3 June 2013

Selesai 2 Exam Satu Hari

3 June 2013 / 10:54 pm / Comment

macam inilah tahap stress aku...
Haaa..tengok gambar kat atas, camtula gaya aku selepas abis je 2 paper dalam satu hari. Maka tamatlah hazab aku untuk exam 2 paper dalam satu hari. Hari ni aku exam tuk paper SEMINAR PEMASARAN dan juga PENGURUSAN STRATEGIK.

Haduyaiii..tension gue rasanya biler dapat 2 paper dalam satu hari. Mana taknya, paper semua susah kot, kalu ABC leh la aku tembak..ni tak paper 3ribu kot..esaayyyy..Tapi hamba redha je..maklumla dah nak habis semester dah. aku kena struggle untuk satu sem je lagi.

Haa..dah abis 2 paper tinggal lagi 5 paper lagi bakal dihadapi pada 5hb, 9hb, 12hb, 16hb, dan 18hb. So lepas jer 18hb aku merdekaaaaa...cuti dua bulan...sukenyaaaaa...yahoooo..happy doe..

Okeylah meh aku nk kongsikan sedikit citer pasal exam tdi, biasa la sehari sebelum nak exam punya la pulun nak giler kat paper seminar nih, sebab kita dah tau ap yang akan ditanya cuma study jurnal yang diajar dalam kelas jer, so kitorang pon just bincang-bincang bersama kami. Kami suka berbincang apa yang kita tahu kita akan bagitahu..so masing-masing takenote dan akan bincang balik. So lewat jugakla aku dan rumate tidur kerana gara-gara paper SEMINAR dan STRATEGIK MANAGEMENT. Pagi tu bangun awal pagi tuk study dan review balik apa yang kami baca semalam..kot-kot tak ingat..kalu pagi ni senang sikit nak msuk lam otakk..walaupon mata mengantuk still kena bukak..nak exam punya pasal.

Siap jer semua masing-masing gerak ke dewan exam kat DSB Kolej MAS. Masing-masing duk pegang nota masing-masing duk bincang ap yang tahu,kan sharing is caring. Sampai masa, masuk jer dewan exam..so exam pon dimulakan..maka..penerangan pasal exam pon aku dah dengar dah lama dah..cam jemu dah..hahaha..pasni rindu r nk dengar penerangan dalam dewan exam..hihihii..

Tepat 11.30pagi, exam pon tamatla....pastu kitorang terus pulang sebab nak study balik tuk paper STRATEGIC MANAGEMENT. Study kejap je sebab mata mengantuk dan terus jer tdo dalam 15minit. Bangun sambung balik study..Sampai la kitorang bersiap dan terus ke dewan exam kat DSB Kolej Tradewind. Lebih kurang pukul 02.30 petang exam pon dimulakan......sesi menjawab berlangsung......pukul 5.00 petang tamat..makalah hujan dengan lebatnya...

Hujan rahmat katakan sebab masing-masing duk stress memikir dan memerah jawapan..hahaha..apa-apa pon abis dah sayonara hari ni..hahaha..so aku nk tutup citer ni,nak g study tuk paper 5hb nanti...apa-apa pon doakan untuk aku tau..sayang korang ea :)


terima kasih kerana sudi membaca entri ini

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...Dah siap baca entri? Nanti jangan lupa komen yer :)

Terima kasih banyak-banyak !!!

Pelawat Blog

Flag Counter
COPYRIGHT@Segala apa yang tercatat dalam blog ini adalah hak milik saya..DI LARANG MENYALIN TANPA KEBENARAN