21 July 2013

Bank Islam Mengekalkan Kembali RM10 Akaun Simpanan

21 July 2013 / 8:07 pm / 2 Comment

Salam semua, dah siap berbuka..Alhamdulilah syukur kerana dapat melaksanakan ibadah puasa dah masuk hari ke-12. Tinggal beberapa minggu je lagi bulan Ramadan akan meninggalkan kita. Rasa sayu asenya bile BULAN RAMADAN akan meninggalkan kita, ye la setahun sekali kita berpuasa, melakukan solat terawih dan sebagainya. So insyallah, kita harap dapat isi pengisian Ramadan yang selebihnya dengan amalan-amalan yang diterima oleh ALLAH SWT..Insyallah :)

Okeylah, hari ni aku nak cerita sedikit mengenai isu polisi yang pasal RM50 dalam BANK ISLAM tu, hari ni memang ternyata pihak BANK ISLAM telah mengubah polisi daripada RM50 kepada RM10 dalam akaun simpanan dalam bank. Terkejut gak aku tengok, tapi ALHAMDULILAH, nampaknya pihak BANK ISLAM telah mengambil pendekatan mendengar masalah yang dirunguti oleh pelanggan beliau melalui FB.


Sebenarnya aku saje je nak test dapat keluarkan ke x duit RM50 dalam bank tu, tapi sek baik la mesim ATM tu berbunyi untuk mengeluarkan duit dan tiada lagi tertera dekat screen ATM " BAKI ANDA TIDAK MENCUKUPI" hahahaha..seronok giler asenya bile dapat keluarkan duit RM50..poyo kan aku, padahal RM50 je pon, bukannya RM5000..hahahaha..

Aku rasa ,orang lain pon dh boleh asenya mengeluarkan duit masing-masing dan boleh la nak tinggal bpe dalam akaun tu..So, isu pasal polisi ini sudah selesai :)

Okeylah,saje je nk post pasal ni,,nak update pasal ni tuk korang sumer...bye..jgn lupa solat terawih yer..hahaha..Assalamualaikum


terima kasih kerana sudi membaca entri ini

2 comments:

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...Dah siap baca entri? Nanti jangan lupa komen yer :)

Terima kasih banyak-banyak !!!

Pelawat Blog

Flag Counter
COPYRIGHT@Segala apa yang tercatat dalam blog ini adalah hak milik saya..DI LARANG MENYALIN TANPA KEBENARAN