Showing posts with label Semester 6. Show all posts
Showing posts with label Semester 6. Show all posts

28 July 2013

Saya Dapat Dekan

28 July 2013 / 10:06 pm / 3 Comment

Assalamulaikum dan Salam Sejahtera

Terlebih aku ingin panjatkan kesyukuran kepadaMu Ya Allah kerana masih diberikan nafas untuk meneruskan kehidupan dan menjalankan ibadah puasa ini. Seperti yang aku ada post pasal keputusan peperiksaan, hari ini merupakan hari yang dnanti-nantikan oleh semua budak Universiti Utara Malaysia iaitu keputusan peperiksaan semester lepas akan keluar. Semua masing-masing menunjukkan reaksi yang tidak tenang apatah lagi sesiapa yang rasa akan dekan konpem relax je kan..hehehe..

Seperti biasa, result UUM akan keluar sepatutnya pada hari Khamis lepas namun disebabkan masalah tertentu, result tersebut ditunda kepada hari ini. So nak tak nak kena tunggu gak hari ni sampai result keluar. Result tadi keluar pada pukul 3.30ptg, namun memang takkan boleh masuk punya Portal UUM time tu, sah-sah browser cakap " No data recevied " sentap tak..memang setiap sem memang akan lalui pengalaman yang mencuakkan ini, dah la kita ni risau pasal result, dengan line yang memang hazab la.hehehe..memang banyak kali dah refresh takkan keluar punya, tapi kalu bernasib memang senang je nak masuk Portal UUM tu.

Aku seperti biasa, hari ni lain sedikit nak try check kat CC (CyberCafe) tapi memang tak menjadi sama jer, line xboleh nak masuk, so, kat sana aku mendownload video jer..nak hilangkan nervous punya pasal, lepas jer balik rumah trus bukak laptop,cucuk punya Berukband dan connect, sah..memang takleh nak bukak, geram tu memang la, tapi nak buat camne kan, so aku buat keputtusan nak tidur dulu nak hilangkan nervous..Bangun jer dari tdo terus check result, takut gak terutama paper Asas Kewangan. aku memang risau sangat paper Asas Kewangan nih tak tahu napa, sebab aku tembak lebih kurang 70 soalan msa final exam.teruk tak?? hahaha..

So, akhirnya dapat masuk portal, pastu masukkan id n password..n then leh..pastu cuak giler nak tekan keputusan..dan akhirnya keluarlah result ini....










" 3.62 "

Aku gembira sangat, impian aku untuk DEKAN akhirnya tercapai jugak, memang tidak disangkakan, walaupun semester 6 merupakan semester yang paling busy dan sakit, namun aku gagahkan diri untuk menghabiskan dengan sebaiknya dan inilah hasilnya, Aku memang ingin mengucapkan terima kaish kepada semua pensyarah yang mengajar aku sem lepas dan tak lupa juga ibubapa aku yang banyak berdoa untuk aku memperolehi kejayaan :)

Memang lain perasaan biler memperolehi anugerah DEKAN untuk sem ni, aku tidak sabar untuk memiliki sijil anugerah DEKAN itu. :) hehehehe aku rasa happy tak terkata..hehehe

#syukur rezeki bulan Ramadan :)


terima kasih kerana sudi membaca entri ini

27 July 2013

Debaran Keputusan Peperiksaan Semester 6

27 July 2013 / 12:30 am / Comment

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Hari ni aku nak kongsikan satu perasaan yang memang aku dah lalui sepanjang 5 semester yang lalu iaitu menunggu keputusan peperiksaan semester. Memang setiap sem akan lalui lah perasaan yang bercampur bau nih. Ya Allah memang gementar giler kerana aku takut ada sebarang paper yang tidak lepas. Ya Allah Permudahkanlah urusan dan berikanlah hambaMu ini memperolehi keputusan yang baik dan semua lulus dengan cemerlang..Amin

Esok iaitu 28hb Julai 2013 maka keputusan peperiksana untuk Semester Kedua 2012/2013 akan keluar dekat Portal pelajar masing-masing. Mungkin result akan keluar pada pukul 3.30petang seperti biasa. Memang time nilah semua duk debar (dap dup dap) menanti keputusan yang akan keluar di portal masing-masing.


