17 September 2013

Selamat Hari Malaysia

17 September 2013 / 1:24 am / Comment


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Alhamdulilah, hari ni masih diberikan kesempatan untuk meneruskan kehidupan di muka bumi Allah ini dan melakukan apa yang disuruh oleh Allah SWT :)

Masih belum terlambat lagi aku nak wish SELAMAT HARI MALAYSIA 2013. Sepatutnya semalam aku wish dan post pasal Hari Malaysia ni, namun kekangan masa dan juga atas sebab-sebab tertentu aku terpaksa postpone update pasal Hari Malaysia. Seperti orang ramai tahu, semalam Malaysia telah menyambut Hari Malaysia yang ke-50. Mungkin sesetengah orang tidak mengetahui apa yang dimaksudkan dengan Hari Malaysia. Ada juga mengatakan Hari Malaysia ni kesinambungan daripada Hari Kemerdekaan dan juga ada yang berpendapat lain. Namun pelbagai tanggapan dan persepsi mengenai Hari Malaysia ini.

Okeylah, memandangkan aku bersemangat untuk menceritakan Hari Malaysia ni, jom aku menerangkan dengan serba sedikit mengenai Hari Malaysia ini.

  • Hari Malaysia merupakan hari dimana memperingati penubuhan persekutuan Malaysia pada tahun 1963. 
  • Melalui penubuhan ini, Sabah (Borneo Utara), Sarawak dan juga Singapura bersama-sama menyertai Tanah Melayu dalam membentuk Malaysia.
  • Pembentukan persekutuan baru ini dirancangkan berlaku pada 1 Jun 1963 namun kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1963 bagi membolehkan ia disambut bersama-sama dengan sambutan hari kemerdekaan ke-6. 
  • Beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina untuk pembentukan Malaysia memperlambatkan pengisytiharan hingga ke 16 September pada tahun yang sama. 
  • Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memperuntukkan masa membuat pungutan suara di Borneo Utara (kini Sabah) danSarawak.
  • Hari Malaysia merupakan cuti am di negeri Sabah sempena hari keputeraan Yang Di-Pertua Negeri.
  • Walupun pada awalnya Hari Malaysia bukan merupakan cuti am di Sarawak dan Semenanjung Malaysia, namun mulai tahun 2010, Hari Malaysia juga merupakan cuti am di semua negeri di Malaysia.

Okeylah itu serba sedikit mengenai Hari Malaysia yang boleh aku ceritakan kepada korang semua.Baiklah mataku pon dah mengantuk, so nanti aku update lagi yer mengenai post-post yang menarik lak..hehehe..Selamat Malam....
Malaysiaku Tanah Air..Tumpah Darahku..I Love My Malaysia


terima kasih kerana sudi membaca entri ini

8 September 2013

Semester Terakhir UUM

8 September 2013 / 12:28 pm / Comment

Alhamdulillah hari ni aku telah pun melangkah kaki ke kuliah untuk meneruskan pengajian aku di semester terakhir di UUM.Akhirnya aku dapat jugak bergelar sebagai pelajar tahun akhir dan semester akhir bagi kos Sarjana Muda Pemasaran dengan Kepujian, In sha Allah.


Wah..bersemangat giler aku nak sambung semester ketujuh aku nih, yela, maklumla aku sekarang kan nak score 4 flat tuk keputusan peperiksaan semester akhir nanti. Alhamdulilah tahun akhir ni aku hanya mengambil sebanyak 4 paper sahaja iaitu
  • Pengantar Penulisan
  • Pengurusan Penjenamaan
  • Pengurusan Pengiklanan
  • Undang-Undang Siber
Aku berharap dengan usaha dan niat yang baik ini aku dapat mendalami ilmu-ilmu yang akan diajar oleh pensyarah-pensyarah nanti. Aku berharap aku dapat memahami apa yang diajar oleh pensyarah paper-paper tersebut.

Hari ni, aku baru juga selesai ADD/DROP MANUAL kerana aku tidak dapat mengambil paper elektif bebas kerana paper tersebut " missing " dalam jadual aku. So aku kena add paper tersebut. Setelah berjalan sakan kat dewan kuliah untuk menguruskan paper add nih, lenguh jugak kaki nih,maklumla aku nih tak biasa dah jalan jauh-jauh setelah dua bulan cuti kan..hahaha..

Akhirnya setelah pergi Bangunan Utama COB untuk uruskan add/drop aku,akhirnya selesai jugak..Alhamdulilah :) Korang nanti doa2kan aku yer biar cepat habiskan pengajian dengan baik dan cemerlang ea...... :)

tak percaya jer aku dah semester akhir...hehehehe :p


terima kasih kerana sudi membaca entri ini

14 August 2013

Kereta Sedan Perodua : Jaguh

14 August 2013 / 1:29 pm / Comment


Tadaaa...cantik tak kereta sedan yang pertama kali dikeluarkan oleh Perusahaan Automobil Kedua Malaysia (Perodua). Nampaknya Perodua mengambil langkah yang bijak dalam mengeluarkan sebuah kereta sedan yang pertama kalinya. Sebelum ini, Perodua telah pun mengeluarkan kereta kompak seperti Viva, Myvi, dan yang terbaru MPV Alza. Ternyata kesemua model kereta sebelum ini memang tidak dinafikan menjadi pilihan orang ramai dalam memiliki kereta.

Perodua Sedan yang dinamakan sbg JAGUH menjadi adik beradik dalam kalangan model-model kereta keluaran Perodua. Nampaknya Jaguh akan bersaing hebat dengan keluaran kereta-kereta yang lain terutama buatan Malaysia iaitu Proton.Sekali imbas tengok Perodua Jaguh ni macam Proton Saga FL, namun lain..hehehe..itulah kelainan yang ditonjolkan dalam kereta sedan ini. Nasib baik la Perodua Jaguh ni xde yang mix mana-mana model Perodua sebelum ini..hehehe..

Bagi aku, memang cantik bahagian hadapan kerana ia seakan nampak kukuh dan seiras macam Toyota Vios bahagian hadapan,cuma kat belakang tu nampak kurang sedikit. Tapi dengan adanya kereta sedan Jaguh ini membolehkan Perodua mengukuhkan lagi kedudukan sebagai pengeluar kereta yang terbaik dan menjadi pilihan no.1 Malaysia oleh pengguna kereta.

Aku tak sure biler Perodua Jaguh ini akan dilancarkan, namun dengar ura-ura, ia akan dilancarkan pada bulan 11 or 12 tahun ni, namun sama-sama kita nantikan pelancarannnya dan juga harga sebuah Perodua Jaguh ini.Wah xsbr rasa nak tengok Perodua Jaguh ni atas jalan raya nanti,Arap-arap semua kondisi kereta tersebut dalam keadaan baik, jangan buat onar sudah..hehehe..


terima kasih kerana sudi membaca entri ini

Pelawat Blog

Flag Counter
COPYRIGHT@Segala apa yang tercatat dalam blog ini adalah hak milik saya..DI LARANG MENYALIN TANPA KEBENARAN