26 June 2013

Puding Gula Hangus

26 June 2013 / 6:25 pm / Comment

Alhamdulilah, hari ni dapat jugak melepaskan mengidam untuk makan puding telur kukus. Dah lama aku x makan puding telur nih, kira-kira dekat setahun kot. Memang puding favourite aku kot, memang sedap, kalu letak banyak telur dan susu cair lagi sedap.

Hari ni, aku suruh my mom masak puding telur kukus, actually my mom xnk masak, aku just tolong-tolong masak je, hehehe..so, senang jer nak buat puding telur kukus nih. Mula-mula sediakan bahan yang secukupnya. apa yang penting dalam bahan puding telur kukus ni adalah semestinya telur, sus cair, gula dan sedikit air.
Mula-mula panaskan kuali dan masukkan gula yer.kira korang masak gula tu sampai jer gula hangus, tapi xdela hangus sangat sebab nanti kalu terlalu hangus, ia akan pahit nanti.
Lepas jer siap masak gula tu, pecahkan lebih kurang 10 biji telur dalam blender dan masukkan susu cair dalam blender tersebut. Lepas tu blender telur dan susu cair tersebut. 
Setelah siap blender, panaskan periuk yang sesuai untuk mengukuskan puding gula hangus itu, setelah panas elok, masukkan gula hangus dalam loyang atau  bekas yang sesuai untuk dikukuskan. 
Panaskan loyang yang diletakkan dalam periuk kukus itu, lepas jer panas, letakkan bahan yang telah diblenderkan tadi, pastu tutup penutup dan biarkan ia masak. 
Pastu masak, biarkan ia sejuk sedikit dan lengkupkan balik dan kalu nak lebih sedap, masukkan puding gula hangus ini dalam peti sejuk..perghhh..sedappp..

Hahaha..hebat tak aku jadi chef, memang best r jadi chef hari ni, tolong masak puding gula hangus. 


Korang leh cuba buat sendiri tau masak puding gula hangus ini. korang leh kreatifkan lagi bende ni dengan letakkan hiasan seperti buah-buahan yang telah dipotong seperti nenas, laici, dan sebagainya..hehehe..sedak oo..memang sedak..

sekarang teringin nak masak koktail pulak..hehehe


terima kasih kerana sudi membaca entri ini

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...Dah siap baca entri? Nanti jangan lupa komen yer :)

Terima kasih banyak-banyak !!!

Pelawat Blog

Flag Counter
COPYRIGHT@Segala apa yang tercatat dalam blog ini adalah hak milik saya..DI LARANG MENYALIN TANPA KEBENARAN