Aku sebenarnya agak risau sedikit dengan keputusan peperiksaan kali ini kerana aku tidak berapa yakin dengan paper pengiraan iaitu paper Asas Kewangan dimana aku hampir keseluruhan tembak dengan jawapan yang mengarut. Lebih kurang 80 soalan diberikan masa exam tersebut, namun memandangkan aku memang tidak boleh jawab kesemua, hampir 50 soalan aku jawab dan tembak jawapan sendiri. Itulah yang menyebabkan aku terlalu nervous dan risau sekali. Aku tidak mahu mengambil kali kedua untuk paper pengiraan Kewangan ini. Cukuplah hanya semester lepas sahaja aku mengakhiri paper pengiraan ini. Aku berharap aku dapat lulus dengan cemerlang.

Alhamdulilah, carrymark pon aku dah dapat, dan hanya 6 markah sahaja aku perlukan untuk lulus dan dapat gred C, namun kalau boleh aku nak dapatkan gred B ke atas kerana apabila dapat gred C ia akan turut menjejaskan pointer kita, sekarang ini aku hanya mampu berserah kepada Allah SWT :) Dia Maha Mengetahui

Insyallah nanti aku akan update mengenai keputusan yang aku bakal dapat nanti esok, diharap korang semua bersabar dan doakan aku perolehi kejayaan ea. Aku teringin sangat nak dekan, lagipun aku mempunyai satu semester lagi untuk habiskan pengajian ijazah aku ini, aku berharap aku dapat habiskan dengan sebaik mungkin,Isha Allah :)


terima kasih kerana sudi membaca entri ini

11 June 2013

Study Paper Asas Kewangan

11 June 2013 / 7:52 am / Comment

Hurmm..Aku taktau la asal aku jadi malas giler nak study paper kelima aku nih. Dahla paper ASAS KEWANGAN , paper mengira. Memang aku tak suka la paper nih. Tapi aku boleh jawab kot Insyallah kerana ni paper ABC..so aku ad pilihan untuk membuat jawapan, sama ada untuk melihat rakan-rakan disebelah atau buat sendiri (baling dadu).

paper kira-kira yang last untuk pengajian degree aku..Insyallah :)

Namun, aku harus cuba cekalkan hati dan takmahu mengikut hati yang malas ini, aku harus bangkit untuk belajar FINANCE ni dalam masa satu hari ni je lagi kerana aku akan exam pagi esok.waaa..menyesal lak asenya tak study awal-awal. Tu yang aku tak suka kalu ad gap,ermm..entahlah kalu xde gap pon aku bising,ad gap pon aku bising..ayooo..manusia-manusia..ish2..

Banyak chapter yang aku kena cover iaitu dari bab 2 - sampai la bab 10..erkkk..banyak kot..

Chaiyok-chaiyok apih..aku tau ko leh buat...memandangkan carrymark untuk paper ASAS KEWANGAN ni dah tau so, aku leh la skor nanti di final exam esok..aku hanya memerlukan 6 markah je lagi untuk lulus, namun aku bukan hanya untuk lulus tetapi untuk mendapatkan gred yang cemerlang sekurang-kurangnya B,B+ atau A-.

Insyallah aku akan cuba dapatkan..Doakan aku berjaya yer :)


terima kasih kerana sudi membaca entri ini

9 June 2013

Pengurusan Rantaian Bekalan

9 June 2013 / 10:56 pm / Comment


Alhamdulilah tadi berakhir sudah paper keempat aku untuk semester 6 ini. Paper itu adalah paper Pengurusan Rantaian Bekalan. Memang agak membosankan paper ni kerana memang dari sejak aku masuk kelas sampai la akhir kelas memang tak paham mende apa yang Dr. Rahim ajar dalam kelas, lagipun Dr. Rahim selalu batalkan kelas dan ada pensyarah ganti tuk beliau

Memang tidak disangkakan lagi kerana Dr. Rahim memang akan menolong pelajarnya dalam peperiksaan akhir. Seperti semester lepas, dye sempat memberikan jawapan dalam exam untuk kertas Strategik Pemasaran dan Analisis. Memang terbaik r pensyarah bagi jawapan masa exam. Apa lagi.kitorang pon buat je la..Alhamdulilah ,dengan itu aku pon dapat A la untuk paper strategik itu.

