20 July 2013

Polisi Baru Bank Islam : Minimum RM50 Akaun Simpanan

20 July 2013 / 9:54 pm / 44 Comment

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua, apa khabar yer, diharap korang sumer sihat-sihat belaka la yer kehendakNya. Sudah lama aku tidak mengupdate blog ini kerana aku terlalu busy sedikit dan faktor kemalasan jugak menjadi faktor utama untuk online..hehehe.Hari ni aku ada satu isu yang mana mungkin korang dah tahu dan ada yang belum tahu lagi.
Isu yang aku nak utarakan ini adalah mengenai polisi baru Bank Islam Malaysia Berhad dimana telah menyelaraskan dengan meminimumkan RM50 dalam akaun simpanan dalam bank tersebut. 
Aku sebenarnya terkejut jugak dengan polisi yang dikeluarkan oleh BANK ISLAM ini, patutla baru ini aku hendak draw my money dalam bank namun mesim ATM tu berkata " BAKI TIDAK MENCUKUPI"..Terkejut kot, tetiba jer kata baki tidak mencukupi padahal aku dah check baki akaun tu, elok jer RMXX tapi biler nak keluarkan tak boleh..aku pon jadi hairan la, mula la pikir yang bukan bukan..ish2.. 
So, lepas jer aku pergi ATM pajak Gadai BANK ISLAM, aku cuba pulak kat ATM MAYBANK, kot2 la dapat, mungkin ATM kat pajak gadai tu takde duit ker..maklumla, time tu kan time cuti, so taktau la ada duit ke x dalam mesin ATM tu, lepas jer aku masukkan pin dalam ATM tu terus aku nak keluarkan duit yang aku mahu, namun mesim ATM tersebut jugak mengeluarkan "BAKI TIDAK MENCUKUPI" erghhhh tension aku asenya, mana taknya dah la aku urgent nak guna duit tu, dah jadi camne, terus jer aku bad mood. 
Ape lagi aku terus g serang bank ISLAM keesokannya, so aku pon try la sekali lagi masukkan kad dalam ATM mesin tu, so, biler nak keluarkan masih keluar jugak BAKI TIDAK MENCUKUPI, so bukan aku sorang jer jadi cmni, so makcik kat sebelah aku pon turut alami masalah yang sama dengan aku, so biler jer dye minta bantuan pegawai keselamtan tu, barulah aku tahu yang BANK ISLAM sekarang telah menyelearskan meminimumkan setiap akaun simpanan hendaklah RM50.So dah tahu perkara sebenarnya aku terus jer balik..so xleh nak buat ape da....naik angin punya pasal..terus update status kat FB..sorry yer BANK ISLAM :)
So begitulah cerita aku, nak dikatakan cerita jugak, aku pon terus bukak FB BANK ISLAM, berlambak dengan post-post dari pelanggan bank tersebut dengan tidak berpuashati apabila adanya polisi macam ini. Disini aku leh sertakan beberapa komen oleh pelanggan itu :) (nak tengok dengan jelas, klik setiap gambar)

 


Majoriti yang post adalah student u dimana ye la sekarang kan musim perayaan, so diorang pon nak guna duit gak untuk perbelanjaan mereka nanti.

Sebenarnya, sepatutnya pihak pengurusan BANK ISLAM kenalah memberitahu kepada semua pelanggan mereka dimana dengan mengeluarkan polisi seperti ini tidaklah kami berpikiran bukan-bukan, dan apabila aku menulis pasal isu ini, bukanlah aku nak memburukkan mengenai BANK ISLAM, namun sekadar untuk meluahkan isi hati aku sebagai seorang pengguna/pelanggan bank tersebut. Apabila adanya maklumbalas dan jugak penerangan daripada pihak bank mungkin dapat menjernihkan keadaan dan memulihkan balik nama bank itu. Aku rasa mungkin nama BANK ISLAM mungkin tercalar sedikit dengan isu ini, namun aku juga denganr sekarang pihak pengurusan dah menarik balik isu polisi minimum RM50 dalam akaun itu kepada minimum RM10. So kalau lah betul, Alhamdulilah, akhirnya pihak pengurusan tahu mengenai maklumbalas pihak pelanggannya.

Okeylah sampai disini sahajalah coretan aku kali ini, so aku tak memperbesarkan mengenai isu ini kan tak pasal-pasal aku kena SAMAN gara-gara keluarkan kenyataan yang tidak sepatutunya, apa-apa pon harap semua dapat diselesaikan dengan cara yang baik.

