10 June 2013

Senarai Rasmi Model Kereta Turun Harga 2013 (Malaysia)

10 June 2013 / 6:23 pm / Comment

Hari ni aku nak citer sedikit mengenai senarai rasmi model kereta yang turun harga pada tahun 2013. Tentu korang excitedkan nak tahu, takpe2,nanti aku akan citerkan kat bawah nih. So, boleh la korang mengumpul duit banyak-banyak dan belilah kereta buatan MALAYSIA (hehehe..yakin ker!!!). Tak kisahlah kereta import ke kereta Malaysia ker, janji kualiti bagus dan harga pon bagusss jugak..Jangan harga je mahal tapi kualiti teruk..

Berikut adalah beberapa model kereta yang diumumkan harga sudah turun secara berperingkat seperti yang dijanjikan dalam Manifesto PRU13 pada bulan lepas. Dalam pada masa yang sama, dijangkakan lebih banyak model kereta akan diturunkan harga secara berperingkat oleh kerajaan.

Berikut merupakan sepuluh model yang telah menurunkan tanda harganya di pasaran setakat ini ialah 
  • Peugeot 308 (11%), 
  • Volkswagen Golf (7.1%), 
  • Viva (5.4%), Myvi (4%), 
  • Persona (3.8%), 
  • Alza (3.4%), 
  • Preve (3%), 
  • Honda Jazz Hibrid (2.5%),
  • Saga (1.1%)
  • Exora (0.7%). 
Dikhabarkan pelan penurunan harga itu dilaksanakan dengan memberikan pengurangan duti eksais secara berperingkat terhadap pengeluar kereta yang menggunakan lebih banyak komponen tempatan.

senarai model dan harga kereta (2013)

Aku pon tak sabar nak beli kereta nih, kalu lah dulu aku stay je keje AGROBANK..Proton Persona dah ada dalam genggaman aku sekrang nih, takpelah, rezeki aku nak sambung pengajian ijazah di UUM. So aku kena terima takdirnya, dan jangan banyak mengeluh :)


terima kasih kerana sudi membaca entri ini

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...Dah siap baca entri? Nanti jangan lupa komen yer :)

Terima kasih banyak-banyak !!!

Pelawat Blog

Flag Counter
COPYRIGHT@Segala apa yang tercatat dalam blog ini adalah hak milik saya..DI LARANG MENYALIN TANPA KEBENARAN