Aku pon tadi jawab semua soalan yang diberikan , harap-harap aku dapat skor untuk paper ni dan dapat target A- ataupun A. Memang aku target kerana mungkin carrymark kitorang memang tinggi kot sebab xde byk asgment dan presentation pon masa Dr. Rahim mengajar kitorang.

Assignment pon berdasarkan case study, itu pon satu je..hehehe..memang best n terbaik DR.RAHIM..kan best kalu dye ajar paper yang aku amek lagi sem depan..

Apa-apa pon aku dh lepas 4 paper..tinggal 3 paper lagi..yahooo..pastu balik rumah...dua bulan cuti..untuk membesarkab perut.. :p


terima kasih kerana sudi membaca entri ini

5 June 2013

Peperiksaan Pemasaran Industri

5 June 2013 / 1:47 am / Comment

nota yang perlu dibaca..banyak giler...
Assalamualaikum semua, apa habaq..hahaha..cheq saje jah nak post ni. dah takde bende dah nak post so cheq update blog je lah..memandangkan ad isu ni,baik cheq update sebelum cheq xde idea, kan tak pasal-pasal blog ni berkubur camtue je.

Okeylah, dah tengok pic kat atas tu, haaaa.tu la nota ngan buku PEMASARAN INDUSTRI yang aku akan mentelaah sampai bengkak biji mata gara-gara nak exam esok (05/06) kat DSB Kolej TRADEWIND. Nasib baik esok exam petang, leh gak pagi tu aku nk cover sikit.

Memang banyak giler nak kena baca tuk cover bab semua..bayangkan.....10bab..padahal 4 soalan je masuk esok..errrrrmmmmmm...pening eden memikirnyo..kan best kalu ad tips, leh la aku tumpu yang tips tu je..asihhhhhh...tension gue..

Tapi ,apapon kami stay gak study wpon byak, kitorang study bertiga jer iaitu rumate aku, dan coursemate aku. So kami study ap yg ad dalam buku text, nota slide, nota lecturer buat dan nota aku buat sendiri...rajin kan aku buat nota..hahaha..puji melebih sudaaa..

Aku tak sabar nk abes exam cepat-cepat, byk benda lagi nak memikir..nk pikir masa depan lagik..motiffff..hahaha..cam nak kawen cepat jer..amin..Insyallah..doakan jodoh aku yer.. :p

Dahla..malas dah aku nak mengarut,nak sambung study dulu sebelum mata ini tutup dan krohhhhhhh..zzzzzz...

So,aku mintak diri dlu yer...maaf ad silap

Assalamualaikum,,,,selamat malam


terima kasih kerana sudi membaca entri ini

4 June 2013

Kenangan Kelas Seminar Pemasaran

4 June 2013 / 3:18 am / Comment


Walaupun kelas seminar sudah habis dan exam seminar pun dah lepas, tetapi aku akan tetapkan rindukan kelas SEMINAR PEMASARAN ini terutama pensyarah kami TN. HAJI MOHAMAD ZAINOL ABIDIN BIN ADAM.


terima kasih kerana sudi membaca entri ini

1 June 2013

Peperiksaan Akhir Semester

1 June 2013 / 2:55 pm / Comment


Alhamdulilah, hari ni masih ada kesempatan jugak aku nk menjengah blog ini. Syukur ke hadirat illahi kerana dengan limpahNya dapat lagi kita bernyawa di muka bumi Allah ini dan meneruskan perjuangan hingga ke akhir hayat. Okeylah, hari ni dah pon masuk bulan Jun, so ad beberapa minggu je lagi nak habiskan pengajian untuk semester 6 ini.