Salam Ramadan :)


terima kasih kerana sudi membaca entri ini

44 comments:

  1. AsSalam..mana ada Bank Islam tukar balik polisi minimum RM10..masih tak tukar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye..akaun di bank saya berbaki rm56..cuba nk keluarkan semalam rm20..tapi baki tidak mencukupi katanya..

      Delete
    2. Aslkm.berbanding dgn bank yg lain.bank yg lain tak mengamalkan pekara sedemikian.bank lain hanya rm10.00saja yg tinggal.berbanding bank islam.kena tinggal rm50.00.bayangkan kalau rm50.00setiap orang kalau 50rbu orng.berapa banyak duit kita yg dipegang olih bank islam.memang tercalar sikit nama islam berbanding bank lain dimalaysia.sampai bila pekara ini berterusan.kesian pada budak sekolah walau pun ada rm50dlm akaun tapi tk.leh keluar.

      Delete
  2. baru terkena semalam. geram betul. sampai skrg masih ada lagi polisi min rm50 tu. jawapannya minggu depan saya nak close acct n buka di bank lain.

    ReplyDelete
  3. Baru kena ri ni.. Dah nak habis uni life.. So dgn kwn nak gi kluarkan duit.. Mn tau kena tinggalkan minimum RM50 Kat akaun tu.. Geram betul.. Xkan guns bank Islam anymore.. Bank makan duit rakyat..

    ReplyDelete
  4. Sy baru buka akaun smlm dan minimum duit baki dlm akaun adalah rm50rgt..xda tukar2

    ReplyDelete
  5. Mmng mnyusahkan...hbis tu klu kita nak ttup akaun dpt blik x duet..

    ReplyDelete
  6. Tp lg pelik sy nk withdraw rm100 die ckp baki x mncukupi..mmng skit atila...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang la.sbb prlu tgglkn baki rm50 dlm bank

      Delete
  7. Dierang kata simpanan i-wadiah punya jenis akaun shj...aku taktau akaun aku jenis haper...tapi aku dgr walaupun dah minimum rm10, dia boleh set mesin tu tak bg kluar rm10-10...doakan aku tak kebulur besok...guagua

    ReplyDelete
  8. sy baru bt bank islam kemarin . bank in 100 pstu tgk baki tnggal; 87 ringgit . pastu 50 mmg kena kekal dlm tu . huhu sdih

    ReplyDelete
  9. anonymous 16 April.. sama la..

    ReplyDelete
  10. Kesian.adik saya kt u pun sama.arini ingat nk keluar duit rm 50 dari bank,tapi xdpt.check balance rm 30.sedangkan dia x withdraw pun sebelum ni.

    ReplyDelete
  11. Kesian.adik saya kt u pun sama.arini ingat nk keluar duit rm 50 dari bank,tapi xdpt.check balance rm 30.sedangkan dia x withdraw pun sebelum ni.

    ReplyDelete
  12. jahatnye bank islam macam bukan islam dah bila buat camtu. lagi baik bank yg tak islam. huhu

    ReplyDelete
  13. Samalah. 10 bank pg cucuk duit.hampah betui

    ReplyDelete
  14. Terkena jugak. Hamjadu. Dah la nk pakai duit 😠😠😠

    ReplyDelete
  15. salam...nk tanya..baki akaun simpanan saya sepatut ade dlm rm13 dlm tu..tp tadi p check ade rm0.27..macam mana boleh jadi 27sen?????cuba explain....

    ReplyDelete
  16. salam...nk tanya..baki akaun simpanan saya sepatut ade dlm rm13 dlm tu..tp tadi p check ade rm0.27..macam mana boleh jadi 27sen?????cuba explain....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama mcm sy..bodoh punya bank Islam,mcm bank israIs dah.aku mula² kne 13ringit,pastu 15ringgit pula.

      Delete
  17. aiman36 zeck36:caj yuran tahunan kad kot.

    ReplyDelete
  18. Buto lah. Nyusah kan org. Nme je bank islam

    ReplyDelete
  19. Kenapa sy bole kuarkan duit
    .. Sy tgalkan duit kt dlm rm16 lbih.

    ReplyDelete
  20. Kenapa sy bole kuarkan duit
    .. Sy tgalkan duit kt dlm rm16 lbih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awak withdraw duit dkt atm bank islam ke ?

      Delete
    2. Awak withdraw duit dkt atm bank islam ke ?

