25 July 2013

Jonathan Apprentice Asia Pertama

25 July 2013 / 1:07 am / Comment

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua.

Okeylah hari ni aku nak kongsikan satu sedikit mengenai program realiti tv yang sedang dimainkan di saluran AXN (Saluran 701, AXN HD - 720) iaitu Apprentice Asia. Apprentice Asia ini merupakan sebuah program realiti tv dimana mencari bakat seorang perantis untuk mentadbir sesebuah syarikat. Apprentice Asia ini adalah merupakan copyright daripada sebuah program realiti tv yang famous yang dimiliki oleh jutawan terkenal iaitu Donald Trump. Apprentice ini merupakan hasil idea yang dilakukan oleh Donald Trump untuk mencari seseorang yang sesuai untuk bekerja dengan mereka. Begitulah juga dengan Apprentice Asia ini dimana selaku bos yang besar iaitu Pengarah Urusan Syarikat Penerbangan Tambang Murah Air Asia iaitu Datuk Tony Fernandes. Datuk Tony Fernandes akan mencari seseorang yang berkemampuan dan memiliki gaya dan kehebatan dalam bekerja dengan beliau dalam Air Asia nanti. Seramai 12 perantis yang bersaing dalam mengekalkan kedudukan dalam Apprentice Asia ini namun hanya seorang sahaja yang layak ditabalkan sebagai Juara Apperentice Asia musim pertama.Dalam kalangan 12 orang perantis itu terdapat perantis daripada Malaysia, Filipina, Singapura, Indonesia, China dan juga India serta Thailand.

Itu serba sedikit mengenai latar belakang Apprentice Asia. Seperti yang kita sudah tahu, dua orang yang telah dipilih oleh Datuk Tony untuk berentap di final Apprentice Asia iaitu Jonathan daripada Filipina dan Andrea daripada Singapura. Kedua-dua merupakan perantis yang hebat dan telah menewaskan 10 orang perantis yang lain dalam mengekalkan dalam kedudukan Apprentice Asia tersebut.


Memandangkan tajuk dah terang tang-tang..so aku nak cerita la mengenai Jonathan. Jonathan merupakan seorang perantis dari Filipina dimana dia seorang yang bersemangat dan sesuai untuk diambil bekerja dalam pengurusan AirAsia (sesuka aku jer kan memilih orang..hahaha..) Beliau nama sebenar Jonathan Allen Yabut  berumur 27 tahun dan berasal daripada Filipina. Beliau merupakan pemegang Sarjana Sains dalam Ekonomi di Universiti Filipina.Yelah, kalau korang tengok daripada episod pertama sampailah episod 9 telah menampakkan seorang juara untuk musim pertama ini. Aku bukanlah bias kerana aku lelaki dan aku pilih lelaki sebagai juara. Namun dengan kehebatan dan memiliki sifat kepimpinan yang baik mampu menjulang nama Jonathan sebagai juara Apperentice Asia pertama. Aku rasa Jonathan lagi layak untuk merangkul juara itu kerana Datuk Tony sendiri berasa yakin untuk mengambil Jonathan bekerja dengan beliau.

Aku tak cakap si Andrea daripada Singapura tu takleh menang, dia pon hebat jugak dan mampu jadi saingan dalam pemilihan juara Apprentice Asia, cuma beliau kekurang pengalaman dalam mengurus sesebuah, namun jika diberikan peluang, mungkin Andrea akan mengambil peluang ini dan membanggakan Datuk Tony.

Memandangkan Apprentice Asia akan melabuhkan tirainya pada minggu hadapan, aku akan memilih terus Jonathan sebagai juara Apprentice Asia yang pertama. Dia lebih layak kerana mempunyai pengalaman dalam bidang yang diceburinya, mana tahu mungkin akan membanggakan pengurusan AirAsia.Apa-apa pon goodluck untuk korang berdua yer..Datuk Tony Fernandes tahu pilihan beliau adalah pilihan yang terbaik...

Teringin gak nak masuk Apprentice nih,cam best jer..mana tau dapat peluang yang hebat camne,insyallah rezeki nanti :)


terima kasih kerana sudi membaca entri ini

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...Dah siap baca entri? Nanti jangan lupa komen yer :)

Terima kasih banyak-banyak !!!

Pelawat Blog

Flag Counter
COPYRIGHT@Segala apa yang tercatat dalam blog ini adalah hak milik saya..DI LARANG MENYALIN TANPA KEBENARAN