Untuk pengetahuan semua, seperti yang tertera di atas tu, esok bermulalah perjuangan dalam menghadapi peperiksaan akhir untuk semester ini. Peperiksaan itu akan bermula pada 2hb sehingga 27hb Jun 2013. Hahaha..nasib baik aku abes awal exam, so, 18hb aku dah boleh balik rumah..yahooo..menikmati percutian selama 2 bulan (JULAI,OGOS) dan September datang balik untuk menghadapi semester akhir..horrayyy..

Okeylah, meh nk citer sedikit apa paper yang aku akan exam sem ni :

Pertama , paper SEMINAR PEMASARAN. Paper ni akan berlangsung pada 3hb ni pada pukul 9.00pagi di DSB Kolej MAS UUM, errrrr.ngeri la asenya bunyi seminar nih, mana taknya tengok pensyarah dye la dulu..Hehehe..sebenarnya Tn. Haji Zainol sangat baik dan best. Memang best tengok dye mengajar kitorang pasal jurnal. Sekarang ni kitorang kena study betul-betul untuk 5 jurnal yang akan ditanya padal exam akhir nanti.Aku harap aku akan dapat buat sebaik mungkin. Target memang nak A. Aku bersyukur jika dapat B pun, bersyukur dengan apa yang diperolehi :)

Paper kedua pulak, dihari yang sama iaitu paper PENGURUSAN STRATEGIK Paper ni memang berat skit, mana taknya kena kaji kes study sebelum exam menjelang. Kajian kes akan diberikan seminggu kepada pelajar yang amik paperni dan akan mengeluarkan isi-isi yang penting dan akan ditanya pada peperiksaan nanti. Aku harap aku dapat jawab nanti. Untuk paper ni, aku akan exam di DSB Kolej TRADEWIND pada pukul 2.30 petang.

Bagi paper ketiga pulak , paper PEMASARAN INDUSTRI. Haaaa...tension aku bila dengar paper nih, mana taknya, banyak giler nak kena baca dan cover untuk exam nanti. xsilap aku 10 bab nanti nak cover untuk beberapa soalan je nant..blurrrrrr...kan best kalu Puan Rafidah ada bagi tajuk yang spesifik skit, senang untuk aku baca. Ni cam ibarat baca sebiji buku pulak..aduyaiiii....

Paper keempat untuk sem ni pulak PENGURUSAN RANTAIAN BEKALAN. Paper ni memang relax ckit, maklumla tengok lecturer dulu. Dr. Rahim memaang sporting giler dalam kelas dan bab-bab dalam pembahagian markah memang tak kisah dan straight sangat, so senang nak dapat markah ngan dye. Untuk paper ni aku akan exam pada 9hb ni di TEATER EKSPERIMEN,UUM.

Paper kelima pula exam adalah ASAS KEWANGAN. Haaaa...tinggal paper ni je untuk paper pengiraan aku sem ni. Semua dah habis paper mengira aku. rasa bebas. Alhamdulilah carrymark pun dah keluar, so tidak risau sangat. Aku harap aku dapat score untuk paper ni. Paper ni akan exam pada 12 Jun nanti kat DMAS, UUM. Teringat balik kenangan semasa kelas Puan Wan Rozima, walaupun dia tegas tapi best cara dia mengajar.

Paper keenam yang akan aku exam adalah JUALAN PERORANGAN. Paper ni memang relax sebab carrymark dah capai 60markah. so sekarang bergantung pada markah final jer nanti. Memang ramai yang dapat A dengan paper ni, so tidak risau untuk dapat A paper ni, Aku harap aku leh score paper ni dengan baik. Paper ni akan exam pada 16 Jun nanti d DEWAN TSO, UUM.