      Delete
    3. Sy semua xbole kuarkan..semua atm bank xbole,baki ada 57

      Delete
  21. Kenape akaun simpanan aku kene tolak 12 ringgit cmtu ehh...mase aku cek baki akaun aku..kejut beruk aku..bukan ape 12 ringgit tu kira byk sebab bukn kaya sgt aku nii...masa tu mane ade aku keluarkan duit pape..ke ambil resit berbayar ke

    ReplyDelete
  22. Kalau nak buka account kad islam sebenar berapa ye?

    ReplyDelete
  23. baru kena semalam..tak boleh keluar langsung rm 50..dah tey dekat mesin meps pun sama jugak..rm 40 ke rm 30 ke mmg burn gitu jela..nyesal saving duit balik kampung kak situ nk keluarkan semua kena tahan rm50.. last saving dekat bank islam..will close account.

    ReplyDelete
  24. Salam.nak tanya. Kalau nak close account bole amek balance duit ke? Or still kne tinggal rm50 tu?

    ReplyDelete
  25. Klu close account dpt full amount. Diorang cuma tahan RM 10 dlu sy penah kol tnya.. Klu beli online boleh je pakai lg RM 40 tu..Cuma masalahnya utk atm diorang bg kluar minimum RM 50 je..tu yg susah tu.

    ReplyDelete
  26. Ade sesape pernah kena block bank islam x?..dibekukan xkira berape amount?

    ReplyDelete
  27. La patut la..masa sy ngan ank sy nak ambil duit bantuan nya xdpt nk keluarkan..da la bantuan2 je kali bila nk g ambil tak blh..adoi

    ReplyDelete
  28. Bantuan cuma Rm100 je buat kad Rm8 Tinggal Rm92..nk beli buku pun xdpt hm..baik tak paya buka acc dekat sna..ok lgi bsn da 3 buku acc ank sy tu pun bkn blh isi sy ngan suami bukan bekerja..ingt nk ambil duit tu nk beli baju sekolah ank tpi hampe Rm40 je blh ambil

    ReplyDelete
  29. sy arini bru tahu..mak xleh kuar duit bsh..de balance 119..leh kuarkan 50 je..dahla tngah sesak ni..apela.

    ReplyDelete
  30. Bank Islam kena kekalkan RM 50 dalam tu mana producer depa pakai Tak tau nama ja bank Islam cara Tak macam Islam baik buka kat rhb ko org boleh ambil habis sampai tunggal 0000 hahaha

    ReplyDelete
  31. Macam mana nak keluarkan duit dari saving akaun..apasal bila aku cek baki kat online banking lain dgn cek dkt mesin atm....kat saving akaun ada rm336 tapi bila cek kat ATM baki tggl RM76 apahal doh pening lahh

    ReplyDelete
  32. INDAH KHABAR DARI RUPA, MENGGUNAKAN NAMA YANG MULIA UNTUK MENGAUT KEUNTUNGAN DARI ORANG YG TAK BERSALAH ,APAKAH ANDA PASTI BANK YG ANDA PILIH?... PASTIKAN ANDA MEMBUAT PILIHAN YANG BIJAK DEMI MEMASTIKAN SAAT KESUKARAN ANDA MENJADI HARI PENYELAMAT ANDA DARIPADA BERPUTIH MATA... PILIHAN DITANGAN ANDA...BUANG YANG KERUH AMBIL YANG JERNIH,BIAR BURUK DIMATA ORG..JANGAN KITA MENJADI ORG YG PALING BURUK DIHADAPAN ALLAH KELAK...

    ReplyDelete
  33. Bank islam mmg xleh pakai....nama je bank Islam...sampai sekrang masih xleh keluar lagi 50 dalam bank islam tu..mmg2 menyusahkan betul...dh lah xmesra pegawai da. Kakitangan bank islam....bgus lagi bank rakyat...sgt2 kecewa dgn bank Islam ni..mmg xberguna.... Menyesal aku kenal bank Islam ni..kalau tau aku xbuat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. baru tadi kena,masalahnya kawan saya dia tinggalkan 10 boleh pulak..saya kena tinggalkan 50..tak fair dah lah urgent nak guna duit😔

      Delete
  34. Saya nk keluarkan duit smlm rm40 dlm balance ada rm55 xleh kuar pelik sy bank islam ni ...

    ReplyDelete

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...Dah siap baca entri? Nanti jangan lupa komen yer :)

Terima kasih banyak-banyak !!!

Pelawat Blog

Flag Counter
COPYRIGHT@Segala apa yang tercatat dalam blog ini adalah hak milik saya..DI LARANG MENYALIN TANPA KEBENARAN