telah pun melangkah kaki ke kuliah untuk meneruskan pengajian aku di semester terakhir di UUM.Akhirnya aku dapat jugak bergelar sebagai pelajar tahun akhir dan semester akhir bagi kos Sarjana Muda Pemasaran dengan Kepujian, In sha Allah.


Wah..bersemangat giler aku nak sambung semester ketujuh aku nih, yela, maklumla aku sekarang kan nak score 4 flat tuk keputusan peperiksaan semester akhir nanti. Alhamdulilah tahun akhir ni aku hanya mengambil sebanyak 4 paper sahaja iaitu
  • Pengantar Penulisan
  • Pengurusan Penjenamaan
  • Pengurusan Pengiklanan
  • Undang-Undang Siber
Aku berharap dengan usaha dan niat yang baik ini aku dapat mendalami ilmu-ilmu yang akan diajar oleh pensyarah-pensyarah nanti. Aku berharap aku dapat memahami apa yang diajar oleh pensyarah paper-paper tersebut.

Hari ni, aku baru juga selesai ADD/DROP MANUAL kerana aku tidak dapat mengambil paper elektif bebas kerana paper tersebut " missing " dalam jadual aku. So aku kena add paper tersebut. Setelah berjalan sakan kat dewan kuliah untuk menguruskan paper add nih, lenguh jugak kaki nih,maklumla aku nih tak biasa dah jalan jauh-jauh setelah dua bulan cuti kan..hahaha..

Akhirnya setelah pergi Bangunan Utama COB untuk uruskan add/drop aku,akhirnya selesai jugak..Alhamdulilah :) Korang nanti doa2kan aku yer biar cepat habiskan pengajian dengan baik dan cemerlang ea...... :)

tak percaya jer aku dah semester akhir...hehehehe :p


terima kasih kerana sudi membaca entri ini

14 August 2013

Kereta Sedan Perodua : Jaguh

14 August 2013 / 1:29 pm / Comment


Tadaaa...cantik tak kereta sedan yang pertama kali dikeluarkan oleh Perusahaan Automobil Kedua Malaysia (Perodua). Nampaknya Perodua mengambil langkah yang bijak dalam mengeluarkan sebuah kereta sedan yang pertama kalinya. Sebelum ini, Perodua telah pun mengeluarkan kereta kompak seperti Viva, Myvi, dan yang terbaru MPV Alza. Ternyata kesemua model kereta sebelum ini memang tidak dinafikan menjadi pilihan orang ramai dalam memiliki kereta.

Perodua Sedan yang dinamakan sbg JAGUH menjadi adik beradik dalam kalangan model-model kereta keluaran Perodua. Nampaknya Jaguh akan bersaing hebat dengan keluaran kereta-kereta yang lain terutama buatan Malaysia iaitu Proton.Sekali imbas tengok Perodua Jaguh ni macam Proton Saga FL, namun lain..hehehe..itulah kelainan yang ditonjolkan dalam kereta sedan ini. Nasib baik la Perodua Jaguh ni xde yang mix mana-mana model Perodua sebelum ini..hehehe..

Bagi aku, memang cantik bahagian hadapan kerana ia seakan nampak kukuh dan seiras macam Toyota Vios bahagian hadapan,cuma kat belakang tu nampak kurang sedikit. Tapi dengan adanya kereta sedan Jaguh ini membolehkan Perodua mengukuhkan lagi kedudukan sebagai pengeluar kereta yang terbaik dan menjadi pilihan no.1 Malaysia oleh pengguna kereta.

Aku tak sure biler Perodua Jaguh ini akan dilancarkan, namun dengar ura-ura, ia akan dilancarkan pada bulan 11 or 12 tahun ni, namun sama-sama kita nantikan pelancarannnya dan juga harga sebuah Perodua Jaguh ini.Wah xsbr rasa nak tengok Perodua Jaguh ni atas jalan raya nanti,Arap-arap semua kondisi kereta tersebut dalam keadaan baik, jangan buat onar sudah..hehehe..


terima kasih kerana sudi membaca entri ini

13 August 2013

Sinetron Love In Paris

13 August 2013 / 5:05 pm / 2 Comment


Sebuah lagi drama atau sinetron Indonesia yang akan menemui anda dikaca TV3 dalam slot sinetron menggantikan sinetron Annisa yang telah pun melabuhkan tirainya. Sinetron " Love In Paris " lakonan Dimas Anggara , Michelle Ziudith, Rio Dewanto, Yunita Siregar dan ramai lagi akan menemui anda pada 14 Ogos 2013 ini pada pukul 2.00ptg hingga 3.00ptg. Love In Paris ini diarahkan oleh Iqbal Rais dan dikeluarkan oleh Screenplay Production dan TV5MONDE. Sinetron Love In Paris ini mempunyai 2 musim dan episodnya sehingga 116 episod.

Inilah barisan pelakon yang membintangi Sinetron " Love In Paris " :













Perghh panjang berjelar la sinetron Love In Paris ni, namun tak hairan la kalau sinetron Indonesia mahupun sinetron dari luar negara, kebanyakan memang banyak episod dan ceritanya banyak mengarut meraban..tak gitu..hehehe..Namun aku harap cite ni best la memandangkan aku dah review sinposis dye, cam best je aku tengok..so korang sebelum menonton sinetron ni, korang leh review dulu sinopsis kat bawah nih..Pasni kalu dah tengok, konpem korang dah paham jalan ceritanya..