Dan paper terakhir yang akan aku aexam adalah paper SERVIS PEMASARAN. Paper servis ni aku akan exam pada 18hb di DEWAN TSO, UUM. Paper ni diajar oleh En.Shahrin Saad. Memang best apabila En.Shahrin mengajar kitorang mengenai paper ni, dan banyak kita orang belajar mengenai servis pemasaran yang digunakan sama ada di Malaysia atau luar negara.

Itulah 7 paper yang aku akan exam nanti..errrrr..harap-harap aku dapat score nanti..Insyallah..

Okeylah, aku nak beredar dulu, sebab nak sambung study dlu..

Assalamualalikum..


terima kasih kerana sudi membaca entri ini

20 May 2013

Stress Midterm Supply Chain

20 May 2013 / 7:07 pm / 2 Comment


Alhamdulilah , tadi berakhir sudah ujian pertengahan semester atau dikenali sebagai budak U "midterm". So untuk semester ni, midterm sudah pun abis, so tunggu result je lagi.Gigih tak, dekat nk abis semester sebelum final la baru lecturer untuk  buat midsem la, anta report la dan macam-macam.

So, arini last tuk aku menjawab midterm tuk paper Pengurusan Rantaian Bekalan (Supply Chain). Exam tadi lebih kurang pkul 3.30 petang kat DKG 2/6. Lagipun time exam ni dia buat time kelas,so nak tak nak kena datang jugak tuk midterm..so kalu xnk 20% tuk markah midterm boleh je tak datang..hahaha.giler ko nk abiskan markah cmtu je..ish2.xmo chek… 

Siyes, aku just study bab 1 & bab 2 je tuk midterm ni kerana mood malas tu memang dh dari dlu dah ada. So, just jwb je la bab 1 & bab 2, bab 3 dan 4 tu just tembak-tembak je..mana tau la tembak tu kena pada jawapan..arap2 la jawab yang aku tembak tu betul..haha..Amin.. 

Yang menjadikan stress midterm tadi tu kerana assistant lecturer yang menjaga exam tu yang poyo., tu aku xsuka..memang dari sejak kelas lagi kitorang dah mark Said (nama lecturer foreigner) memang dia sangat straight tentang kehadiran, dan jaga time exam. Memang mata dye tuk duk perhati je 24jam, (wpon memang bukan 24am jaga exam) dari atas sampai bawah. Aku pon kena gak tadi sebab duk borak, so kena la pindah ke depan. Mampos aku..dah la aku planning nak meniru..tut2…kena pindah depan..hancur planning akuuuu…… 

Masa tu aku duk sebelah kawan aku si Florence kat depan, pastu dye suh aku pindah g belakang..so aku pon pergi la belakang tu..time tu buat dono (buat tak tau je) g duk belakang jawab exam. Nak pandang kiri dan kanan pon takut, maklum la tegasssss kan..so kepala tu kena straight je..jangan nk jadi zirafah sangat la..nak meniru..kalu lepas xpe..ni kalu xlepas dan terkantoi oleh sir Said tu confirm dye amek kertas tdi n tulis MENIRUUUU..siot kan..Dr.Rahim kita orang punya lecturer pon takde straight cmtue. 

Ada gak beberapa student tdi kantoi meniru..so dye amek kertas budak tiru n kata nak bgi 0 (TELUR AYAM) killer tak lecturer tu..alah..sir.awak tu baru nk abes PHD..jangan la nk berlagak sangat..(sentap ko..) 

Apa-apa pon,tdi dh jwab, dan bertawakal je la..so terima keputusan dengan seadanya walaupon memerah otak dengan sakitnya..(niat memang nk meniru je..so terpaksala..memerah otak tuk jawab sendiri) 

Okeylah..aku mau mandi dulu..t apa2 aku post lagi yer…Salam

lelakicomot ; meniru padah kalu kantoiiiiiii


terima kasih kerana sudi membaca entri ini

Pelawat Blog

Flag Counter
COPYRIGHT@Segala apa yang tercatat dalam blog ini adalah hak milik saya..DI LARANG MENYALIN TANPA KEBENARAN