21 June 2013

Sebenarnya Saya Isteri Dia

21 June 2013 / 10:32 pm / Comment

cantik tak wallpaper SSID yang saya buat ni?? hihihi

Rasanya dah ramai tahu kan drama bersiri yang sememangnya popular sekarang kat TV3 iaitu Sebenarnya Saya Isteri Dia (SSID). SSID telah pun bersiaran pada bulan April 2013 xsilap aku dalam slot Zehra. Pada permulaannya drama ni xde la menarik, tetapi masuk je part2 romantik antara si Firash dan Syaf nih, makin seronok lak aku tengok. Drama ni ala-ala romantik cam drama lestary " VANILA COKLAT ". Memang best tengok diorang gaduh-gaduh manja gitu.Apa-apa pon memang terbaik r pengarah drama nih. Walaupun aku tak pernah baca novel ni, sememangnya orang ckp la novel SSID memang dah popular, dan diterbitkan dalam bentuk drama bersiri.

Pemilihan pelakon pon memang sesuai untuk melakonkan watak Firash Arshad dan Syafa Aqira. Izzue Islam sememangnya pendatang baru yang berbakat besar dalam bidang lakonan sesuai untuk menegang watak Firash Arshad disamping heroin dalam SSID iaitu Tiq Zaqyah sebagai Syafa Aqira.

Aku tertarik tengok drama ini pun kerana rumaate aku yang cakap drama ni memang best dan menarik, tup-tup aku tengok la drama ni melalui TONTON masa kat UUM, yela takde TV kan time duk UUM, so kena pandai-pandai la kreatif nak tengok kat TONTON. Tapi aku tengok time ulangan je, maklumla internet laju kan kat sana..hehehehe..

Apa-apa pon aku dah start menonton dari episod 1 sampai la sekarang episod 11. memang sekarang kemuncak episod untuk SSID dimana konflik berlaku antara Syaf dan Firash. Hehe. tak sabar nak tengok next apa yang akan berlaku nanti..

Harap-harap pasni ad lagi sambungan SSID untuk musim kedua..hahaha...


terima kasih kerana sudi membaca entri ini

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...Dah siap baca entri? Nanti jangan lupa komen yer :)

Terima kasih banyak-banyak !!!

Pelawat Blog

Flag Counter
COPYRIGHT@Segala apa yang tercatat dalam blog ini adalah hak milik saya..DI LARANG MENYALIN TANPA KEBENARAN