Sinopsis Sinetron " Love In Paris " :
...................................................................................................................................................................
Yasmin (Michelle Ziudith) berangkat ke Paris atas undangan Pusat Kebudayaan untuk membuat pameran fotografi. Setelah sampai disana, ia tidak menemui Rafa (Rio Dewanto), iaitu sahabat sejak kecil yang telah lewat menjemput. Kejadian yang tidak dingin berlaku ke atas Yasmin dimana dua orang pencuri mencuri kamera miliknya. Nasib baik ada Reno (Dimas Anggara), pemuda kaya raya yang berasal dari Indonesia yang sudi menolong Yasmin. 

Dalam keadaan yang masih bingung, Yasmin yang berjalan kaki secara tidak sengaja melanggar Aqila (Yunita Siregar) hingga iPad milik Aqila jatuh dan hancur. Yasmin tidak memiliki wang untuk mengganti Ipad tersebut, Aqila lantas memaksa Yasmin membantu mengemaskan apartment miliknya. 

Tiada sesiapa yang mengetahui bahawa Aqila dan Yasmin adalah sebenarnya saudara kembar dari pasangan Arif (Surya Saputra) dan Farah (Amara). Kedua-duanya tertukar akibat perbuatan Jihan (Maeeva Amin), sahabat Arif dan Farah. Jihan sakit hati kerana tidak berjaya mendapatkan Arif. Jihan yang bekerja sebagai seorang doktor nekad mengambil salah satu anak kembar yang dilahirkan oleh Farah. 

Jihan memberitahu kepada Arif dan Farah, bahawa salah satu bayi kembar mereka, yang setelah dewasa bernama Aqila, tidak berjaya diselamatkan. Aqila kini menyambung pelajaran di Perancis, dan menjadi sahabat Rafa. Selain itu, Aqila masih terus mengejar cinta Reno. 

Di Jakarta, Alya (Marcella Daryanani) lari dari rumah kerana kesal terhadap ibubapanya. Adik Yasmin itu merasakan bahawa Arif dan Farah lebih menyayangi Yasmin berbanding dirinya. Alya tidak pernah mengetahui bahawa perlakuan berbeza itu semata-mata karena Yasmin menghidap dan menderita leukimia dan dikesan sewaktu berumur tidak lebih dari 20 tahun. Alya yang lari bersama Dygta (Haykal Kamil), kekasihnya, mengalami kecelakaan hingga koma. Di hospital tempat Alya dirawat, Arif dan Farah akhir kembali bertemu Jihan. 

Di Perancis, Yasmin berjaya melarikan diri dari apartemen Aqila di tingkat lima melalui jendela. Pada ketika itu, Reno berhasil menangkap Yasmin yang nyaris jatuh. Setelah Yasmin sedar dari pengsan, Reno mengatakan bahawa dia bersedia membawa gadis itu ke tempat sahabat Rafa, asalkan Yasmin mahu menolong dirinya. Setelah mengubah penampilan Yasmin, Reno lalu membawa Yasmin ke majlis hari lahir Aqila, dengan memperkenalkan gadis itu sebagai kekasih Reno. Tidak hanya Aqila, Rafa yang juga datang ke majlis itu pun terkejut melihat Yasmin bersama Reno. Sementara itu sejak bertemu dengan Yasmin, Reno sebenarnya sudah jatuh hati. Seiring waktu, cinta Rafa dan Reno kepada Yasmin ternyata terus mekar berkembang. Sementara itu Yasmin yang jatuh cinta kepada Reno memutuskan untuk tidak membiarkan cintanya berkembang lantaran penyakit leukemia yang diderita Yasmin. 

Keputusan Yasmin itu membuat Reno kecewa. Meskipun begitu, Reno pantang menyerah untuk mengejar cinta Yasmin. Di lain pihak, Rafa akhirnya menyatakan cinta pada Yasmin. Hingga satu hari Rafa mengalami musibah kecelakaan, sementara, Reno terkena serangan jantung. Baik Rafa maupun Reno dirawat pada rumah sakit yang sama. Secara tidak sengaja, Yasmin menemukan bakal penderma jantung milik Rafa. Saat itu pula Yasmin mengalami dilema hebat. Di satu sisi dia harus menyelamatkan Reno, orang yang dicintai, di sisi lain Yasmin tidak mungkin mengorbankan Rafa, sahabatnya sendiri. 

Belum sempat berbuat apa-apa, Yasmin harus pulang ke Indonesia karena masa tinggalnya di Perancis sudah berakhir. Apa boleh buat, dengan membawa hati yang hancur, Yasmin pulang ke tanah air tanpa mengetahui nasib baik Rafa mahupun Reno.

Setelah sampainya di Jakarta, Yasmin uoba menelefon Aqila. Namun, tidak seorang pun mengangkat telepon dari Yasmin. Keruan saja ia bertambah risau dan teringat keselamatan Rafa dan Reno. Hingga suatu ketika, Yasmin bertemu Reno di Jakarta...Apakah akan berlaku nanti ?? Adakah cinta Yasmin dan Reno akan bersatu ??
...................................................................................................................................................................

So, anda boleh lah tengok sendiri yer kat TV3 nanti yang akan disiarkan pada 14 Ogos 2013 dalam slot Sinetron, pada setiap hari Isnin hingga Khamis , pukul 2.00petang hingga 3.00 petang.


terima kasih kerana sudi membaca entri ini

Pelawat Blog

Flag Counter
COPYRIGHT@Segala apa yang tercatat dalam blog ini adalah hak milik saya..DI LARANG MENYALIN TANPA KEBENARAN